Senang ja!

Friday, July 8, 2011

Hari ini hari Jumaat. Penghulu segala hari. Hari ini Makmal buka lambat. Makanya masuk makmal juga adalah lambat. Hari ini ibarat seperti tidak bekerja. Kenapa? Kerana makmal tutup awal sementelah technician tiada kerana mengikuti kursus. Hari ini juga saya tak lekat di bilik. Mengapakah? Banyak urusan yang perlu disiapkan. Ringkasnya begini:-
 
1. Pergi Taman U untuk cuci gambar. Dah on the way baru teringat, gambar digital tak bawa. Ok! Pergi ambil gambar passport lagi sekali. Ouch..muka nampak tembam. Atau saya memang dah semakin tembam? Oh no!
 
 
2. Singgah RMC untuk hantar borang Upah. Untuk bulan 6 saya buat upah je. Dr. pun setuju bagi upah under geran Sukan. Nak bagi SBP Dr. kata gaji rendah sangat. Ok! Dr. memang berpegang pada janji. Apa yang dijanjikan pada saya dahulu itu jugalah yang diberikan.
 
3. Kembali ke Fakulti mencari Ana dan Eqen sebab mereka kata kena sertakan juga Financial Statement untuk borang RA. Dah penat. Minta jasa baik mereka hantarkan ke RMC. Selesai semuanya. Tunggu surat lantikan RA. Mengambil keputusan untuk menjadi RA sehingga ........ akan diberitahu kelak. Dr. juga setuju tentang ini. Thanks Dr.!

4. Kembali ke makmal. Sebelum keluar tadi dah buat draft ringkas tentang projek yang sedang dijalankan di bawah pantauan Dr. Secara asasnya, projek ini masih berkisarkan Wireless Sensor Network interface with Mesh Networking. Tapi keseluruhan yang saya faham hasil penceritaan Dr. semalam, dalam projek ni melibatkan one to one and many to one communication. But the medium is different compared to my previous project. Previously, i'm doing the wireless mesh network by using XBEE Series 2. And now, i need to work on ANT+ NRF24L01. Tak semudah mengendalikan XBEE kerana ANT+ sangat bergantung kepada mikrokontroller. Oleh itu, saya perlu menguasai microC untuk memudahkan kerja saya.

5. Lunch with Siti. Nasi kukus ayam berempah plus air asam girl. Rindu sama Akmal dan Aimie sebab selalu makan this menu with them..=)

6. Pukul 3pm. Bersama-sama Eqen, Ana, Dila, Fye dan Ili pergi ke bangunan KWSP untuk buat akaun KWSP. Senang ja! rupanya. Tak de pun dia tanya kerja apa, majikan apa and bla-bla-bla.. Kalau tahu gini, lepas SPM dulu lagi dah boleh buat walaupun mungkin tak da income yang masuk. Kenapa tetiba buat KWSP? Sebab nak jadi RA kena ada akaun ni. Sampai bangunan KWSP, ambil nombor. Bila dipanggil, pergi kaunter hulur kad pengenalan. Thumbprint. No.Phone. Siap! Mudah kan? Semudah ABC. tak padan dengan minyak kereta yang digunakan untuk ke sana. Huh!


Selesai sudah urusan yang tergendala. Masih ada urusan lain pula yang perlu diselesaikan. Urmm..kepada kawan-kawan di luar sana yang bakal menghadiri temuduga kerja, Ujian PTD and seangkatan dengannya, selamat maju jaya saya ucapkan. Doa dari saya buat kalian moga memperoleh rezeki yang dijanjikan ALLAH.. All the best semuanya.. Dah dapat kerja mantap-mantap, jangan lupa kan saya. Gaji 1st belanja saya ya! Ye! Kepada kamu!..hahaha..

0 comments: