Oh Hujan!

Thursday, March 17, 2011

Assalamualaikum...Good Morning all..
Grrrr..sejuk nih.. Hujan dengan lebatnya mencurah-curah ke ladang gandum sejak subuh tadi.. Ditambah pula dengan 3 kelas yang dibatalkan dengan jayanya hari ini membuatkan saya rasa teramatlah malas untuk meninggalkan empuknya katil.. kih3x..

Memandangkan WIFI UTM sangat menyebelahi saya hari ini, makanya usai solat subuh dan membaca surah Yusuf, saya mula menghadap laptop.. Amat tidak wajar bukan?? dengan tidak mandinya.. Terus menghadap laptop.(^_____^) Sebelum saya lanjut ke entrie yang semestinya panjang dan berjela-jela, yok saya kongsikan ayat yang saya dapat dari Surah Yusuf ni.

"Apa yang kamu sembah selain Dia, hanyalah nama-nama yang kamu buat-buat, baik oleh kamu sendiri mahupun oleh nenek moyangmu. Allah tidak menurunkan sesuatu keterangan pun tentang hal (nama-nama) itu. Keputusan itu hanyalah milik Allah. Dia telah memerintahkan agar kamu tidak menyembah selain Dia. Itulah agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. - Surah Yusuf, ayat 40"

Dan satu lagi ayat dari Surah Yusuf yang menarik perhatian saya adalah..

"Dan aku tidak(menyatakan) diriku bebas (dari kesalahan), kerana sesungguhnya nafsu itu selalu mendorong kepada kejahatan, kecuali (nafsu) yang diberi rahmat oleh Tuhan-ku. Sesungguhnya Tuhan-ku Maha Pengampun, Maha Penyayang.-Surah Yusof, ayat 54"

....Sekadar untuk renungan di pagi hari.. Moga beroleh rahmat dan berkah dari Ilahi..

1 comments:

fRaMe+LenSeS said...

terima kasih atas perkongsiannya.. baik sekali.