Mu ni tak berubah!

Wednesday, March 2, 2011

Assalamualaikum..
Err..pernah dengar orang cakap macam tu dekat korang? Sebelum judge apa-apa, meh saya sambung lagi ayatnya tu..

"Mu ni tak berubahlah Sarah. Aku tengok mu dok lagut ni ja dari dulu seip.."

Itulah kata-kata yang dilontarkan "kembar" saya. Kenapa kembar? Dia lahir pada tarikh, bulan dan tahun yang sama dengan saya. Saya kenal dia masa kat KMPP. Dia rumate saya. Tidur katil sebelah-sebelah. Sekarang sama-sama dekat UTM. Last time jumpa masa 1st year. And semalam jumpa lagi untuk julung kalinya.

"Err..maksud tak berubah tu apa?"

Mestilah nak tahu kan? Hehehe..berdebor-debor.. 

"Maksud aku, mu dari dulu serupo ja aku tengok."

Ok..Luaranlah tu..

"Asal? Nampak tembam ke?"

"Mu tembam? Toksei lah.. Memang dari dulu mu lagut ni. Tak tembam mana pun."

Ok..dah kembang tak kecut-kecut., Sat lagi meletup pula..hehehe.. By the way, thanks sebab jujur dengan saya. Saya pun rasa diri memang tak de perubahan. Tak ada perubahan dari Form 5 sampailah sekarang. Tiada apa yang berubah. nothing. Fizikalnya. Rohani dan mentalitinya, wallahualam..Moga ada perubahan di situ.

Tak de perubahan? Maknanya saya masih kelihatan keanak-anakan. haha..tak caya? baca di bawah..

"Anak ke ni?" Tanya sorang makcik ni dekat mak saya.

"A'a. Yang nombor 2."

"Owh..Belajaq lagi ka?"

Ye..saya angguk..sambil senyum sampai muncul lesung pipit kat dua-dua belah pipi..

"Sekolah kat mana? Dah tingkatan berapa sekarang?"

Gulp! Telan air liur. Sekolah? Tingkatan?.. Kebudak-budakan sangat ke saya pakai baju masa ni?? err..

"Tak.. Dah tahun 4 kat UTM.." senyum lagi..hehehe..muda sih..kot mak cik tu tanya blajaq kat U mana bleh terima.. Ni tanya sekolah tang mana..phewit..

Kejadian ni berlaku masa cuti CNY baru-baru ni. Amacam? percaya tak yang saya tak berubah lagi secara fizikalnya. Saya tak tahu nak berfesyen. Mungkin peratus untuk menjadi mangsa fesyen tu rendahlah kan.. Dan saya tak tahu bermekap juga.. Saya tak pandai lilit selendang. Ok,jangan gelak.. Dan saya memang rasa asing dengan dunia fesyen..(T_____T)

Tapi..itulah saya.. Kalau balik kedah, kawan-kawan saya adalah mak dan ayah saya. Nak jenjalan dekat starwalk? Mak dan ayah follow..Eh, tak..saya follow mereka.. Nak g shopping barang? Tolak troli dengan emak.. Tapi selalunya end up troli kosong, sebab tak reti nak shopping kat shopping mall..rasa barang mahal sangat.. Sudahnya singgah kedai apek cina tepi jalan borong sume barang dapur.. hehehe..

Ada festival orkid kat stadium,
"Mak, abah jom pi sana.."

Ada festival belon udara panas..,
"Mak, abah jomlah pi tengok belon panas.."

So....apa yang nak cerita sebenarnya nih?? hehehe..

4 comments:

Hanis MY said...

baguslah mcm tu awet muda..i likeee hehe... take care sara comeiii...

Cik Sara said...

=) hehehe..suka3x..take care juga akak..saya nak yuki dari jepun..

Citarasa Rinduan said...

salam ziarah..
wah..blogger johor yer..kalau senang2 ke blog kak ayu..ada vlog bersama CMG dan ben ashaari

Cik Sara said...

@Citarasa Rinduan
Thanks datang ziarah..nanti saya singgah tengok vlog kak ayu..=)