Ada apa dengan Cinta ek?

Sunday, August 7, 2011

You, dah pukul 1pagi.. Aigoo..awat celik lagi mata ni tak tau.. Hari ni tetiba banyak sangat baca pasal Cinta. Rasa macam dah lama je TAK bercinta dengan makhluk ciptaan ALLAH yang bernama LELAKI. hahaha... Kunokah saya? Mungkin ye pada kamu. Tapi tidak pada saya. Kenapa? Mungkin sebab hati belum terbuka untuk mengenal CINTA. Atau mungkin belum bertemu insan yang betul2x boleh menghadirkan CINTA di dalam hati ini? Ding DOng.

Walla.. Boleh faham ke ayat di atas? Tak mengapa kalau tak faham. Saja nak berdiskusi. Dahsyat kan penangan CINTA ni? Zaman hingusan dok usung beg sekolah, even kerja sekolah pun tak siap lagi tapi bila tanya status, jawapan : Not available. Has been taken by Mr.J/Mrs.J. Wallamak aih, mai sekolah pun mak bapak dok tanggung lagi, bleh plak bagi status not available segala bagai. Dah akil baligh ke belum yang nak bercintan-cintun tu?? Jawab sket..


Dah tak cukup dengan ucap janji setia I lap you, you lap me. Kena bagi bukti pula. Sebab tulah sebab CINTA, body pun tergadai.. Jadilah gadis TOUCH AND GO.. Astaqfirullah. Sedihkan bila tengok? Lepas tu, cukup 9 bulan sana sini cerita pasal bayi kena buang. Bayi dijumpai depan masjid. Bayi mati kena baling dari tingkat 17 and etc. Lepas tu, tak insaf juga. Dok buat lagi. Nak pula sekarang ni dah ada HATCH CARE(?). Betul ntah namanya. Ala..tempat "pembuangan" bayi dengan cara yang baik dan sopan. Saya pun tak tahu nak think positive atau negative pasal menatang tu.


Itu pasal CINTA yang RINGAN-RINGAN. Ala, korang yang couple sure tahu apa kebendanya ringan-ringan tu.. kalau CINTA yang MURAH-MURAH macam mana pula? Serius beb, Saya memang tak faham dengan makhluk Allah yang lagi satu part ni. Katalah hari ni dia clash ngan mamat motor hujung kampung tu.. Tup tup, esok lusa dia declare couple dengan anak tok penghulu plak. Dengan bangganya dia naik motor dengan anak tok penghulu tu ke hulu ke hilir. Mudahnyalah bertukar kasih kan? 

Macam tuko baju. Aihlah..
"Sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan tidak dipandang oleh lelaki." 

Apa maksudnya? Sekarang kan Bulan Puasa. Bulan makfirah. Ate kamu duduk saja-saja, kamu fikirkan apa maksud ayat tu.. Dan kalau rajin, singgah juga kat laman sini. Enak deh untuk dibaca. Mencari redha Ilahi dalam setiap tindakan dan perbuatan.

Yang dicari walau bukan putera raja, biarlah putera Agama.
Yang diimpi, biarlah tak punya rupa, asal sedap dipandang mata.
Yang dinilai, bukan sempurna sifat jasmani, asalkan sihat rohani dan hati.
Yang diharap, bukan jihad pada semangat, asal perjuangannya ada matlamat.
Yang datang, tak perlu rijal yang gemilang, kerana diri ini serikandi dengan silam yang kelam.
Yang dinanti, bukan lamaran dengan permata, cukuplah akad dan janji setia.
Dan yang akan terjadi, andai tak sama dgn kehendak hati, 
insyaAllah ku redha ketetapan Illahi..

Terkesan kan? Sungguh saya terkesan. Jadi, kepada gadis-gadis seusia saya atau lebih muda dari saya, dan di mana jua kamu berada..dan dengan siapa pun kamu ketika ini.. 

Peliharalah maruah dan harga dirimu. Jangan jadi seperti kad Touch n Go yang diseret orang bila melalui Tol dengan sejumlah bayaran. Tak bagus. Kalau tak mampu untuk jadi yang TERBAIK di mata orang, cukuplah menjadi yang TERBAIK di pandangan sendiri.. "Rambut adalah mahkota setiap wanita..." Nehi..nehi..kabi nehi.. Kalau kau ada leuakimia, rambut gugur banyak-banyak, takkan orang nak kata kau wanita tak de mahkota kan? Ke saya yang salah faham? Waakaka...

Cumanyalah kan? bagi saya, benda yang paling berharga dalam diri seorang wanita bukannya rambut yang lembut seperti di curah yogurt segala bagai tu.. tapi tu..maruah kamu... Maruah kita sebagai wanita.. Senang cakap, kau punya dara lah beb. 

Dah lah..cakap pot pet pot pet pun, pokok pangkal diri sendiri juga. Buat perabih ayaq liuq ja.. Eh, macam ada suara je yang keluar ek? hahaha..

Adios~

3 comments:

aimie amalina said...

pewit2!ade bende yg adek x tawu ke?
kikiki

scha al ahmad said...

yup2..
sdeh rsa bila jadik fasi kat skola2 nie..
dak2 nie suma pakat da pakwe..
da tuu, klu da berpakwe tuu phm2 je la..
dak2 pown g advance drpd kita nie..
smuga mereka diberi ksdrn..

Anonymous said...

do follow by blog plssss . . .
ttp://ewrnarawksangat.blogspot.com

=))