Wow!

Friday, April 29, 2011

Konnichiwa...Hai semua..Assalamualaikum..
Back from Postgraduate Briefing.
Interesting! Super duper Best!

Hehehe..dulu semangat dah nak kerja (setengah tahun yang lalu).. Macam tak mau blajaq dah.. Yelah mengenangkan diri yang sudah pun bertunangan dengan En.Shell. Tunggu waktu akad nikah je yang tak tahu bila waktunya.. Sekarang ni ibarat gantung tak bertali.. Eh, merepek sudah..

Tapi..betullah..masa awal-awal masuk U dulu..cerita 4 tahun dulu, berangan nak belajar sampai tingkat yang tertinggi dalam sistem pembelajaran kat Malaysia ni.. Kalau atas PhD tu ada lagi, lagi lah nak panjat sampai ke atas tu. Bila daftar je cos engineering kat UTM ni dah dok berangan kat umah; pada masa hadapan nama saya jadi cenggini:

Assoc. Prof. Dr. Ir. Nor Saradatul Akmar Binti Zulkifli

Haaa..kan bertambah-tambah panjangnya nama yang dah sedia panjang tu.. kih..kih..kih.. Dasat tak angan-angan? Tapi bila dah masuk U, istiqamah sat ja..lepas tu seronok berprogram kat kolej.. Tapi sejak setahun setengah yang lalu, dah istiqamah balik.. Bersungguh-sungguh pulun bagi naik balik pointer yang terhempas ke bumi tu.. Kan berangan nak grad dengan flying colors..=) So kenalah terbang lebih tinggi..


Time berangan tinggi-tinggi ni terlupa sekejap yang diri ini ada bonding dengan SHELL.. kahkahkah.. Ada juga try minta lepas dari SHELL dengan alasan nak sambung belajar. Tapi dia cakap tak buleh.. Still kena buat online application. Still kena attend Shell Recruitment Day (SRD), still kena screening like other candidates yang bukan Scholar holder and still..still..still.. After all those thing, kalau dia dapati yang saya tak layak untuk berkhidmat dengan SHELL;

Will granted with a "Surat Pembebasan".. 

Dalam erti kata lain, Yeay! Putus tunang.. hahaha.. Bolehlah kalau nak sambung belajar. 
Ada member cakap;

"Ko buat-buatlah tak layak..Boleh sambung belajar"

Interesting juga kan? Surat pembebasan dari SHELL maksudnya segala pembelanjaan yang pernah dikeluarkan selama 4 tahun ni dikira Halal..Anda bebas tanpa syarat. Sebarang kontrak dan penjanjian sebelumnya dikira batal. Kalau masih berminat dengan SHELL, sila apply selepas 3 tahun..

Mesti ada yang tanya: 
"Tak nak kerja dengan SHELL ke?"

Urmm..sebenarnya bukan tak nak.. Cuma tak tahu dekat bahagian mana dalam SHELL yang layak untuk saya. Ada juga try search dekat Career and job dalam website SHELL tu tapi semuanya bagaikan benda asing.. Well Engineer? Bahasa melayunya Jurutera Telaga kan? 
Apakah kelulusan yang ada untuk saya jadi Jurutera Telaga ni?? Dan engineer position lain yang pelik-pelik tu.

Dan yang menjadikan gantung tak bertali tu, sebab saya tak tahu bila SHELL akan panggil. Bilanya SRD tu. Dan bilanya segala-galanya akan bermula??

Disebabkan gejala gantung tak bertali ini, saya cabangkan lagi perancangan saya.. Sambung belajar. Sebab tu tadi g dengar juga Postgraduate briefing. Sebelum ni pernah ada dah.. Tapi sebab time tu macam yakin je akan dipanggil SHELL, so tak attend pun briefing tu. Tapi sejak dapat email baru ni mula berfikir,

"Saya perlu buat perancangan lain andai kata SHELL bukan tempat untuk saya.."

Ye! daripada serabut-serabut pergi attend interview yang macam konfiden je jawab tapi lepas tu dapat soalan "Are you bonded with anything?" lebih baik usha peluang sambung belajar kan?

Sementara nak tunggu SHELL panggil untuk SRD adalah lebih baik kalau saya apply untuk jadi RO atau ARO.. At least bulan-bulan ada duit yang masuk.. Dan kalau ditakdirkan jodoh tak panjang dengan SHELL, bulehlah saya sambung  belajar terus kan?

Research project yang lecturers bentangkan tadi sangat-sangat menarik perhatian saya.. Tapi...Sara, esok Imaging Final Exam..apa kau tengah buat ni??? hahaha..

Ok..ok..panjang dah cerita..nanti kita sambung lain ek..

~adios~
Salam petang Jumaat..

2 comments:

Cik Pulau said...

wahhh.. nak sambung belaja ke..
cik pulau nak stop dulu..
kalau ada rezeki baru sambung lain..
sekrang pikir nak keje je dulu..hehe

shafiqabdshukor said...

good luck prof sara...
hehehehehe..

vote..vote..vote..

http://www.wwwow.my/Detail.aspx?cd=260411011823804