Review Blog Follower ke-240

Tuesday, April 5, 2011


Assalamualaikum..Salam Sejahtera..Salam Perpaduan..

Hai semua!! Dah tidur ke? Mata saya dah rasa berat sangat. Tak tahulah kenapa. Ingat nak hadap LABVIEW cari gali apa masalah dengan projek PSM ni.. Tapi lagi dibuka lagi mengantuk. Heart rate dekat Pulse Oximeter pun naik dengan tingginya.. Jadi sebelum saya masuk bilik dan tidur, nak buat review blog kejap. Rasa cam dah lama tak review blog..

Hari ni saya jumpa no 24. Tak kiralah dia duduk belakang ke, kat depan ke.. Sebagai contoh, malam ni saya buka blog Pak Cik Mat Gebu aka Dapur Tanpa Sempadan, followers beliau dah 7024.. Lepas tu singgah dekat blog Ben Ashaari..Nombor followers dia cantik..12424.. Dan pagi tadi, followers saya dah menginjak ke angka 240.. Walaupun bukan beribu-ribu, tapi anda-anda nampak tak persamaannya? Pada angka 24. Err..tapi umur saya belum 24 lagi ok..Itu tak sama.. 

Meh usha, siapa insan bertuah tersebut???




BroAzqar.. Thanks bro singgah blog saya dan jadi follower saya..
Ini header blog beliau..simple..biru..nice..


Satu perkara yang saya tak pass dari dulu sampai sekarang adalah untuk meletakkan link pada banner supaya dapat memberi kata arahan "Klik banner untuk terjah" sebagai contoh.. Jadi kalau korang nak tengok apa cerita yang Bro Azqar atau lebih mesra dengan panggilan Az kongsikan dalam blog beliau, silalah klik link ini.

Selesai menjejak dan membuat review, dan mengikut adat ini:- 
orang berbudi kita berbahasa, 
orang dah singgah 
jangan pula buat tak endah,
Terus klik follower sesedap rasa..

Untung badan dapat hit nombor cermin..
Bro Azqar, saya hit no follower 313 dekat blog awak..No cermin tu..=)

Salam perkenalan..Juga kepada semua yang sudi singgah, baca dan follow..

6 comments:

no_answer said...

weee :D
iz ade lah kt kelompok situh !

Bro Azqar said...

waahh blog ku di review!! hehee...
as gift, Az ajo cara nk buat link kat header.. sonang jjoo!!! hehee XD

same mcm wat link bese pada tulisan.

tp ni buat pda gmbar. klik gmbat u.. then kink "LINK".. klik gambar sekali lagi, then klik "LINK" sekali lagi, time tu baru isi tempat kosong tu..
ada dua kotakkan?? isi bawh je. :P then siap :)

sizuka[Izzati] said...

whoahhh hehe.bertambah followers dia.tahniah :)

Cik Sara said...

@no_answer

Thanks sebab follow..saya nampak awak di situ..~

Cik Sara said...

@Bro Azqar

Thanks~..
nanti saya cuba apply dalam next entrie..

cik pulau said...

TAHNIAH..
Nanti review blog cik pulau lak.. hahaha..

cik pulau tag sara la..hehe..
http://islandgurlz88.blogspot.com/2011/04/white-pouch-ga-oleh-lulu-caldina-dan_08.html