UTM Kampus Eko Pelancongan?

Friday, July 29, 2011

Salam petang Jumaat..

Hari ni saya nak kongsikan sedikit perihal UTM. Universiti Teknologi Malaysia. Fakta yang baru saya tahu setelah 4 tahun berada di sini.. Wahaha.. Daripada Buletin Pejabat Harta Bina Bil 2/2011, ada dipaparkan tentang : TAHUKAN ANDA UTM KAMPUS EKO PELANCONGAN?

So, nak buat apa pergi jauh-jauh der? Meh melancong kat UTM. Nak hotel? Scholar's Inn kami sediakan. Nak makan? Scholar's Cafe pun ada.. Tak best? Pusing je satu UTM, berlonggok tempat makan. Chopppp!! apsal tetiba cerita pasal tempat makan ni? aih, selalu tersasar..

Terdapat beberapa lokasi tarikan Kampus Ekopelancongan di seluruh kampus UTM, Johor Bahru. antaranya?

a. Hutan Rekreasi UTM
1st time saya jejak Hutan Rekreasi ni masa 1st year kot. Itupun kalau tak salah lah. Attend Kem anjuran Kelab Lambaian Masyarakat (KLM). Apa nama programnya ek? Tak ingat sudah. Hutan ni agak nicelah.. Nak buat jungle tracking buleh. Nak buat kem pun buleh. Tapi itu waktu saya sampai dulu. Sekarang tak tahulah apa ghupanya dah.

b. Balai Cerapan UTM
Balai Cerap ni banyak kali dah naik. Dah tak terhitung. Best. Kawasan paling Tinggi di UTM dan mungkin di JB? Err.. sebab dari Balai Cerap, kita boleh tengok seluruh UTM. Dan nampak juga kawasan-kawasan sekitar UTM. Antaranya JJ Taman U, SKudai Parade,Bangunan MPJBT and etc. Dari atas ni lah boleh nampak yang reka bentuk bangunan dalam UTM adalah seperti Logo UTM sendiri yang berpusatkan Masjid Sultan Ismail (MSI)
Course saya pernah buat BBQ kat atas bangunan balai Cerap. Nice.. Seolah-olah kita menggapai langit.. =)

c. Taman Tropika UTM
Macam mana nak terangkan tempat ni ek? Yang pasti berdekatan dengan Tasik UTM. Berhadapan dengan Taman Rusa. Banyak pokok. Ada rumah dan cafe. Rumah kayu. Cantik. Speechless..

d. Litar Kawalan Jauh UTM
Tempat ni saya tahu. Kalau masuk UTM ikut pagar belakang sebelah SHELL and Petronas tu, mesti jumpa Kawasan Litar Kawalan Jauh ni dulu. Masa Pesta Konvo selalu ada game kat sini. Sebab kawasan ni berhadapan sahaja dengan padang kawad dan bersebelahan dengan Parking Kereta. Lebih tepat, di belakang Kolej Tuanku Canselor. Wee..nak promote kolej sendiri..ahaks..

e. Tasik Ilmu 1,2 dan Desa Bakti
Tasik Ilmu atau pun saya panggil Tasik UTM. Memang menjadi tumpuan ramai. Tak kira waktu. Dalam tu ada banyak ikan. So, kalau ada roti lebih, selalulah juga bawa g sana bagi makan ikan. Dari tasik boleh nampak masjid. So, pemandangannya sangat indah. Petang-petang ada yang berkanoo.. Err, cam ne nak eja ek? Tasik Ilmu dipisahkan oleh sungai yang panjang je. Lagi satu tasik dekat dengan Pusat Kesihatan UTM.


Cerita dan gambar di Tasik

f. Dusun UTM
Ha.. Tempat ni sampai masa tahun akhir. Masa tu tengah sibuk nak siapkan Projek Transducer. Rasanya pernah update blog cerita pasal ni.. jap nak cari.. hehee..


Jumpa!

g. Stesen Basikal Dalam Kampus UTM di Tasik Desa Bakti dan Taman Tropika
Jom berbasikal. Pusing lingkaran Ilmu.. Yok! Basikal ada banyak. Kalau nak pinjam kena g kaunter Pengawal Keselamatan dekat Main Gate. Sebelah tu je.. Err... basikal tak berapa best. Sebab orang yang guna tak reti nak jaga. Biasalah, public bicycle. Macam-macam rupa dah jadinya.. Hampa.

h. Taman Rusa UTM
Banyak rusa. Pasti! Boleh bagi rusa makan juga sambil kita sibuk bergambar. Tak percaya? alahai.. tak jumpa plak entrie. Tak pernah kongsikan lagi kot gambar sekitar Taman Rusa.. tak pelah.. meh datang tengok sendiri.... ahaks..





i. Bot Sampan (Punting Boat)
j. UTM eco-Trail (Dalam Pembangunan)
k. UTM Bird Watching (Dalam Pembangunan)

Semua tempat ni saya dah pergi kecuali Bot Sampan. Err..kat ne tu ek? Yang dalam pembangunan tu, saya tunggulah bila dia nak siap. Dan sekarang ni saya tengok diorang tengah bangunkan Track Jogging dari tasik Ilmu ke rumah ALumni.. Bila agaknya nak siapkan? Sabar ajalah..

Ada lagi ni yang diorang tak tambah.. Apa dia? Ladang Kuda atau Pusat Equin UTM, Stadium UTM, Padang Kawad yang pastinya meriah setiap kali menjelang Konvokesyen.. Yosh..

So, tunggu apa lagi? Meh ler datang sini.. Ahaks.. Jadi Duta Promosi Pelancongan pula beta tak pasal-pasal.. Aih..

7 comments:

aimie amalina said...

yay!
syg utm!
weeeeeeee
>___<

Hanis MY said...

rindu UTM!!! pernah g balai cerap dgn tasik tu je, taman rusa tu mas kak habis study doh wuwu.nok g lawat sara kat utm la..

Cik Sara said...

@Hanis MY

Hehehe..Lai lai..
Sampai bulan 12 konfem saya kat UTM.. lepas tu tengok keadaan dulu nak bersama UTM atau chan chin chao..eheh

Hans said...

best nya utm
ada dusun siap

http://hanspunyablog.blogspot.com/2011/07/kontest-menang-duit-raya.html

Ecah Ecot said...

kite yg kt sana sume melancong free kn..hehe

PHB UTM said...

Assalamualaikum, Selamat Sejahtera dan Salam 1 Malaysia
Warm Greetings,

Sekian, Regards,terima kasih kerana mempromosikan UTM. Saya ingin meminta kebenaran untuk "link" kan artikel ini ke UTM ECOTOURISM WEBSITE.

Sekian, Regards,
UTM ADMINASSETS

Cik Sara said...

@PHB UTM

(^_^)Sama-sama.
Silakan. Kalau itu mendatangkan manfaat pada yang membaca. =D