Apa nak buat ek?

Tuesday, August 2, 2011

Saya seorang perempuan. Ya! Saya juga seorang remaja. Esok, lusa, bulan depan mahupun tahun depan dan akan datang saya mungkin seorang isteri kepada seorang lelaki. Dan jika diizinkan Allah, saya mungkin bakal menjadi seorang ibu kepada putera-puteri kesayangan saya dan suami. Wallahualam.. Ini semua kerja tuhan. Jadi, sebelum saya masuk ke fasa-fasa tersebut, timbullah beberapa persoalan dek usai berterawih tadi.

Sebelum saya pergi pada soalan saya yang tak lah power sangat. Biasa-biasa je. Cuma saya yang cetek ilmu. Saya suka kanak-kanak. Ya! I love kids.. Hahaha.. nak juga translate bahasa inggeris kan? Tapi, suasana di dalam masjid ketika berterawih tadi seolah-olah saya sedang solat di playground. Sana sini dengar bunyi budak. Tak cukup dengan menangis yang tak henti-henti, diorang berlari pula di hadapan kita yang tengah sembahyang ni. Ada yang tiba-tiba stop tanpa signal betul je depan kita. 

Terus solat tak khusyuk. "Anak siapa pula ni?." "Macam mana aku nak sujud ni." " Eh, dia tak nak blah lagi ke?".. Dan macam-macam lagi, yang akhirnya membuatkan diri sendiri jadi konfius. "Ini rakaat berapa ek?." Ah, sudah... 

Jadilah kan, saya sebagai bakal isteri dan ibu pada masa hadapan, nak lah tanya.. wajar ke kita bawa anak-anak kecik mai masjid sebab kita nak berterawih secara berjemaah. Nak bagi kat suami? Aih, kot anak hilang pun dia tak sedaq jap g. Nak tinggal kat rumah? Tak da sapa pula nak jaga. Terawih dekat rumah? Ala, tak dapatlah pahala terawih berjemaah kat masjid. Sudahnya, satu family diangkut. Dari yang tak reti apa-apa sampailah yang dah cerdik akal.


Tapi, tanpa sedar..anak-anak kecik yang tak faham bahasa dan tak reti duduk diam ni mulalah buat ruang solat itu seperti padang permainan yang begitu lembut dasarnya. Jatuh pun tak sakit. Aku kejar, kau lari. Jap2x..kat situ macam cantik je nak sembunyi. Terus berlari bawah telekung jemaah yang tengah solat. 

Adakah pada masa hadapan, untuk kenalkan anak dengan suasana masjid dan berjemaah, saya perlu membawa anak ke masjid untuk berterawih meskipun saya tahu anak saya takkan duduk diam2x.. Kalau tak dapat barang, dia akan menangis dan menjerit seolah-olah masjid tu dialah yang punya. Ataupun..

Saya hanya solat terawih di rumah kerana saya tahu anak-anak kecik kalau disuapkan mainan dan TV pasti mereka duduk senyap. Berlari dalam rumah sendiri tidak menganggu orang lain. Tapi bagaimana pula dengan ganjaran Allah untuk saya yang berterawih di rumah sebab nak elakkan anak jerit2x kacau jemaah lain dengan ganjaran Allah untuk saya berterawih di masjid dalam keadaan anak seolah-olah nak timbulkan huru-hara?

7 comments:

aamalinaazman said...

wuuuu
agak berat soklan ni ye..
boleh tye pada yg pakor..hehehe

Wan Muhammad Aizat said...

Masa aku ade pegi kuliah dlu, sepatutnya anak-anak kecil ni duk barisan sama saf dengan orang dewasa..ade org kate, anak kecil takleh duk satu saf dengan org dewasa, alasannya putus saf sebab belum mumaiyiz,ataupun solat tak sempurna nanti. Tapi, kalau anak kecil ni duk satu saf dengan ayahnya, masakan mereka akan pergi jalan-jalan atau main-main. Walaupun tak sempurna solatnya lagi ataupun xtau apa yang dibuat dalam solat, sekurang-kurangnya telah didedahkan bagaimana solat itu. Pemerhatian juga sebahagian daripada pembelajaran. Cuma,kebanyakan masjid kat Malaysia ni meletakkan kanak-kanak di barisan belakang. Bersama dengan rakan-rakan yang membolehkan mereka untuk bermain tanpa sebarang pantauan. Sekadar perkongsian. Kalau salah,silalah tunjukkan. =)

Cik Sara said...

@Wan Muhammad Aizat

Entahlah.. Kami pun tak pasti..
Cuma situasi di tempat solat wanita ni memang seakan-akan taman permainan. Yang disarung telekung dan diajak bersolat tu, tak pe lah kan.. Sekalipun dia terkebil2x, dia ikut juga pergerakan orang. Tapi yang kat sini, memang dok main aci ligan je lah dekat celah2x jemaah tu..

. said...

Suka kisah cucu-cucu Rasulullah bersolat bersama Baginda...

Sharing: http://halaqah.net/v10/index.php?topic=5139.0

Aimifiqa said...

betul jgak. nk taye soalan yg sme. sbb smayang ni ade je yg budak mmg serius bsembahyang dan ade gak yg mmg main. siap lompat2 lg. x khusyuk dibuatnye,

. said...

kat masjid rumah saya, diorang ada sediakan pensil warna dan gambar-gambar untuk diwarnakan oleh budak-budak. Kalau ibu-ibu kretif, boleh berikan tugasan kat anak-anak ni untuk diorang buat semasa ibu sedang bersolat...

Cik Sara said...

@Bro Udi

idea yang menarik. Sekurang-kurangnya anak kecil ni tak terasa bosan dan ikut bermain..