"Mama.."

Thursday, August 11, 2011

"Mama, could you get pregnant again?."

Haaa...ingat lagi tak ayat ni? Tak ingat? cuba tengok dalam entrie niiii... Dan ingat lagi tak entrie niiiii yang saya kata nak berbuka dengan lecturer tu? Dan nak menjawab kepada komen yang ditinggalkan Kakak Bidadari Syurga di siniii..

Alahai...akak..bukan saya yang kuarkan soalan tu.. Hehehe.. Soalan ini diajukan oleh seorang budak lelaki berusia dalam lingkungan 5-6 tahun kepada ibunya yang baru je lepas habis pantang.. Hehehe...



Al-kisahnya begini...

Semalam...Kan saya ada btau nak berbuka puasa dengan Lecturer dekat Singgah Selalu U Mall.. Ramai beb orang berbuka dekat sini. Kalau tak tempah awal-awal memang tak ada tempat untuk berbuka di sini. Tapi datang lepas waktu berbuka insyaALLAH. Disebabkan kami sampai lebih awal berbanding rakan-rakan dan lecturer, teruslah g kaunter nak dapatkan tempat duduk. Dalam Singgah Selalu tu, oklah. Ada style.

Lepas tu one of my lecturer yang ajak berbuka bersama ni pun sampailah dengan wife and kids.. Comel. Nama pun budak kan? Ada ke yang tak comel? hikhik.. Pas salam dengan wife dia, teruslah minta izin nak pegang baby dia yang sangat cute tu. Baru 2 bulan katanya.. Si abang ni, tengok je orang ambil adik dia. Dia ingat kita nak ambil betul-betul.. Budak-budak..Biasalah kan? Diorang sangatlah protective. 

Atas izin mamanya, teruslah saya angkat baby tu dari tempat baby tu... I'm in love with babies.. Hahaha.. Suka saaaaangat. And my mom knows about it!. Tetiba. 

Dekat Singgah Selalu ni style makan buffet. Makanya, wife dengan lecturer ni pergilah ambil makanan dulu sementara saya dan mereka volunteer nak jadi babysitter for a while.. Hahaha.. Makanan slalo jumpa, baby jarang-jarang. Haruslah dipegang baby dulu.. Hahaha.. At that time, this boy follow his mom.. But then, ini mama dialah yang cerita pada saya. You know what?

Dia nangis but tak kuatlah kan. Mungkin macam sedih sebab adik dia berada di tangan orang lain yakni tangan saya. He told his mom, "Mama, Could you get pregnant again?." Hahaha.. Sweet ha? a 5 years old kid asking his mama to pregnant again sebab nak adik. Comel kan? Memang tergelak lah saya dengar. Cerdik sungguh budak ni. Tahu juga dia yang that baby come to this world because mama dia pregnantkan baby tu. Cumanya, mungkin this kid belum tahu yang nak menjadikan baby inside her mummy tummy tu bukan sekelip mata.

But, so comel.. Dan berbuka puasa semalam sangatlah enjoy. Enjoy with the kids and also enjoy with the foods.. Nama pun buffet ke? Rasa macam nak letak je semua jenis lauk tu dalam pinggan. Nak rasa semuanya. Banyak jenis lauk dengan kuantiti yang serba sedikit. 

Iklan sat..
Sepanjang bulan puasa ini, Restoran Singgah Selalu UMall menyediakan perkhidmatan Buffet bagi Berbuka Puasa dengan harga RM20 seorang bagi dewasa dan RM12 bagi kanak-kanak bawah 12 tahun. Pakej yang disediakan adalah untuk 10 orang, akan percuma 1. Maksudnya, bayar RM200 bleh makan 11 orang. Macam tu lah kot. 

Sedap ke tak? Urmm..daging bakar dia kureng.. Liat sangat.. Tom Yam dia pun kureng. Since i love tom yam, so saya boleh katakan tom yam dia kureng. What else? Sambal belacan dia yang variety tu sangat sedap beb! Kerabu mangga pun sedap. Daging masak merah dia awesome. Itu je kot.. 

Maaflah..tak de gambar. Semua orang sibuk nak makan untuk berbuka.. Begitu juga saya.. Aha..maka gambar dilupakan seketika.. wee..



6 comments:

aimie amalina said...

hehehehe...
anak dr fauzan ke sara..
alala2...comeinyeeela..x dpt nak bygkan mukenye cam ne..hihihi..

Cik Sara said...

@aimie amalina

a'a mie.. baby ye yang baru ni.. sangat chubby dan comel.. persis dr. hehehe....

Boleh dia tertidur dalam dukungan mama dia masa mama dia dok bersembang ngan kitorang..ahaha...comel sangat mie...

sergeant keroro said...

comelnya :)

K O R I E said...

grrrr.. suka sambal belacan!
bekalan dari rumah bru je habis~

=_=

Iffah Afeefah said...

MAMA NAK ADIK hahaha

Anyyss Shuhaimi said...

my mom lain pulak. dia suruh kawin,pastu dpt baby..tak pyh tunggu adik baru..:)