Stress sebab duit???X!:?

Wednesday, November 24, 2010

Ok.. sepatutnya hari ni saya belajar.. Ulangkaji pelajaran.. Tapi sampai saat dan tika ini, langsung tak buka buku. Sampai UTM dalam pukul 9.30 pagi tadi.. selepas hampir 12 jam perjalanan dari Alor Setar.. Cuti dah habis kenalah balik u semula.. Exam ada lagi.. 

Kenapa tak ulangkaji pelajaran? Fuhh..entahlah..kepala otak dah senget. Rasa macam nak meletup je. Luckily, dah study skit kat rumah masa cuti 2 minggu hari tu.. Tinggal nak polish bagi tak luput dek ingatan. Kali ni tulis entrie dalam keadaan otak yang serabut memikirkan duit..

Huu..dah giveup sangat nak cari duit. Mak bapak bukannya tokey lembu yang dapat untung puluh ribu. Tokey balak jauhlah sekali. Adik-adik pun nak pakai duit masuk sekolah tahun depan.. dan saya??? Berita terbaru..kena bayar lagi RM500++ untuk program ke Korea tu.. Ya ALLAH! Banyaknya..hari tu punya RM500 pun tak bayar lagi.. Total up ada dalam RM1000. Mana nak korek duit tu??

Saya dah rasa give up sangat.. Rasa nak tarik diri je.. ada sesape yang nak ganti pergi? Saya memang dah tak mampu sangat nak bayar. Sedangkan syarat nak pergi haji pun kena berkemampuan. Inikan nak ke Korea. Faktor kemampuan kena juga ambil kira. Aih, susahnya nak dapat duit. Bila dah terdesak ni barulah terlintas macam mana anak muda banyak yang rosak sekarang. Semuanya sebab duitlah..

Cara paling mudah dapat duit? Jual diri.. Jual maruah diri..satu malam je boleh dapat ribuan ringgit.. Astaqfirullah..takkanlah gara-gara nak ke Korea Selatan kena uat sampai macam tu??? Aisy, dah macam orang tak de ilmu..tak de agama je... ceet..nyah kau dari kotak minda ku.. Aku belum terdesak untuk terpengaruh dengan ajakan syaitan yang mendurjanakan umat manusia tu.. !!!

Apa lagi nak buat untuk dapatkan duit??? Yang halal itu pasti.. Duit haram nak buat apa.. Kembong perut je nanti.. Nak meminjam? Pinjam itu memang mudah, tapi nak membayarnya, parah tu. Mak ayah bulehlah bagi sket, tapi tak delah sampai ratus-ratus.. Apatah lagi ribu-ribu. Duit simpanan makin susut. Sangat susut sebab dah guna untuk ambil lesen kereta setahun setengah yang lalu... Akaun semakin negatif. Dan yang menjadikan keadaan sangat runcing, duit nak kena bayar before isnin ni.. Fuhh.. kenapalah tak buleh tarik diri?? 

Kalau dah tak mampu, tak yah pergi....
Urmm..betul juga tu. Dah tak de duit, buat apa malu nak ngaku? Dah tak berkemampuan takkan nak buat macam ada duit pula kan? Gila apa... Ingatkan dulu, mudahlah dapat penajaan or sumbangan. Itu yang yakin untuk pergi..tapi...Nyata amat payah. Nak cari part time.. Kerja sambilan dari rumah.. ada tak? Gila dah desperate sangat sebab duit. Arghh...serabut kepala otak fikir pasal duit. Dah lah ada lagi 3 paper exam... 

Ya ALLAH permudahkanlah urusanku ini. Adakah krisis yang tercetus antara Korea Selatan dan Korea Utara itu satu petunjuk? Owh..sungguh aku tak tahu nak doakan peperangan itu berakhir dengan segera atau terus berlanjutan.. Gomen nasai..


2 comments:

ummu said...

salam sara
masa kak belajar dulu
akak pun tak jadi pergi
rombongan kursus kak ke oversea
sebabnyasaat akhir
ada maslah pula
dan kewangan lah salah satu faktornya
takpe kalau tak jadi pergi
beritahu awal2 dgn lecturer
rasanya lecturer faham.

Cik Sara said...

Thanks kak Ummu..
Tapi tak semua faham.. Tinggal less than a month.. Free-free je nanti kena sembur kalau cakap tak nak pergi. Even ada reason yang cukup kuat..By hook or by crook, whateva it takes, duit kena bagi.. Doakan yang terbaik.. Saya yakin dengan DIA. InsyaALLAH..