Final Year Activity | Ladies Picnic

Friday, January 21, 2011

Assalamualaikum..

Bila dah Final Year, Final Sem mula terasa nak buat macam-macam aktiviti. Rasa macam banyak lagi benda yang belum dibuat. Tambah pula bila dapat kawan-kawan yang semuanya ada tahi lalat dekat kaki..Suka berjalan.. Wee... Kadang-kadang nak buat sesuatu dengan meminimakan penggunaan duit. Yang penting semuanya seronok. Ini kali kedua kami pergi berkelah beramai-ramai.

Mendaki untuk mencari tempat best
Sebelum ni yakni pada tahun lepas, kami berkelah di Gunung Pulai. Tapi tak berapa best. Tak puas. Bila dengar budak-budak lelaki course pergi mandi air terjun di  Bekok yang dikatakan cantik lagi menarik dan tertarik debom, hati begitu teruja untuk ke sana. Hati yang tak dapat diekspresikan dengan kata-kata. 

Welcome to Hutan Lipur Sungai Bantang, Bekok
Johor cuti Thaipusam. Itu berita yang mengembirakan. Apa lagi?? Picnic time!!!.. Walaupun rancangan hanya dibuat sehari sebelum hari kejadian.. Hahaha..Dasat tak? Esok nak picnic, hari ni baru cari orang. Akhirnya, setelah ditolak, dicampur, dibahagi dan didarab seramai 12 orang serikandi 4 SEP dan Kak Shikin dapat turut serta dalam picnic kali ini.. Men are not allowed.. Nanti tak puas nak mandi daa.. Lagipun, dak laki dah pergi. It's our turn pula..

Seawal 5.00am kami bangun untuk menyediakan juadah untuk berkelah. Tak banyak. Buat yang simple-simple je. Itupun bahagikan tugas supaya menjadi lebih mudah. Ada yang ditugaskan menggoreng nasi. Ada yang membuat sandwich. Menggoreng ayam dan keropok. Menggoreng telur dadar. Membawa tikar. Membuat Kek Batik. Minuman sendirian berhad. Jimat bajet punya pasal..hahaha..

Dari UTM kami berkonvoi dengan 3 buah kereta. Kancil. Viva. Kelisa. Perjalanan dimulakan. Untuk mengelak kesesakan di Kulai, kami menggunakan laluan Tol Skudai. Kemudian keluar di Sedenak. Pagi yang tak berapa nak cerah. Dari Exit tol Sedenak, kami keluar ke kiri. Menghala ke Felda. Ikut logik je sebenarnya. Kalau ke kanan nak balik ke Kulai, So amiklah kiri. Sehinggalah di satu ketika kami berasa seperti berada di Padang Jarak Padang terkukur. Bagaikan tiada apa di hadapan. Hanya satu jalan yang lurus. Di hujungnya hanya nampak satu garisan putih. Dimanakah kami? Muka dah cuak. Tapi, steady beb.. Walaupun dah macam menunggang kuda je lalu kawasan tu, still kekalkan kelajuan dan lalu juga jalan tu sehinggalah bertemu kawasan kelapa sawit. Alhamdulillah..kita masih di bumi ALLAH.. Dunia masih berputar.

Perjalanan diteruskan pula menghala ke Benut. Ini semua ikut logik akal dan instinct sebelum arah perjalanan di tukar ke 
Simpang Renggam -> Air Hitam -> Yong Peng -> Felda Chaah -> Hutan Lipur Sungai Bantang, Bekok.
Yeay! Sampai juga akhirnya walaupun memakan masa yang agak lama. Tapi hasilnya berbaloi-baloi. Kawasan ni memang sangat terpelihara. Tapi tak dinafikan masih terdapat sampah di merata tempat. Tapi the best thing is, air terjun dia sangat jernih. Sangat sejuk dan sangat bersih. Memang terbaik. Ditutup setiap hari Selasa untuk tujuan pembersihan.

Itu mereka
Memandangkan kami antara insan-insan yang terawal tiba di hutan simpan itu, kami segera mendaki kawasan air terjun itu untuk mencari port yang cantik dan best. Jauh tu taklah jauh sangat sebab tak sempat berpeluh pun. Kami bertemu dengan port yang sangat-sangat indah. Redup. Lepas landing je beg-beg baju, tanpa menunggu apa-apa terus terjun dalam air. Sebelum tu sempat jugalah usha line. Clear beb. Buka tudung. Mandi.. Orang tak de..

Sampailah satu ketika, tengah seronok-seronok menikmati urutan semulajadi yang sangat nikmat di sebalik batu, tiba-tiba ada member bagi signal kata ada budak lelaki naik.. Fuhh.. tenggelam timbul dalam air dan arus air terjun tu nak sembunyikan rambut. Sebelum tu seronok je shampoo rambut segala bagai seperti kawasan itu tanah jajahan kami. Bersembunyi jugaklah beramai-ramai di balik batu. Nak gerak ke arah batu tempat letak barang, agak jauh. Nanti terdedah pula rambut. So, duduk diam-diam kat arus tu. Bila dah hilang kelibat lelaki tu, terus sarung tudung dan makan juadah yang dibawa.

Sejuk giler.. Menggigil tak sudah. Hotdog yang dipotong seperti sotong dah nampak menari-nari di depan mata sebelum dimasukkan ke dalam mulut..Grrr...Sejuk...Usai makan, sambung mandi lagi. Rupa-rupanya port yang kitorang pilih tu menjadi tumpuan ramai. Mungkin sebab arus air yang semakin deras dan semakin seronok untuk berurutan menjadikan tempat itu didatangi ramai orang. Sekitar jam 12.30 tengah hari, setelah hampir sejam setengah berendam di dalam air, kami bergerak keluar. Manusia semakin ramai. Tidak jauh dari kami terdapat sekumpulan remaja lelaki sedang mandi manda. Tak enak pula nak mandi di situ lagi. Dah tak privacy. Mereka mandi tanpa baju, kami yang diatas terasa segan bila terpandang. Astaqfirullah..

13 orang.. Kami sudah sampai ke sini..
Keputusan diambil untuk pulang sahaja. Perut dah kenyang. Badan dah segar mandi air sejuk. Tunggu apa lagi. Baliklah. Nak salin baju di situ, tak sesuai.. Soooo many boys di situ. Selesai menukar pakaian, kami bergambar pula. Masa datang sememeh je semua. Tak berapa nak bergambar sangatlah. Bila dah tukar pakaian baru excited nak bergambar. Warna warnilah sikit. Yang  paling penting, harus ada sesi lompat. High jump. Eh, tak..Lompat excited. 

Lompat!!!
Dari Hutan Simpan tersebut, kami mengarah ke air hitam. Singgah solat di sebuah surau berdekatan pekan air hitam.  Kemudian, singgah pula di Pekan AIr Hitan. Cuci mata. Ada yang membeli barang. 

Q, Akmal dan Ime

Shopping..shopping
Kami sampai di UTM sekitar jam 6.00petang.. Such a long journey. Seharian jugalah. Badan penat. Mata pun dah kuyu.. Sleeping time..Zzzzzzzz..

p/s :- Tak de mood nak edit gambar.  Duit JPA dah masuk. My Scholars? Fuhh..lambat lagi ke harus ku menanti.. Mr. Scholars...please come near to me babe.. huhuhu

2 comments:

Sunah Sakura said...

akak rasa cam nampak satu gambar yang sesuai kat situ...maka, sara...sila join ye~

Contest Gambar Tak Nampak Muka Paling Cool

:p

Anonymous said...

tumpang tanya, dari UTM ke bekok nie berapa jam ye? kitorang igt nak g berkelah jgk...hehe