Tertegaknya Islam Di Korea

Saturday, August 13, 2011

Hujan yang turun bagaikan mutiara..
Lebatnya membadai bumi UTM...
Lalu terkurunglah insan di balik ruang...
Menanti azan berkumandang untuk berbuka...

Ok. ini bukan pantun 4 kerat. Tak berirama pun. Tadi macam banyak idea nak menulis. Tapi tetiba, bila dengar guruh di langit segala idea dalam tempayan mencurah-curah ke ladang gandum tanpa sempat ditahan-tahan. Tup tup tup! Hilang terus idea.. Wee.. apo den nak buat ye?

Berbicara tentang Islam? Urmm..not really. Ilmu tak cukup lagi di dada saya ni. Tapi apa yang boleh saya kongsikan adalah tentang Islam di Korea. Sebagai seorang insan yang dikurniakan akal untuk berfikir dan kaki untuk berjalan, Bumi Korea dah pun saya jejakkan. Ini betul. Jujur. Tiada dusta antara kita. Ahaha.. Tapi sebelum tu, jom tengok gambar kat bawah ni..


Apa yang kamu-kamu sekalian perasan lewat sekeping gambar ini? Sebelum tu, Maaflah Udi..Kidnap gambar ni dari FB kamu. Malaih deh nak edit-edit. Ambil direct je.. Mohon pinjam ye.. Hehehe...

Ok. Dah detect apa-apa yang kome rasa familiar tak? Meski pun sepatah pun tak faham, tapi ada word yang boleh difahami di situ. Apa dia? Kalimah "ALLAH". Jumpa tak? Kalau tak jumpa, cepat-cepatlah buat kaca mata..ngee.. Sebelum ni pun saya tak perasan. Lalu kat situ, asyik sangat nak bergambar. Malah pemilik gambar pun tak sedor hal itu. Dah dekat setahun punya cerita, barulah dia tergerak hati nak godek2x gambar tu.. Terus tertarik dengan kalimah "ALLAH". dan tanpa menunggu, di'tag'nya nama saya sekali di situ..

Ok..itu cerita bagaimana boleh terjebak dengan semua ini..Ngee..

Dengan bantuan Uncle Google, Udi pun translate. Saya? copy paste je. Ini ayatnya:

dan itu perdamaian dan pejuang kemerdekaan sepanjang sejarah yang telah melakukan di Korea, menjadi putra bangsa Turki yang besar, aku membusuk, adik sehrimiz kesejahteraan rakyat Seoul dan kota-kota dunia Rutu Allah SWT, aku berharap


TemplateName i.melihAnkara Kota Metropolitan

Tunggang terbalik kan? Biasalah. Uncle Google kurang fasih berbahasa Melayu.. Hee.. Kalimat ini tertulis di atas batu pada Time Capsule yang terletak di kawasan bukit Namsangol Village, Seoul, Korea Selatan.

Makanya, tergeraklah hati untuk mencari kebenaran.. Chewah.. Macam mana kalimat ni boleh tercatat dekat sana? Apa sebenarnya time capsule ni sehinggakan tertulisnya kalimat-kalimat tersebut? Sejauh mana perkembangan Islam di Korea? Ye lah, susah sungguh nak jumpa makanan halal dan juga kaum islam di sana. Nak jumpa masjid pun susah. Nak solat pun mencabar. Belum kira nak ambil air sembahyang lagi. Semuanya serba mencabar.

Dek kerana tergerak hati bertambah pula dengan perasaan ingin tahu yang melonjak-lonjak, sekali lagi uncle google dijadikan tempat rujukan. Baik uncle google ni. Tanyalah banyak mana soalan pun, tak pernah dia bising-bising tak mau jawab.. Heee..ok.ngarut. Memula saya cari pasal time capsule dulu. Just wanna know. Buat pelah dibinanya batu yang tak ada apa-apa di atas bukit tu kan? Dah lah penat nak panjat. Sampai atas jumpa batu ala-ala piring terbang je. Tak ke pelik? ye tak?

Hasil pencarian mendapati, time capsule dibina dengan tertanamnya "sesuatu" di perut bumi dan akan digali dan dibongkar oleh generasi akan datang selepas 400tahun. Apa yang diorang tanam? No one knows. Tapi yang pasti, apa yang ditanam adalah sesuatu yang berkaitan dengan kebudayaan, adat resam and etc. Teringin kan nak tahu? Manalah tahu, kot dalam tu ada tentang kedatangan islam di bumi korea yang ditanam.. sebab tulah ada tulisan turki kat situ yang sebut ALLAH.. Cheewah...

Tetiba cam ada aura penyiasat muda plak.. Haa..pasal Islam dekat Korea? Nanti saya kongsikan lagi. Tapi kalau dah tak sabar sangat, search je lah. Konfem jumpa banyak info. Saya pun tengah dalam proses pembacaan lagi..('o,')




9 comments:

Freaky said...

sangat menarik. mungkin betol islam pernah bertapak di korea suatu ketika dulu

asamasin said...

nice n3.. :D thx.. :D

SITI NOORNADIYANA said...

nice sharing. mmg interested sikit if related pasal korea nih. heee.. ;)

udin said...

hurmmm.. apakah rahsia disebalik time capsul tu eh? menarik nih.. hehe.. ;)

Iffah Afeefah said...

wah tak sgke kan

Cik Sara said...

@Freaky

Islam pernah datang ke bumi korea sekitar tahun 1950-an. lepas perang koreaa.. nanti saya kongsikan lagi..

shafiqabdshukor said...

menarik...tp dh lama baaru korg perasan..
heehehe

aimie amalina said...

waaaa
kite x g ke kat sini dulu?
cam x pnh jmp jek ni sara..hehehe

Cik Sara said...

@aimie amalina

Heee..mimito..kami naik tempat ni dengan TJ.. Kome tak mau naik time tu..dok jalan kat bawah tak abis lagi..