Iftar IEEE di KFC

Thursday, September 2, 2010

Assalamualaikum...


Sedar tak sedar dah 23 hari kita berpuasa.. Tinggal lebih kurang seminggu je lagi untuk kita berdamping dengan Ramadhan sebelum ia berlalu meninggalkan kita..


Alhamdulillah.. Murah rezeki di bulan Ramadhan ni.. Walaupun tidak berkesempatan untuk menapak ke masjid untuk berbuka, tetapi saya dan teman-teman memilih untuk memasak sendiri untuk berbuka. Setakat ni berjaya berbuka dengan Laksa, Mee Kuah, Lontong, Nasi Ayam, Asam Pedas Ikan Patin dan macam-macam lagi.. Dengar macam mewah kan? Tapi kalau dikongsi beramai-ramai, tak terasa mahalnya..


Eh, dah menyimpang pula.. Nak share story pasal iftar hari tu.. Anjuran IEEE UTM Skudai Branch.. Tapi tak ramai member yang dapat join sebab iftar ni diadakan secara ad-hoc.. tetiba je buat keputusan nak berbuka kat KFC.. Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari.. Nak-nak pula makan free..(^____^)


Sementara menunggu waktu berbuka.. Mana saya?? Of courselah yang berbaju pink itu..ahaks..kebetulan je ni.. sama warna pula dengan theme blog..


Sumenya 11 orang..dan semuanya rakan course sendiri.. Biasalah, bila orang kuatnya adalah kawan sendiri, secara tak langsung membernya pun rakan sendirilah..


Sementara menunggu waktu berbuka.. Santai-santai semuanya..


Di mana-mana pun boleh membaca.. Sungguh menyahut seruan kerajaan.. Tapi... aoa yang dibaca hanyalah komik..pengisi waktu..


Cheezy wedges.. Nyummy..


Inilah wajah-wajah yang hadir.. yang belakang-belakang dah tunjuk tadi.. Lepaih habis jer iftar ni solat maghrib di bilik sendiri memandangkan surau dekat jusco sangatlah kecik dan orangnya sangatlah ramai.. Pengajaran : Jangan berbuka di Jusco.. ahahah...

1 comments:

sizuka[Izzati] said...

wah seronoknya iftar makan kfc.hehe.rinduuuu kfc.huhu~