Selamat Bercuti..Selamat Hari Raya Aidilfitri..

Friday, September 11, 2009

Ho ho ho..
kali ni chek nak post blog hat sempoi-sempoi je. masuk je mood balik kampung, chek pun nak guna loghat kampung chek. kot ada yang tersilap tu, orang-orang kampung tok sah dok marah pulak. chek ni bukannya cekap sangat nak cakap utagha. tapi sekali sekala dengaq best jugak.

Buat temn-teman chek, selamat berjuang no.. Chek balik umah dulu. bukan apa, tiket abih. mau tak mau chek kena balik jugak ari ni. kalau tak, beghaya kat johor lah chek nanti..aih, dah gaya pi oversea ja kalau jadi lagut tu..

Dalam chek sonok nak balik kampung ni.maknanya tak yah dok study lah tuk test Engineering Statistic, tiba-tiba member chek mintak tolong carikan maklumat latest pasal Palestin tuk dia. tak taulah dia nak buat apa. tapi sebagai member, chek tolong ja lah. lagipun chek bukan nak kalut pi study ka apa ka. member chek ni suruh chek buka website imemc.org. banyak betoi maklumat pasai Palestin. Bunuh sana, bunuh sini. pukui sana pukui sini. aih, kejam ngat aih. tak da hati betui. ikut suka hati depa ja orang-orang ISrael tu nak buat manusia cam haiwan. apa depa tak kesah ka kalau one day, oghang uat depa lagut tu???

chek jadi muhasabah la kejap. (kejap ja..hehehe)
Kat Malaysia ni, orang-oghang sebaya macam chek leh dok puasa aman tenteram je. pagi p kelas. balik mai petang kalau penat, tidoq. agak-agak full energy lagi, p lah men kat padang ka apa ka. hat yang warak sket, dok buka al-Quran terjemahan. nak grab keberkatan ramadhan ni. tapi nun kawan-kawan kita kat PAlestin nun, dok dengaq bunyiu bulldozerlah. ntah menatang apa lagi yang keje dok bunuh orang. depa puasa ngan suasana perang yang macam tak da kesudahan. orang-orang cam israel ni tak reti ka nak hargai nyawa agaknya..

aih, chek nak komen banyak-banyak pun susah. tapi chek sedih dengaq citer (silap!! baca cerita) depa kat tanah arab nun.

dengaq macam dah berterabur je bahasa yang chek nak guna ni. tapi apa-apa pun, d kesempatan ni, chek nak ucapkan selamat Hari Rya Aidilfitri buat sume teman-teman yang kenal chek. tak kesahlah dok ceruk mana pun kat dunia ni. ampun dan maaf chek minta walaupun puasa ada lagi seminggu. untuk teman-teman yang akan amik test statistik n kuiz mikroP, chek doakan hang pa semua dipermudahkan urusan. All da Best!!! dan Slemat bercuti...

0 comments: