Assignment oh Assignment

Wednesday, January 5, 2011

Assalamualaikum..
Petang Rabu yang sangat lapang. Hari ni tak bertapa dekat Lab. Lagipun my SV ada meeting, makanya malas untuk lepak di Lab. Sementelah pula, tengah menunggu seorang junior yang sebelum ini mesej dan bagitahu nak jumpa saya petang ni. Tak tahulah pukul berapa. Janjinya lepas zuhur. Tunggu je lah. Kata junior tu nak tanya pasal SETIAUSAHA KERJA. Sebab dia yang pegang post tu sekarang. Nak tolak, macam tak wajar pula. Dah ada ilmu apa salahnya kita kongsikan, ye tak?

Setahun yang lalu, tahun 2009. Saya memegang jawatan sebagai Setiausaha Kerja bagi Jawatankuasa Kolej Mahasiswa Kolej Tuanku Canselor (JKMKTC). Itu kisah lama. Saya sendiri banyak menimba ilmu dari senior-senior yang lebih berpengalaman. Selama 2 tahun aktif di kolej sendiri, tak saya nafikan banyak yang saya belajar terutamanya tentang sistem pemfailan dan pendokumentasian. Practice make perfect. Hari-hari saya menjadi lebih orientasi. Tersusun dan sistematik.. Hahaha.. Puji diri sendiri..

Entrie hari ni bukan nak buat kursus Kesetiausahaan.. Maka kita tinggalkan topik setiausaha kerja ini. Jom beralih pada Akademik. Kelas Transducer dah pun bermula. Baru je masuk kelas dah dapat 2 projek. Wahaha...Sabar je lah..

1st Task:
Technical Paper Review

Deadline:-
23hb Februari 2011

Review at least THREE most recent research technical paper from journal FLOW MEASUREMENT AND INSTRUMENTATION in similar topic
**Papers must be related to Sensor development/research
URL :- Science Direct Website

Task:- Write a Technical Review within 2 to 4 pages of A4 paper with calibri/Arial Narrow 11.

Task ini 2 to 3 person in a group. Saya pilih untuk buat berdua. Senang nak berbincang.

*********************

2nd Task:
Mini Project (Sensors and Application) 15%

Deadline:-
Proposal (19hb Januari 2011)
Sensor Research Symposium (28 & 30 Mac 2011)
Project Report (13 April 2011)

To design an application/ technical report base on one of the sensor listed. Each group come out with different idea of an application and build a system/ model of the application
a. Temperature Sensor
b. Infrared Sensor
c. Light dependence resistor
Ultrasonic Sensor

Work out the project within 4-5 person in a group.

****************************

Task yang kedua ni dah macam mini PSM. Kena buat proposal, come out with a project and present and demo it to the lecturer. Fuhh...PSM pun terkontang-kanting tak nampak jalan lagi inikan pula nak buat mini PSM tuk coursemark Tranducers.. Any Idea?? apa yang nak dibuat dek sensor ni??

Assignment oh assignment.. Tak dapatlah nak berblogwalking selalu..=(

3 comments:

Sunah Sakura said...

junior tu pun mesej akak nak mintak tolong..erk, tapi akak SUK 2008..sangat jauh kot beza formatnye...jadi akak nasihatkan supaya berhubung dengan SUK sebelum ni jek...lebih mudah, duk satu kolej..

akak duk luar, lagi susah nak jumpa..huhu

Cik Sara said...

Pelik juga memula tu sebab biasanya kita rujuk dengan mantan sebelum kita. Tapi dah dia minta tolong, saya tolong je lah mana yang mampu.. Pasal minit mesyuarat n pemfailan. Selebihnya saya kata rujuk dengan S/U K sebelum ni.. Sebab HEMA pun dah berbeda, saya tak tahu.. hohoho..

Anonymous said...

I love cintakuntumansyurga.blogspot.com! Here I always find a lot of helpful information for myself. Thanks you for your work.
Webmaster of http://loveepicentre.com and http://movieszone.eu
Best regards