Jigsaw Puzzle

Friday, July 1, 2011

Kehidupan ibarat jigsaw puzzle. Apa bahasa malaysia untuk jigsaw puzzle? Entah. Macam tak jumpa pula dalam senarai kosa kata yang dijilidkan di dalam sel-sel otak. Tapi itulah yang mampu saya katakan tika ini. 
Kenapa? Adakah sedang merindui zaman bermain jigsaw puzzle? Owh tidak! Tapi, adalah juga. Bermain jigsaw puzzle itukan sangat mencabar. Tapi kurang mencabar kalau engkau bermain yang adik-adik punya. Cuba beli yang kecik-kecik tapi menghasilkan satu potrait yang besar itu. Itu baru namanya mencabar.
Saya ambil contoh kerja yang sedang saya laksanakan sekarang. Ibaratnya saya sedang bermain jigsaw puzzle. Kenapa? Sebab kesemua kepingan-kepingan jigsaw puzzle sudah kelihatan di depan mata. Begitu juga saya. Semua maklumat dah script code sudah tersedia di depan mata. Sama ada kepingan-kepingan ini lengkap atau tidak, bergantung pada proses menyiapkannya. Mungkin ada kepingan yang hilang. Tapi tak akan kita sedari selagi jigsaw puzzle belum bercantum.
 
Nak cantumkan kepingan-kepingan ini bukannya mudah. Nak pula kalau bermain dengan 1000++ kepingan jigsaw itu. Kalau tiada kesabaran, tidakkah rasa seperti hendak melemparkannya jauh ke tengah lautan? Ye! itu yang saya sedang rasakan tika ini. Rasa hendak melemparkan kesemua script code, pic dan burner ke dalam tasik UTM. Sungguh!. Semuanya dah ada, tapi entah di mana silapnya, hardware tidak menunjukkan apa-apa reaksi. Wajar bukan tindakkan saya?. =D
Give up? Ye, mungkin juga. Bila berpuluh-puluh kali mencuba dengan keadaan diri yang kekurangan ilmu, tidakkah "give up" itu satu penyelesaian yang mudah. Tidak perlu berfikir panjang. Tapi...diri saya kah itu? dengan mudah berputus asa? Owh Tidak!.. Saya perlu mencari kepingan puzzle yang mungkin terlepas dari retina mata saya.. dengan cara itu, kalimah give up, putus asa boleh saya nyahkan jauh-jauh..
10.50am_1hb Julai 2011_Makmal Elektronik Perubatan_FKE_UTM

0 comments: