Lagi berita tentang Tsunami Di Jepun

Thursday, March 17, 2011

Assalamualaikum..

Hip hip hooray!! Akhirnya, berjaya juga meng"install" TV-Box ke laptop. Sebelum ni tak boleh nak install sebab dah format guna Window 7. Setiap kali nak install, mesti keluar ayat ni:

Please update win-2k to service packet 4.

Lebih kurang cenggitulah.. Lebih menyedihkan lagi, bila TV dekat blok pun dah blow up..Wahhh..langsung tak dapat tengok TV.. Terlepas nak tengok cerita Asmara selasa hari tu.. Tak pe3x..Janji dapat tengok Ustaz Amirul esok..Kih3x..

Bagi meraikan kejayaan meng"install" TV-Box ke laptop, saya telah menonton Buletin Utama dengan jayanya. Dan seperti yang umum telah ketahui, isu yang sering mendapat tempat pada masa ini pastinyalah Isu Gempa Bumi dan tsunami di Jepun. Tak ketinggalan juga isu reaktor nuklear di Fukushima yang dikatakan telah meletup. Ok, jom usha apa yang saya peroleh dari Buletin Utama 17hb Mac 2011.

  • Kerajaan Jepun rayu sektor korporat negara itu memberi sumbangan makanan kepada mangsa gempa.
  • ASEAN hantar bantuan kemanusiaan ke Jepun.
  • Helikopter tentera digunakan untuk mengangkut air laut bagi proses penyejukkan reaktor.
  • Paras radiasi di reaktor Fukushima menurun dalam tempoh 24 jam lalu.
  • Tompokan kecil kesan radiasi dikesan bergerak menuju ke Amerika Utara.
  • 3 daripada 6 reaktor nuklear Fukushima Daiichi dilapor stabil.

  • Perdana Menteri Naoto mengirim pesanan sms meminta rakyat Jepun berjimat menggunakan tenaga elektrik
  • 3 subsektor perdagangan di Malaysia mungkin terjejas ekoran gempa bumi dan tsunami di Jepun termasuklah Sektor Automotif, Elektrik dan Elektronik serta Gas asli cecair (LNG)
  • LNG menyumbang kepada 38% nilai eksport yang bernilai hampir RM25.17 juta.
  • Komoditi mungkin mendapat faedah kesan pembinaan semula Jepun ekoran pemintaan bahan mentah yang dijangka akan meningkat.

Untuk maklumat lanjut berkaitan dengan reaktor nuklear, boleh layari website ini..


1 comments:

Pai said...

tadi kt TV3 der cakap...
kesannya mayber akan sampai ke Tanah Besar China...
hurm...