Ceritaku Di bulan Ramadhan~

Monday, July 11, 2011

Weee..sempat tak ni? Kena tulis guna high speed lah gini.. hohoho..Baru terjumpa segmen Enche Ben ni. Segmen 2 jam je. Ceritaku di Bulan Ramadhan...

Aih, nak imbas memori.. Yang paling saya ingat adalah Ramadhan masa Tingkatan 4. Tahun 2004. Masa tu kira 1st time lah kena puasa dekat asrama walaupun dah 4 tahun duduk asrama. Dan julung kalinya, mak cik DS bawa makanan ke asrama guna lori. Sebabnya asrama saya dengan Dewan Selera (DS) adalah sejauh 700m. Sebab Dewan Selera tu terletak di kawasan akademik. Which mean, asrama adalah bangunan asrama semata-mata.


So, tepat jam 4 pagi. Bangun cuci muka g turun ambil makanan. Masa ni bekas kena bawa sendirilah. Idaklah mak cik DS nak bawa tray segala bagai kan. Menu bersahur kadang-kadang best. Kadang-kadang kureng. Biasalah. Dah nama pun dok asrama takkan nak harap makan yang mewah-mewah kan? Lepas sahur, haruslah landing balik atas katil sementara nak tunggu subuh, mandi dan siap-siap ke kawasan akademik.


Dan Ramadhan tahun tu juga saya berkenalan dengan seseorang. Perkenalan lewat beberapa pucuk surat.. Yaw! Hahaha.. Biasalah darah muda. Pantang di layan. Menjadi-jadi.. Orang stay memalam buat qiamulail. Beta stay up membalas surat. Kelakar tak? Surat yang tak de posmen dan tak guna setem. Exchange depan pintu kelas je.. Wahaha.. Apa khabar agaknya kamu sekarang ye? Kalau selongkar balik surat-surat tu cam kelakar pun ada. Naif sungguh waktu tu ye?.. =)


Itulah Ramadhan pertama saya mengenali dia. Ada perkara sweet yang berlaku yang membuatkan saya sukar hendak melupakan Ramadhan yang satu itu. Setiap kali Ramadhan menjenguk, ingatan saya pasti kembali ke Ramadhan yang satu itu. I miss him. Wahaha.. entrie tak sedor diri namanya ni.. Dah Enche Ben ajak ngimbau kenangan, ini jelah kenangan yang paling kuat saya ada. Ramadhan yang lain seperti biasa, pergi solat terawih, bersahur ramai-ramai. Penat dan sebagainya.. Oklah.. Semoga kita dipertemukan lagi dengan Ramadhan yang akan datang.. Adios~


Yok baca sini...http://cintakuntumansyurga.blogspot.com/2011/07/tak-lama-je-lagi.html


Ya ALLAH, sampaikan aku kepada Ramadhan.. Mencari redha dan barakah dari Ilahi..



6 comments:

aimie amalina said...

cececeh...sape tuu? kiki..akak air ni..rahsia2..heee =p

Cik Sara said...

@aimie amalina

Jeng2x...hahaha.. Tak banyak adik air. one and only..akan datang, wallahualam..hahaha...

mawar puteh said...

hambOii..bina karangan pulak time pOse2 nie..haha

Cik Sara said...

@mawar puteh

Hahaha..praktis untuk exam penulisan..=)

Wan Muhammad Aizat said...

aku ingat ramadhan kat maktab..pg2 bunyi siren utk sahur..kalo terlepas sahur,ngangguk jelah 1 hari..hahaha..muke smemeh je jalan g ds..prep pon x wajib..it was fun ramadhan in maktab..iwish i can turn back at that time..=)

Cik Sara said...

@Wan Muhammad Aizat

Hehehe..tak ingat plak sahur ada siren ke tak.. Tapi yang pasti, waktu nak berbuka memang bergema satu kem PGA tu bunyi siren. Sembahyang terawih kat masjid kem, penuh (budak2x maktab plus orang2x kem).. Memang sangat seronok..=)