Kena Tag dengan Ayong~

Tuesday, February 15, 2011

Assalamualaikum..
Owh..rajin sungguh ayong ku yang seorang ini menghupdate entrie dan menterjebakkan diri ini untuk menghupdate entrie juga. Padahal baru je semalam keluarkan satu entrie merapu merepek. =D Tanpa membuang lebih banyak masa kerana masa itu emas yang tidak harus dibazirkan, makanya saya menjawab soalan-soalan cepu gangsa yang diberikan.

1. Apa yang paling penting dalam hidup korang?
 Seperti kakak Kecik dan Ayong, hidup saya paling penting + family saya..

2. Benda terakhir yang korang beli guna duit korang?
Err..topup celcom RM10 dari cimbclick Cik Aimie.. Benda ke tu?? heheh..

3. Dimanakah korang akan melangsungkan perkahwinan dan apakah temanya nanti?
Ada juga soalan macam ni ek? Tak buat perancangan lagi. Mungkin di masjid dan mungkin dirumah sendiri.. Tema? Colorful.. mcm warna pelangi tu..indah tak?? hehehe.. Tak tahu lagilah.. Hari ni mungkin kata hijau, esok-esok teringin ungu pula.. Tahun depan kepingin kelabu pula..So, undecided.

4. Adakah korang sedang bercinta sekarang?
Ya.. cinta ALLAH dan Rasul-Nya..bercintan-cintun dengan assignment dan FYP

5.Berapa lama korang akan mencintai kekasih korang?
Mencintai Allah dan Rasul-NYA sehingga ke hujung hayat.. Tapi bercintan-cintun dengan assignment dan FYP sehingga hujung semester ini sahaja..

6. Novel/Buku/Majalah terakhir dibeli?
Buku Kepimpinan Sultan Al-Fateh

7. Namakan orang yang betul-betul korang nak dalam hidup korang?
Siapa ek? Me myself. Nor Saradatul Akmar.. Kerana saya adalah kehidupan saya sekarang..

8.Adakah korang basuh baju korang sendiri.
Urmm..mostly nope. My japanese maid yang basuhkan.. Miss LG.. time kasih banyak-banyak.. I tolong sidai kan je..

9. Dimanakah tempat yang betul-betul korang nak g?
Ayong jawab nak syurga.. Saya pun !! Tapi mudah kah??

10. 5 lagu yang paling suka dan selalu dengar.
InsyaALLAH - Maher Zain
The Choosen One - Maher Zain
Pada-Mu ku Bersujud - Afghan
Kebesaran - Opick
Kekanda Adinda - Monoloque dan Atilia

11. 5 Blogger yang korang nak tag
Urmm..tak tahu nak tag sapa.. sapa-sapa kat luar yang rasa berminat nak menjawab..silalah buat...

Ayong~ i'm done!..=D

0 comments: