Kuih Lapis Oh Kuih Lapis

Tuesday, July 20, 2010


Assalamualaikum...
Lamanya tak update blog sendiri. Sedangkan ada banyak cerita yang nak diceritakan. Ada banyak pengalaman yang nak dikongsikan. But..lets make it one by one. mana-mana yang still teringatlah. Ok, seperti yang dijanjikan dulu. Nak share gambar-gambar macam mana nak buat kuih lapis. But this time, my mom yang buat kuih lapis ni untuk saya bawa masa jamuan akhir praktikal hari tu. Cara my mom buat nampaklah sket seninya.. hahahah..

Ok. nampak tak gambar tepung kat atas tu? ha..itu hasil campuran 3 jenis tepung. Tepung gandum + tepung beras and tepung ubi. 


Dan..yang di atas ni pulak, gambar kuih lapis yang dah siap buat. Sedap. Tapi yang ini potongan yang kat tepi loyang bulat, sebab tu bentuk dia tak berapa nak petak. Yang potong elok-elok dah pun saya masukkan dalam tupperware untuk di bawa ke jamuan. Lupa pula nak snap gambar kuih yang elok tu. tak pelah..yang kat atas ni bukan tak elok, cuma tak simetri petak-petak je...


Ok, macam mana nak buat kuih ni, dah pun saya story kan dalam entri sebelum ni. Take a look at it kalau terlupa.. Menu hujung minggu

Layanlah gambar-gambar yang ada ni. Oh yea! tengoklah gambar di atas, gambar yang bawah di hujung sebelah kiri.. itulah 3 jenis tepung yang saya gunakan. masih berbaki.. boleh buat kuih lagi tu.. Tak rugi pun buat kuih ni.. bukan guna banyak bahan pun..


Cawan tu adalah parameter pengukur yang saya gunakan. Setiap lapisan kuih lapis dihasilkan menggunakan 1 cawan, cawan tersebut. My mom cakap, kalau start guna cawan ni, sampai habis kena guna cawan ni.. kalau tak nanti dia tak balance. Dan kuih ni pun tak guna minyak. Kurang kolesterol. hehehehe..selamat mencuba ya!


4 comments:

sizukaDeboss said...

wah syoknye.kne amek resepi nnti nih:D

Cik Sara said...

Jemput buat.. Selamat mencuba ya!

Sophia Rani said...

waaaa... look delicious... ;)

Cik Sara said...

Sophia, memang sedap..especially bila air tangan sendiri..nyummy... cubalah buat..