Girls Outing @ JB

Sunday, February 27, 2011

Assalamualaikum..
Lama rasanya tak menulis di dalam blog ini.. Terlalu asyik menonton "Running Man".. Teruja tengok Commander Jong Kook dengan flower boy Joong Ki.. Happy sangat tengok Haroro dengan aksi selamba Gary.. TV show korea yang sangat best..sampai tak sempat nak tulis apa-apa kat blog. Nak jalan-jalan ke blog lain pun tak sempat.. Tak pe3x.. lepas siap assignment Imaging, saya g jenjalan ke tempat anda-anda ye..

Semalam hari Sabtu. Siapa-siapa yang tak tahu, sila terjun masuk dalam laut..=( Semalam juga saya dan rakan-rakan keluar menghabiskan masa.. Girls Outing.. Saya, Ershadiah, Akmal dan Aimie. Saja nak jenjalan sekitar JB.. Nama je duk Johor 3-4 tahun, tapi ada je lagi tempat yang tak pernah sampai. Since Ershadiah sangat baik hati untuk jadi tour guide kitorang, makanya kita jalan-jalanlah..

First place to go. BREAKFAST. Mana boleh jalan-jalan tapi tak makan kan? From UTM kitorang gerak ke Hutan Bandar. Hutan Bandar bukanlah sesuatu yang asing bagi saya. Saya pernah sampai di situ. Menu breakfast kami pagi itu adalah Roti Jala untuk Aimie, Lontong Kering untuk Akmal dan Lontong Berkuah untuk saya. Ersha tak makan. Minum teh tarik je.


Lepas dah makan kenyang-kenyang, kitorang terus gerak ke destinasi yang seterusnya. ZOO JOHOR.. Ok, jangan gelak ye. This is our first timer sampai ke Zoo ni. Selalunya lalu je. Tak berhajat pun nak singgah. Tapi, matlamat hari ni nak singgah. Tiket untuk orang dewasa RM3.00 sekali masuk. Dah beli tiket, mulalah eksplorasi kami di Zoo Johor.  Hujung minggu, memang ramailah mak bapa yang bawa anak-anak datang zoo tengok binatang. Antara binatang yang boleh dilihat di sini adalah seperti Ular, Harimau, babun, Singa, pelbagai spesies kera, anak gajah, burung merak, buaya tembaga and etc. Kuantiti untuk satu binatang tu tak lah banyak sangat. Tapi kepelbagaian spesies haiwan tu banyaklah juga.

Gambar-gambar yang diambil di ZOO JOHOR..

Kitorang jenjalan dalam ZOO ni sampai azan zohor berkumandang dari Masjid Sultan Abu Bakar yang terletak di hadapan ZOO Johor.. Alang-alang dah dekat, kitorang singgah masjid ni dulu untuk solat zohor. Masjid ni..cantik. Terletak di atas bukit. Boleh nampak Selat Tebrau dan nampak juga Singapura. Akhirnya, jejak juga kaki ke masjid ni. Dah lama kagum dengan seni bina masjid ni. Seni bina lama. 

Lepas tu, niat hati nak masuk Muzium Johor. Bangunan biru putih yang terletak bersebelahan dengan Mahkamah Tinggi Johor Bahru, tapi sedihnya, muzium tu dah tak dibuka kepada umum. Kata Encik Polis yang kitorang jumpa, Muzium ditutup untuk proses penyelenggaraan..Dan mengambil tempoh setahun sebelum dibuka kepada umum. Makanya, memang tak ada peluanglah nak masuk ke Muzium ni.. aih..


Sempatlah singgah depan mahkamah tinggi ni ambil gambar dengan jata negeri johor ni.. Err..betul ke panggil Jata?? Confius jap.


Dari Mahkamah, kami teruskan perjalanan kami ke Danga City Mall.. Weehaa..nak pergi memanah..Main Archery. Lengang giler Mall ni.. hahaha..
Ok, untuk archery ni, memang murahlah.. i guess..tak tahulah kalau ada tempat lain yang lagi murah. Kitorang amik pakej 4 orang, RM20 untuk 60 arrows. Mean that seorang dapat 15 arrows. Kalau ambil pakej sorang, RM5 untuk 10 arrows..So, pakej berempat kira untunglah sket. 


Tak reti memanah? Jangan risau.. Saya pun tak reti.. mereka juga. Di sini ada orang yang akan ajar cara nak memanah dengan betul. Ini kali kedua saya pegang busur memanah setelah hampir 4 tahun lamanya. Tangan saya tak kuat, so, tak berapa sesuai nak memanah. Baru 5 arrows, dah rasa nak giveup sebab tangan menggigil..=) Tapi, yang penting enjoy main. Bangun pagi tadi, rasa sakit-sakit tangan..Lepas ni nak main lagilah.. Ada yang nak bawa tak? =)

Balik dari Danga City Mall, kitorang terperangkap dalam kesesakan lalu lintas bermula dari Bandar Baru Uda sampai ke Skudai.. Tak tahulah kenapa, tetiba petang semalam banyak sangat kenderaan atas jalan raya. Dan semuanya nak menuju ke Skudai,Pulai dan Highway. Dekat sejam juga kitorang dok dalam kereta. Sampai UTM sekitar jam 7.00malam..So..rehat time..~

1 comments: