Hutan Bandar ~ terjalinnya Ukhuwah~

Saturday, April 18, 2009

Seminggu sebelum study week bermula, saya mendapat ajakan daripada seorang senior untuk beriadah di Hutan Bandar. sangkaan saya hanyalah riadah biasa yang kebiasaannya dibuat bersama rakan-rakan. rupa-rupanya, ia merupakan riadah keluarga Usrah besar saya. seawal 7 pagi saya menantikan Kak Fazira yang berjanji untuk mengambil saya di blok. sampai sahaja di Hutan Bandar, perasaan kagum mula merajai diri. kagum dengan ukhuwah yang terjalin walaupun pertemuan tidaklah begitu kerap. tambahan pula telah lama kami tidak mengadakan Usrah atau perjumpaan besar. kalau ada pun hanyalah sekadar kumpulan usrah kecil.

pagi itu, saya dapat bertemu dengan teman-teman yang boleh saya katakan sebagai teman baru. di samping menjalinkan ikatan persahabatan dan menyihatkan badan kami juga disajikan dengan tazkirah ringkas sebagai santapan rohani. dalam meniti cabaran dunia yang kadang-kadang boleh saya klasifikasikan sebagai suatu yang kejam, tak sedap sekiranya tiada perasa atau sajian buat santapan rohani. kalau di sekolah dulu, boleh juga mengharapkan kelas Pendidikan Islam dan Kuliah Maghrib serta subuh yang menjadi kewajipan. namun menjejakkan kaki di universiti, hanya kehendak diri sahaja yang dapat membuatkan diri mendapatkan makanan rohani.

kata orang, hati kalau tidak diberi makan, akan rosak juga suatu hari nanti. tak sanggup rasanya membiarkan meter keimanan terus merundum. banyak ilmu yang mampu diperoleh dari mereka yang berpengalaman itu.

dengan kak Fazira di Hutan Bandar

Bersama sahabat-sahabat Usrah

inilah keluarga usrah besar saya..

3 comments:

angahfarah said...

salam~ sara..
nie kak fara la..hope sara sihat slalu~
carilah ilmu ..jgn menunggu ilmu mencari kita~
semoga sukses yar..

Siti Hasunah Mohammad said...

salam...wah, sara da tukar ke blogspot lak ye...bagus2..majukan diri ntuk BDI...eh, salah motto.. :p

CReaTiVe SiFu said...

20 aktiviti & Permainan Percuma Usrah/LDK di creativesifu.blogspot.com