Kenapa??

Friday, August 13, 2010

Assalamualaikum...

Benarlah bahawasanya, ujian ALLAH itu datang dalam pelbagai bentuk. Ujian ALLAH itu hadir dalam pelbagai rupa. Mendengar perkhabaran dan perutusan dari yang bertanggungjawab bahawasanya Program GOP untuk ke KOREA telah diluluskan, sangat-sangat menggumbirakan hati. Walaupun banyak liku yang dialui, kelulusan berjaya diperoleh.

Tetapi, mengapakah semakin dekat harinya semakin ketara kepincangan ukhuwahnya.. Kenapa? Saya tak tahu apa yang orang lain rasakan. Tapi, sejak bermulanya sem baru ini, dapat rasakan seperti ada yang tak kena. Kenapa ya? 

Bermasam muka, marah-marah.. membangkang..tidak bersetuju..perbincangan tanpa ada usul baru.. semuanya seakan telah menjadi seperti normal. Kenapa ya?

1 Ramadhan..sekali lagi disambut tanpa keluarga di sisi. hanya rakan-rakan. hanya teman seperjuangan.. Hanya mereka. Rindu keluarga kat family di Kedah.. Tak sabar rasanya untuk balik ke rumah.. Mencari damai di samping keluarga..

Ah, merepek ke arah lain pula.. Adakah ini yang berlaku?
"Orang tak mengharapkan pertolongan dari saya, makanya orang pun tak mahu menolong saya.."
itukah yang terjadi saat ini? Seakan saya yang sibuk meminta pertolongan sana sini.. tetapi yang lain hanya diam menyepi. Mungkin tidak memerlukan pertolongan..

Makanya...

Mungkin selepas ini saya perlu senyap dari bising meminta pertolongan.. Mungkin selepas ini saya perlu diam dan membuat semuanya tanpa mengira betapa penatnya badan.. mungkinkah? 





5 comments:

sizuka[Izzati] said...

bestnye dapat pegi korea:)

angahfarah said...

salam sarah..
moga sentiasa berlapang ye dik..

Cik Sara said...

Kak Farah...
InsyaALLAH kak..

Mutiara Bernilai said...

salam alaik..

Kenapa dear? Ukhuwah di uji? Ketulusan di cari ?

hm, mungkin sama2 perlu perbetulkan niat, perjernihkan hasrat.. mahu ke Korea demi sebuah kenangan manis bersama sahabat2..

demi ukhiwah kan? lalu, usah di kotori sepanjang proses utk ke sana dgn pkare2 yg mlukai talian ukhuwah itu sendiri.. bukankah jd sia2 saje jika dpt ke korea namun hakikatnya dalam hati masing2 punya luka2 yg sedang hebat berdarah.. akhirnya, matlamat utk 'captured sweet moment dgn shabat2' pon x terjalan dgn senang ati..

berbaik sangka, itu yang perlu d terapkan oleh setiap org yg berukhuwah..

syg selalu~

bunda Ena..

Cik Sara said...

K.Ena
Thanks kak atas nasihat nya... InsyaALLAH, saya pun Sedang melatih diri untuk sentiasa berbaik sangka dan banyakkan bersabar.. Cuma kadang-kadang tertewas dengan faktor persekitaran..

Apa-apapun, saya berdoa dikuatkan iman..dan dilapangkan dada untuk menerima setiapnya.. Mengharapkan memori yang manis akan berterusan..