Ber'TALAM' di Bulan Ramadhan

Thursday, August 4, 2011

Ok.. Sabaq sat2x.. sabaq2x.. Janganlah cepat sangat melatah. Bukannya saya cakap saya bertalam dua muka atau apa-apa yang sewaktu dengannya di bulan puasa ni. Aish, minta simpang.. Saya nak jadi siapa diri saya.. Tak perlu bertalam dua tiga muka..

Maksud TALAM di sini adalah DULANG.. Ok, you all know what is dulang? Ala, dulang dok buat angkat pinggan masa kenduri tu.. Tapi dekat Johor ni sangatlah popular dengan tradisi makan di dalam talam secara berjemaah. Dan UTM juga tidak ketinggalan untuk mengamalkan tradisi yang satu itu.. 

Kalau kat tempat lain, siyes nampak pelik. Even, bila balik Kedah cerita kat mak..Mak pun terkejut. Ye siap tanya lagi.."Tak cukup pinggan ke kat sana?."

Haa.. itulah orang kata, lain tempat lain caranya.. Lain budaya dan lain adatnya. Barulah warna-warni Malaysia.. Hehehe.. Dah 4 Ramadhan. Kalau tak salah saya dah 3 kali juga berbuka kat MSI. Bertalam di sana.. Alhamdulillah..

Sumber : Google
Rezeki bulan puasa.. Makan dalam talam secara berjemaah. Wee.. Nanti kalau dah blah dari johor, tak dapat nak rasa semua ni lagi.. Korang nak tahu? International Student dekat sini pun ikut makan dalam talam juga.. Ada yang makan dengan family. Ada yang makan dengan kawan-kawan dan ada yang 1st time jumpa depan talam tu!..

InsyaALLAH, sepanjang Ramadhan saya di Johor, saya akan bertalam di MSI.. Nak join? Jomlah berbuka bersama.. Dapat buat penjimatan Kombo! =D

5 comments:

Freaky said...

makan dalam talam.. bestnyee.. sangat meriah kalau makan ramai2

aimie amalina said...

huk3..
rinduuuunye...
rindu nak buka kat MSI lagii
T____T
buka kat masjid eh rini sara chan?

Cik Sara said...

@Freaky

Betol2x..sangat2x meriah

Cik Sara said...

@aimie amalina

Hehe..gtulah nampaknya.. Tak de tmpt dah nak berbuka..

Aimifiqa said...

makan macam ni mmg bselera dan meriah. dapat merapatkan ukhuwah lg. :)