Kebab | Ikan Patin Masak Lemak Cili Padi

Sunday, January 16, 2011

Assalamualaikum..
Hai semua!! Dah makan? Kalau belum, jomlah cuba 2 resepi ni. Dijamin sedap. Terbaik dari ladang. Kebab Daging dan Ikan Patin Masak Lemak Cili Padi. Betul kata orang, tak rugi ada ramai kawan. Macam-macam boleh belajar antaranya belajar memasak. Memandangkan hujung minggu adalah waktu yang terbaik untuk mengasah bakat yang terpendam ini, jadi hujung minggu ini dapatlah makan makanan yang sedap-sedap. Bayar murah, makan sedap.. Terbaiklah.

Menu yang pertama :- Bubur Nasi Cik SIti


Menu yang kedua :- Kebab Daging.
Chef :- Cik Nur Ershadiah






Bahan-Bahan :-
2 paket daging Cincang Ramly Burger
Sebiji Cili Benggala Kuning
Sebiji Timun
Sebotol Sos Cili (jangan habiskan pula ye..)
Sebotol Sos Tomato
2 paket Roti Pita
Sebotol Mayonis
5 ulas bawang Besar. Hiris hemisfera ok.




Dah ada bahan. Bolehlah mula memasak. Jenguklah gambar-gambar di bawah ni ye..



Pastikan daging tersebut telah masak. Dan air daging kering. Lepas dah masukkan bawang, masukkan pula sos cili dan sos tomato. Bergantung kepada citarasa masing-masing. Kalau rasa nak berkuah, letaklah banyak-banyak. Anggaran biasa dalam setengah botol. Gaul sehingga rata. Lepas tu, bolehlah campurkan cili benggala dan timun yang telah dipotong dadu tadi.

Sementara menunggu inti kebab masak dengan sempurna, ambil roti pita dan potong dua. Kemudian, sapukan mayonis ke dalam ruangan roti pita yang terbuka itu. Selepas itu, bolehlah masukkan inti yag telah masak tadi kedalam ruangan roti pita yang terbuka itu..

Dan sedia untuk dimakan..

Menu Ketiga :- Ikan Patin Masak Lemak Cili Padi
Chef :- Cik Siti Zubaidah


Ini resepi minang. Untuk seekor ikan patin, baru RM4-5. Tak mahal pun. Boleh makan ramai-ramai. 

Bahan-Bahan:-
Seekor ikan Patin dibelah 7.
6 ulas bawang putih
20 biji cili padi (Ikut tahap kepedasan masing-masing)
Serbuk Kunyit atau Kunyit hidup
Minyak untuk menumis
Air secukupnya
Garam
Santan
Daun Kunyit

Seterusnya, jom kita masak ika patin pula. Mula-mula, tumbuk bawang putih dan cili padi. Tumbuk sehingga lumat. Kemudian masukkan kunyit ke dalamnya. Kalau pakai serbuk kunyit, masukkan dalam satu sudu. Tumbuk serai bagi pecah sedikit di bahagian bawahnya. Selepas itu bolehlah panaskan minyak. Tumis serai sehingga naik bau dan masukkan bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi. Tumis sehingga masak. Masukkan pula ikan patin yang telah dipotong dan dicuci bersih. Masukkan sedikit air. Tunggu sehingga kuah mendidih, kemudian masukkan pula santan pekat ke dalamnya. Kacau agar tak pecah minyak. Masukkan sedikit garam. Dan silalah rasa. Kalau dah kena dengan selera, bolehlah diangkat dan dihidangkan. Jangan lupa tutup api ye! Takut rumah pula yang terbakar.. Selamat Menjamu Selera..

Inilah aktiviti kami berempat pada hujung minggu ni. Banyak yang boleh dijimat. Lebih menyeronokkan, dapat memasak dan makan bersama-sama. =) Tidaklah bosan sangat kalau buat semuanya sendirian.. betul tak?

1 comments:

Winnie Bunny said...

wajjj dear sedapnya kebab daging tu..dah lama saya cari respi thanks ea bagi..