Selamat Pengantin Baru Bonda!

Saturday, March 19, 2011

Assalamualaikum..

Nak tahu tak? Hari ni saya dapat 2 undangan ke Majlis Perkahwinan. Tapi, sayangnya cuma dapat attend satu je. Satu lagi jauh di Klang. Tapi, saya tetap titipkan doa buat kakak Usrah saya iaitu Kak Fazira. Semoga memperoleh barokah dari Ilahi. 

Selamat Pengantin Baru buat Kak Fazira. Semoga berbahagia disamping suami tersayang, dimurahkan rezeki serta dikurniakan generasi umat Muhammad yang soleh dan solehah.. Maaf ye kak, tak dapat nak attend.. Jauh sangat nak sampai Klang tu...('o,')

Memandangkan undangan di Klang tidak dapat dipenuhi, saya cuba untuk menghadiri satu lagi undangan yang dibuat di UTM. Majlis Kesyukuran Abang Muzaffar dan Kak Hasni. Pasangan ni baru je menikah minggu lepas di Kuala Krai

Tepat jam 12.30tgh hari, saya, Akmal serta Ros bergerak menuju ke Pusat Latihan UTM. Eloklah timing macam tu. Around pukul 1.00 jugalah kitorang makan. Lepas tu dalam 1.15pm mcm tu, pengantin sampai. Memang langkah kananlah.. Cepat-cepat g snap sekeping dua gambar pengantin.


Sama cantik, sama sepadan kan? Abg Muz dengan Kak Hasni ni senior saya dekat UTM. Saya suka mereka berdua. Cantik kan? Bagai pinang dibelah dua..(^___^). Saya dan kawan-kawan panggil Kak Hasni as Bonda. Kenapa? Kronologinya tak ingat sangat.. Tapi macam dah terbiasa panggil Bonda.


Kepada Bonda Dan Abang Muz,
Selamat Pengantin Baru. Tahniah3x..
"Ya ALLAH, kau satukanlah hati-hati mereka.."
Semoga pernikahan yang terbina akan kekal sehingga ke akhir hayat, dimurahkan rezeki dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah. Lepas dapat baby nanti, boleh jadi BONDA secara rasminya..(^_____^)



Selamat Pengantin Baru kepada:

 Nur Fazira Bt Jumari 
dan 
Mohammad Nazri Bin Ngadinin
19hb Mac 2011

Hasnizom
Dan
Muzaffar
12hb Mac 2011

Rasulullah SAW menjanjikan, "Kahwinkanlah orang-orang yang masih sendirian di antara kamu, Sesungguhnya Allah akan memperbaiki akhlak mereka, meluaskan rezeki mereka dan menambah keluhuran mereka."

"...Dan pernikahan itu sangat sensitif dan tergantung kepada peribadi masing-masing untuk mendapatkan kemuliaannya." - Ummul Mukminin 'Aisyah R.A

** satu lagi pasangan dari UTM selamat disatukan.. Wah..saya bila lagi? (^____^)..Mungkinkah jodoh saya juga ada di sini??? Wallahualam..Doakan saja yang terbaik..daa..~

2 comments:

Salfiza said...

wah,cantik2!!

angahfarah said...

salam..
akk n famliy smpi lambat sket..huhu..kalo dpt jumpe sara kan best..hee... ziarah blog akk..ada snap pict sket ..