Wordless Wednesday?

Wednesday, June 8, 2011

Hari ini hari Rabu.. Maknanya dah 3 hari saya buat part time tolong Lecturer. Maknanya lagi..dah 5 hari 4 malam saya berada di JB.. masih ada lagi 71 hari sebelum hari terakhir sewa bilik di Kolej. Wordless Wednesday?? Apa kemendanya tu? Banyak je blog updated yang saya follow update Wordless Wednesday.. Kalau orang laen wordless, saya ada lots to say..(T__T)

En.Google..thanks ya!
Pepagi lagi mood dah spoil. Pepagi lagi dah kena sembur. Pepagi lagi dah menitis air mata. Teresak2x menangis..Grr..geramnya.. 

Apa yang berlaku?

Mungkin part of the mistake dari diri saya sendiri. Tapi nak buat macam mana.. Bukannya setiap semester saya buat macam ni. Ini semester terakhir. Maknanya all the belongings kena bawa pulang ke rumah dalam erti kata lain bawa balik ke rumah.. But then, saya balik Alor Setar dengan bas, mana mungkin nak angkut semua barang balik sekali harung. Sedangkan orang yang drive kereta pun penuh satu kereta.. Ini kan saya yang naik bas. Haruslah ada yang perlu ditinggalkan..

Pernah juga saya tanya pada seorang akak staf pejabat ni. Akak staf kata, kalau cakap baik-baik dengan staff yang jaga stor, insyaALLAH dia akan tolong bukakan. OK! nanti bila balik JB saya cakap bebaik dengan staff tu supaya saya dapat keluarkan baki barang-barang yang tersimpan dalam stor tu.

Lots to say.. tapi kadang-kadang apa yang berlaku sukar untuk diluahkan dalam bentuk kata-kata. Susah untuk menulis apatah lagi memberi gambaran kepada semua apa yang berlaku. Tapi nyata, hari ini saya menangis. Early in the morning. Hampir2x sakit kepala dek kerana menangis.. No more wordless wednesday for me..

By the way, thanks Siti sebab ada di sini untuk saya menangis dan mengadu.. At least i have someone..And thanks for letting me stay dalam bilik you for about more than two days..

1 comments:

aimie amalina said...

kuat ye akak air..simpan ayaq mata tu na ^_^