Dororo Task

Sunday, August 14, 2011


Sejak siang tadi dah buat 3 task. Sekarang ni masuk task yang keempat. Kalau rasa cukup bertabah untuk membaca dan melihat ketiga-tiga task yang sebelum ni, yok usha:

Dah g baca? Jom kita lanjutkan dengan task yang seterusnya.

Dororo punya task berkisarkan tentang Idola Blogger dan Blog Kegemaran?

Idola blogger? Wahh..soalan susah juga ni.. Tapi memula saya kenal dunia blogging ini melalui Sunah Sakura dan Kak Mutiara aka K.Ena. Both of them merupakan senior saya masa undergrad dan tinggal kat s24. Terkadang terlihat mereka berdua mengupdate blog. Jadi, terus tertanya2x..dan bermulalah aktiviti berblog. Bolehlah saya katakan mereka idola saya dalam berblogging...('o,')

Selain itu, Ben Ashaari juga antara Idola Blogger saya sebab sangat pesat perkembangannya di dunia blogging. Sekejap je dah dikenali ramai. Walaupun tulisannya santai dan bersahaja, tapi ada isi tersirat dan tersurat yang hendak disampaikan. Rasanya ramai je blogger kat luar sana yang bersetuju dengan saya... Ye tak?

Ok.. Blog kegemaran? Banyak deh. Tak terucap. Yang pasti, blog rakan-rakan sekampus sentiasa menggamit kedatangan saya untuk mengetahui perkembangan mereka. Begitu juga dengan Dapur Tanpa Sempadan(DTS) milik Mat Gebu. Saya pernah rasa masakan dia, jadi sangat percaya dengan resepi yang ditampilkan..ngee.. 

Dan..mana-mana rakan blogger yang update isu best, konfirm saya singgah. =)





2 comments:

Dear bella said...

Tertanya-tanya pula umur awak berapa... Hehehe...Bestnye, awak kenal penulis sunah sakura...

Cik Sara said...

@Bella

Heee..muda setahun je dari Kak Sunah.. Nak masuk 23 tahun September ni..

UTM bLoggers mesti ramai dah yang kenal dengan kak SUnah..=) Awak pun bleh kenal beliau..