Lovely Trip with my Coursemate

Monday, February 1, 2010


Di Rumah Wani..SImpang Renggam

31hb Januari 2010.....
Penghujung bulan Januari...Another trip....wif my coursemates...male and female...gathered together....to enjoy the trip.....

Plan asal pergi ke walimah kakak saudara coursemate penulis di SImpang Renggam, Wani atas jemputannya. Seawal jam 11 pagi kami bertolak dari UTM. Melalui lebuh raya dari Tol Skudai sehingga Tol Sedenak... Kali ini, kami semua berkonvoi dengan 5 buah kereta. dan kali ni juga semuanya yang memandu adalah kawan2 lelaki penulis.

Sampai di Simpang Renggam sekitar jam 12.30 tgh hari.. mungkin awal sikit...penulis tak perasankan waktu kerana penulis tidak memakai jam tangan. Meriah majlis perkahwinan di situ. kedatangan kami dalam kelompok yang besar menarik perhatian masyarakat sekitar kampung itu..Urmm..ini baru kakak saudara yang kahwin..tapi kedatangan kami seolah2 Wani pula yang kahwin...('o,')...

bak kata member2 penulis, practice....=P

Sesudah menikmati juadah nasi minyak yang disediakan, penulis dan member-member penulis yang perempuan bergerak masuk ke rumah untuk melihat pelamin dan bilik pengantin..tapi kami hanya berkesempatan untuk melihat pelamin memandangkan pengantin perempuan sedang bersiap... bahagian santapan pengantin turut menarik perhatian retina kami semua. cantik. maroon menjadi pilihan mereka.



DI Tanjung Piai..sampai jua..

Selesai sudah menziarahi walimah tersebut, Aizat selaku BigBoss bagi penulis dan sahabat mencadangkan agar kami semua pergi melawat Tanjung Piai...Bersemangat je semua bila di ajak berjalan..~('o,')

Perjalanan dari simpang Renggam ke Tanjung Piai terasa lama.. Terasa jauh...SInggah solat di Masjid Pontian. Tapi masih jauh nak sampai Simpang Renggam.. nak masuk ke Tanjung Piai, kawasan agak berlumpur.. sementelah ada projek pembangunan jalan sedang dibuat.


Sweet..lovely trip...

Masuk ke Tanjung Piai..dikenakan sedikit bayaran. menggunakan student card..kami bayar RM3 per entry. berjalan menyulusuri road yang tersedia...sampai ke Jeti...indah permandangan hutan paya bakau. subhanallah...unik sekali ciptaan-MU...

Trip ni memang best..walaupun nampak macam budak skolahnye trip cuma bezanya tak pakai uniform sekolah dah..tapi ukhuwah antara kita semakin terjalin. Persahabatan ini memang sesuatu yang indah..Semoga ukhuwah kita kekal selamnya....

kepada pemandu2 formula 1 yang penulis hormati ;
Aizat, Hafizul, Koleq yang bertukar dengan Nik, Udi dan Faris(rumate zul yang turut serta)....Thanks kerana menjadikan trip ini sesuatu yang realiti..dan yang penting selamat pergi dan selamat kembali ke UTM...

Kepada yang turut serta:
Yen, Ijad, Taj, Fahmi, Kimie, Siti, Q, ime, Naz, Hazrin, Jid, Eqen, Akmal dan Intan...enjoy this moment....Best be within you all...

~Waiting for next trip~ ('o,')

1 comments: