It's Cooking Time

Thursday, January 13, 2011


Assalamualaikum..
Apa khabar saudara-saudari sekalian?? (sambil memberi sedikit irama kepadanya)


Entrie hari ini haruslah bersifat ceria.. gembira.. dan gumbira..Eh? Oopss..Hehehe..Lebih kuranglah tu. 


It's cooking time!!.


 Walaupun masih awal sem, tapi ternyata poket yang bocor angkara ber'joli' cuti sakan di Korea tempoh hari masih meninggalkan kesan jangka panjang kepada diri yang tak berapa nak beruang ber"wang" ini. Lagi mensyahdukan hidup bila Scholarship tersayang masih tak kunjung tiba. Jangkaannya bulan Februari. Sama ada awal bulan, tengah bulan atau hujung bulan hanya Inche pemberi biasiswa sahaja yang tahu.=(


Makanya haruslah membuat aktiviti Super Kombo Jimat. Wow! Seharusnya kita berjimat untuk memastikan kelangsungan hidup di UTM ini.. Tidak wajar kalau kerana bukan beruang ber'wang', keluar berita Buletin Utama Mahasiswa UTM mati kebulur. Owh! Itu tidak wajar sama sekali. Nehi.Nehi..No!!!


Hehehe... So, It's shopping time!! Eh, silap.. waktu gawat macam ni, mana ada istilah shopping time.. It's cooking time!!. Tapi, sebelum kita nak memasak ni, haruslah pergi shopping dulu. Betul tak? Kalau tak, engkau nak masak apanya? (-o,-)'


Shopping barang di Econsave, Skudai Parade
Untuk memastikan istilah JIMAT itu tercapai, saya berpakatlah dengan kawan-kawan terdekat untuk membeli belah bersama. 


Sharing is caring right? 
What you eat, i eat..
What you cook, i'll help..
And wheneva you need my help, i'll be there to help you..


Wah...dah buleh mengalahkan shakespear ni.. Eja pun tak betul ada hati nak ganti uncle Shake pula.. Ok, abaikan. Dalam berkongsi-kongsi, kami membeli barang-barang keperluan untuk memenuhkan peti ais yang sedia ada. Tempat yang kami tuju adalah Econsave.. Sebab barang murah dan segar.. 


Dari barang basah sampailah ke barang kering. Semuanya kami beli. Ikut bajet, untuk makan 3 hari. Tapi, macam beras, garam, gula, minyak, rempah ratus, ikan bilis..macam cukup untuk stok 1 sem! Jimat tak? hahaha..


Setelah dikira, ditolak, ditambah dan dibahagi.. Jumlah keseluruhan untuk seorang makan selama 3 hari dan nasi untuk 1 sem adalah sebanyak RM13.75.. Jimat tak? Jimat tak? Kalau tidak, makan tengah hari je dah RM3.50 (paling mahal lah sebab minum air masak).. Dan untuk Dinner pula dalam RM5.00++.. Sehari je dah RM8.50++.. 
Cuba darab dengan 3 hari?
Dah RM25.50


Dengan memasak, kita dah jimat RM11.75. Boleh guna untuk keperluan barang basah 3 hari kemudiannya. Fuhh...saya dah nampak kelangsungan hidup yang sangat jayanya di UTM ni..hehehe... Oleh itu....


JOM kita MEMASAK!!!


6 comments:

fiq said...

aku pun ngah jimat ni. mkn biskut je ari2. sob sob... ='(

Cik Sara said...

@Fiq
Hehehe..jom jimat!! Tapi, jangan sampai tak makan nasi pula..huhuhuu

llsnll said...

Nak jimat jugak. Tapi xde freezer. Sob2x. Penat la klu nk teringin makan ikan. Heh..makan ikan bley..ikan bilis je la kan..xyah freezer. Hahaha

Jejentik said...

haha..dulu pun saya selalu buat macam ni dengan roomate tapi selalunya saya tolong tengok je dari jauh bila time memasak...hehe

Cik Sara said...

@llsnll
Hehe..betul3x..makan ikan bilis je.. Tak perlu freezer..Tak pun ikan sardin dalam tin.. Ikan juga tu..=)

Cik Sara said...

@Jejentik
Tolong juga tu..tolong tengok.. Idaklah teman tu rasa berseorangan je..hehehe