Rindukan Mereka~

Sunday, March 27, 2011

Assalamualaikum..

Hehehe..tadi kata tak de mood kan? tapi tetiba teringat pada mereka-mereka ni. Kawan-kawan satu praktikum masa dekat matrik dulu. Walaupun setahun je bersama, tapi saya tak pernah melupakan mereka. Seronok menjadi sebahagian dari mereka. Kebetulan pagi ni ada seorang classmate masa dekat MRSMPDRM merangkap kawan satu matrik dekat KMPP telah meng'upload' gambar-gambar yang diambil untuk majalah kolej dulu. Tanpa menunggu, saya terus tag rakan-rakan yang ada. Ada juga sebahagian yang tak dapat di tag sebab nama mereka tiada dalam friend's list saya..(T____T)

gambar formal untuk majalah kolej
Mula berkenalan sekitar tahun 2006. Kalau tak salah sekitar Mei 2006. Lepas result SPM keluar. Dan mendaftar masuk ke Matrik. Bermulanya persahabatan ini di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang. Semuanya dalam aliran Sains Fizik. Inilah yang tinggal selepas beberapa orang kawan yang lain bertukar ke sains hayat dan ada yang meninggalkan KMPP untuk melanjutkan pelajaran ke IPG.. Dan ada beberapa orang yang tiada di dalam gambar di atas.

Burfday celebration~
Sekarang, masing-masing dah membawa haluan sendiri. Ada yang sedang bertarung di semester akhir seperti saya. Dan ada yang telah pun mengenggam segulung ijazah.. Dan tak ketinggalan, ada yang dah pun menjadi juruterbang. Yang jadi cikgu pun ada juga.. Kehidupan selepas hampir 4 tahun meninggalkan bumi KMPP.. Wee..korang ingat lagi tak?

It's BBQ
Bila dah masuk pertengahan kedua dekat Matrik, semua pakat nak buat BBQ. Tak ketinggalan juga praktikum kitorang. Wajib. Tempat dah ada. nak tunggu apa lagi kan? Kita berpesta lah.. seronok3x...

Apa yang penting? Kerjasama!!

Gambar sebelum kuliah malam bermula~

Tema Merah Putih yang mengundang seribu satu kenangan~
Wee, kalau nak cerita kisah selama setahun ni, mahu sampai esok pagi pun tak abih cerita. Seronok sangat bila diingat-ingat kembali. Pape pun, saya menanti untuk bertemu mereka semula. Tak tahulah bila waktunya...

Didedikasikan untuk semua sahabat-sahabat F2P3, Kolej Matrikulasi Pulau Pinang 2006/2007..
Kenangan bersama kamu semua takkan pernah padam...

3 comments:

TAYAR PANCIT said...

hai saye dah join awak :) follow saye balik @ tayarpancit.blogspot.com

mahfudzah said...

cepat betul masa berlalu kannnn..huhu

Dekcik said...

kenangan ngn kwn2 memang x dpt dilupakan..
pasti akn dirindui kan..