Piala Suzuki AFF 2010 milik Malaysia

Thursday, December 30, 2010

Salam..hai..Dekat mana-mana pun sekarang orang sibuk memperkatakan mengenai kemenangan Malaysia dalam menjulang Piala Suzuki AFF 2010. Walaupun saya ni bukanlah kaki bola pun. Itu benar. Tapi bila tengok orang excited, kita pun jadi teruja beb. Separuh masa pertama saya tak layan lagi. Nak tengok cerita Putera Katak sebab petang tadi tertidur dek keletihan. Bila iklan je baru buka tengok bola. Superb sih goalkeeper Malaysia tu, Saudara Khairul Fahmi Che Mat. Cantik je dia tangkap bola yang dihantar penyerang Indonesia tu. Kemas. Kejap. Sekali dapat tak bagi lepas dah. 

Berbekalkan 3-0 yang di jaringkan dekat Bukit Jalil hari tu, diorang terus mengaum di bumi Indonesia pula. Corak permainan diorang pun mantap beb. Terpegun i tengok. Lupa terus pada Putera Katak kat TV9 tu. Jaringan yang dibuat Safee tulah yang buat saya terus tengok bola. Untung-untung ada gol yang bakal disumbatkan lagi.. Tapi tak pelah..Walaupun kalah 2-1 dengan Indonesia, tapi kita dah menang bergaya. 

Malaysia dah pun berjaya julang Piala tu selepas 14 tahun mendambakannya. Tahniah skuad harimau Muda! Teruskan kecemerlangan anda. Bangkitkan semula kegemilangan Bola Sepak Malaysia. 



Dek keseronokan ni, saya terjumpa blog GF Khairul Fahmi Che Mat ni.. Baca punya baca.. Berjalan dari satu blog ke satu blog yang asyik bercerita pasal dia, terjumpalah biodata mamat ni dekat satu blog tu. Waduh, sudah lupa di mana blognya. Tapi, baru  ku tahu, mamat ini lahir tahun 1989.. Muda setahun dari sayalah.. Wajah nampak matured habis. Ingatkan dah 25-26 tahun.. Hahaha.. Sori beb.. Tapi you memang nampak matang habis. Nak tinjau blog awek dia? Pergilah ke sini.. 


Layanlah sendiri cerita yang ada..daaa..

1 comments:

farah farhana said...

hehe sonok baca blog awek dia hehe