Best ke ek?

Monday, August 15, 2011




Salam 15 Ramadhan. Bertemu kita di pertengahan Ramadhan. Syukur ke hadrat Ilahi..

Urrmm..Best ke ek? Apa yang best?
Best ke dok cerita buruk-buruk pasal orang ataupun pasal kawan kita kat orang lain? Yok, btau sikit. Best ek? Ada kepuasan yang menyelubungi hati tu ke? Mengadu dengan memburuk-burukkan orang lain..Tak sama kan? Kita mengadu if kita ada masalah yang stok direct contact dengan orang tu, dan tak mampu tahan makanya kita mengadu dengan insan yang paling rapat dengan kita.

Tapi kalau memburuk-burukkan orang lain? Yang tak berkenaan pun ikut diburukkan. Astaqfirullah..Apa nak jadi? Takut kan ada kawan macam ni? Ye lah, entah apa je yang dia dok citer kat orang, tetiba orang tengok kita semacam je.. Ala-ala pandang slack gitu.. Dengan orang macam ni, susahlah sket nak amalkan konsep "Forgive and Forget". Double F. Susah2x.. Walaupun memaafkan itu lebih baik daripada meminta maaf..Eh, ye ke? 

Nak tahu apa major problem saya? Saya mudah lupa! Lupa dengan cerita-cerita yang disampaikan pada saya.. Hari ni orang bercerita itu ini,malam jap g saya tido..Esok, orang tanya, konfem lupa! Tapi bila orang start bercerita, saya pun..."Urmm,mcm pernah dengar!" Hahaha...Inilah namanya masuk telinga kanan, keluar telinga kiri!..

Mungkin otak saya tak cukup besar untuk simpan semua cerita tu. Kalau betul tak pe gak. Yang tak betul tu, automatik otak saya akan syncronize,defragment kan segala data dan mana yang dirasakan tak perlu, dia akan buat proses cleaning. Menarik kan?! Hahaha...Banyak lagi wei kegunaan otak saya ni daripada nak simpan cerita yang pelik-pelik tu.. Lainlah kalau ada orang cakap macam ni:

"Sara, aku nak cerita kat ang ni.. Masalah aku. Tapi ang jangan btau sesiapa tau."
"Sara, jangan gtau sesiapa ek."
"Sara, rahsia!"

Ok. Otak saya menjalankan tugasnya dengan begitu baik. Macam ada satu folder,"Biar pecah diperut jangan pecah dimulut!". Maksudnya, segala kisah yang berkaitan dengan tukang cerita yang meluahkan itu dan minta saya jangan btau sesiapa akan dimasukkan ke dalam folder itu. Mudah! Mana-mana yang terkeluar dari folder-folder pemikiran, delete adalah yang terbaik..

Hahahaha...apa point cerita hari ni? --------> Best ke Memburuk-burukkan orang lain? Kome ada kawan yang macam ni tak? Apa yang korang buat dekat dia ek?

Adios~



4 comments:

ainondreamergirl♥ said...

biasalaa rencah kehidupan. :)

NA said...

Kalau Kak Wina menjauhkan diri daripada orang yang suka memburukkan orang lain.

Wah bagus la boleh buang atau lupa. Paling bagus kalau dapat buang untuk ingat benda yang tak berfaedah.

-wina1979-

aimie amalina said...

weeeee
sgt hot ye isu ini
dr dulu smp la..huhuhuhu

[sutera kasih] said...

pernah jgk jmpa member cmni..panas jgk telinga kalo dgr huhu..

kalo org tua pun melambak..suka burukkan org..kdg sy nk mrh tp tak nak jd kuang ajar plak kan..jd diam je la huhu