Pemimpin yang Sebenar ATAU sekadar Pak Turut???

Sunday, October 18, 2009

"Apakah yang dimaksudkan dengan kepimpinan? bagaimana seorang pemimpin itu dilahirkan di kalangan ribuan manusia? di mana bezanya seorang pemimpin dan seorang pengikut? bagaimana pula definisi yang boleh diberi bagi membezakan antara pemimpin yang sebenar dan pemimpin sekadar Pak Turut?"

Acapkali pertanyaan ini muncul di kotak fikiran saya. puas juga memikirkan sehingga sampai saatnya seakan mahu melepaskan segalanya. bagaimana hati ingin berbicara andai bibir gagal mengungkapkannya? bagaimana mungkin penjelasan diperoleh andai emosi sentiasa menguasai fikiran? layakkah saya digelar seorang pemimpin? tidak betah mempertahankan pendirian sendiri? sering gugup saat ingin mempertahankan diri. susahnya.

entah dimana silapnya, saya semakin jauh dengan barisan pimpinan kolej yang saya sertai. entah dimana silapnya, semangat yang ada seakan pudar ditongkah arus masa. entah dimana silapnya, kepimpinan itu bukan lagi diam di hati saya. entah di mana silapnya, saya seakan telah melepaskan segalanya.

Kepimpinan = Profesional?
Sejauh mana kebenarannya?
dan selebar mana praktikalnya kedua perkara ini di dunia realiti?
saat melangkah kaki ke kem pembentukan pimpinan kolej, saya dan teman-teman yang lain seringkali ditadahkan dengan ungkapan "profesionalisme". tapi setelah hampir setahun berlalu, bukan profesionalisme yang saya lihat. tapi sekadar keputusan berdasarkan hieraki kepimpinan.

satu demi satu lembar kecacatan mula terserlah. Profesionalisme hanya tinggal nama. pemimpin yang lahir bukan lagi pemimpin yang mampu berdiri di atas kaki sendiri. tetapi pemimpin yang lahir kini tidak ubah seperti Pak Turut. erti kata lain, tidak ubah seperti boneka atau patung kertas yang pergerakkannya dikawal di sebalik layar. perlantikan tidak lagi berdasarkan sifat kepimpinan yang lahir dari diri insan-insan itu sebaliknya perlantikan lebih berdasarkan kesukaan dan keselesaan insan tersebut dengan mereka yang melantik. bagi yang sering mengampu, jawatan pasti sah milik mereka. bagi yang cuba menegakkan pendirian sendiri, tiada tempat buat mereka.

Saya terkilan. sangat terkilan. sehingga ke penghujung pimpinan, permainan sebuah sistem kepimpinan masih berterusan. perkara ini saya tahu lewat penceritaan teman-teman yang terkena tempiasnya. mana yang salah harap diperbetulkan.

" Di akhir kepimpinan sesi kami, sepatutnya kami menganjurkan satu PROGRAM akhir yakni PROGRAM PENUTUP. pengarah telah dilantik. barisan AJK telah dipilih. perbincangan telah dibuat. namun, masalah kewangan seakan menjadi penghalang.

entah dimana rasionalnya resolusi ini dipilih. tanpa ada rasa ehsan, serta merta jawatan pengarah itu terlucut tanpa amaran. Program yang dirancang diserahkan pada insan lain di bawah label "TASK UNTUK PESERTA YANG PERGI KE KEM KEPIMPINAN AKAN DATANG"

Wujud pula jawatan penasihat. untuk apa ya??? Dimana Hak kami sebagai kepimpinan yang dilantik. Jawatan masih dipikul kenapa perlu program akhir ini menjadi sebegitu? tidak dinafikan walaupun yang melaksanakan masih ada seorang dua barisan pimpinan sedia ada, namun sensitiviti masih tercalar.

Dari seorang teman yang lain pula, saya mendapat tahu, mereka-mereka yang duduk di bawah label yang saya maksudkan di awal bicara tadi juga melakukannya dalam keterpaksaan. mungkin mereka akan terus dibonekakan demi mencapai kepentingan sesuatu individu?ini bukanlah peristiwa yang pertama. walaupun terdapat perkara yang tidak berlaku betul-betul di depan mata, tempiasnya tetap terasa. mengenali kawan-kawan yang menyampaikan, kepercayaan saya tetap pada mereka.

andai kepimpinan terus dibonekakan, wajarlah kiranya pemimpin itu tidak dilahirkan. lahirnya pemimpin sebegitu hanya akan mendatangkan mudarat pada masa akan datang. bukan bermaksud untuk menentang. tetapi setiap kita punya pandangan dan buah fikiran sendiri. mungkin mereka punya rasional. tapi apa yang berlaku tidak seperti yang diungkapkan dan di slogankan..

1 comments:

azim said...

suka artikel ini...tahniah kerana berjaya merasai apa yg ku rasai selama ini..keadaan tetap akan sama dan akan jd lg teruk..lihatlah sendiri nanti