Ceritera Open House Syawal 1432

Monday, September 19, 2011

Open House sana sini sinun.. Tapi satu pun tak ambil gambar.. Pergi untuk melunaskan tanggungjawab untuk makan.. Erk?! Hujung minggu kali ini diisi dengan aktiviti rumah terbuka.. Syawal kan sebulan? Betul tak?? Cuma sedihnya, kali ini tiada lagi aktiviti Konvoi raya. Itu part yang sedih. Wee..

Bermula dengan hari Selasa lepas. 13hb September 2011. Sambutan Hari Raya Aidilfitri UTM bersama Staff.. Err..memula tak tahu pun itu untuk staff semata-mata. Ingatkan memang untuk mahasiswa. Makanya, tanpa melengah-lengahkan masa, pukul 11.00pagi lagi saya, Siti dan K.Shikin gerak ke Padang Kawad. Tapi, kira staff jugalah kan? Sebab status RA sekarang.. Ngee..

Kebetulan, padang kawad memang tengah penuh dengan khemah-khemah. Al-Maklumlah, minggu depan kan dah mula Majlis Konvokeysen. Makanya, Pesta Konvo atau Festival Konvo juga turut bermula. Oh! Berbalik pada kisah Rumah Terbuka UTM. Sepanjang-panjang khemah tu dipenuhi dengan staff-staff UTM dari pelbagai fakulti dengan hidangan masing-masing.. Memang masyukkk..Sana sini ada makanan. Soto. Satay. Mee Kari. Murtabak. Laksa Johor. Bihun Sup. Ketupat nasi dengan rendang. Lemang.. Sooooo many. Rambang mata. Rasa nak ambil semua sekali.. tapi tangan penuh.. Makan seadanya sahaja..


Sekitar pukul 12.00tengah hari, Sultan Johor dan staff kanan universiti mulai memenuhi ruangan tapak. Class gitu you... Jumpa Sultan Johor meskipun tak berjabat tangan.. Eh, tak boleh.. Haraaammm... Orang kata Sultan Johor berjiwa rakyat.. Pada pandangan mata saya tanpa bantuan kaca mata mahupun kaca televisyen, saya akui beliau memang mesra dan berjiwa rakyat. Sempoi koo... Staff kanan even NC sendiri pakai baju melayu.. Sultan datang pakai kemeja je.. Yang pasti warna biru. Since kat sini known as Royal Blue bukan Royal Yellow like others..


Sebelum Jamuan Raya tu, ada satu lagi event dekat DSI. Tak ingat plak apa kebendanya event itu.. Tapi main guest untuk event tu memang Sultan dan kerabatnyalah.. Haa..lagi satu.. Tengok dalam TV, Sultan Johor suka aktiviti bermotor kan?? Hari tu pun adalah beberapa biji motor besar yang follow tuanku.. Class you.. Ada yang bergambar dengan motor besar dan kereta Sultan sebab nak bergambar ngan sultan secara personally tak dapat.. Tapi...saya malaslah..dengan tak ingat nak bawa kameranya.. Dah tengah tak sihat time tu.. Memang pandang dari jauh je..hahaha...




Panjang pula cerita pasal itu.. Seterusnya...PotLuck dekat MEP. Dah story dah ari tu.. So, skip part ni.. Lanjutkan pula ke Rumah Terbuka Dr.Rubita pada 16hb September 2011.. Sama dengan Hari Malaysia tu.. Seawal jam 8.30pagi kitorang dah terpacak depan rumah Dr. Siapa kitorang tu? Me, Siti, Q, Noni dan Ellie.. Awal kan terpacak kat sana?? Sebabnya, nak menolong mana yang patut.. Sempatlah tolong-tolong potong timun, carrot, bawang untuk buat acar.. Sempat juga memasak Ayam masak merah tomato. Sempat juga tengok Dr. masak nasi tomato..


Menu hari tu?? sangatlah banyaaaakkk....
Ada nasi tomato + ayam masak merah tomato + acar, Soto bihun, Laksam, Roti Jala, Kuih Seri muka and bla bla bla..Sudah je menolong masak dan mengemas, kitorang pun melantak..Sampai full lah juga perut ni.. Bila perut dah kenyang, faham-faham je lah kan?? Mata pun mula kuyu...




Sebelum balik ke UTM, kitorang singgah rumah Izzati dulu.. Beraya lah kononnya.. Tuan rumah jamu spagetti. Meskipun perut dah rasa maca nak meletup, makan jugalah..Rezeki jangan ditolak..Musuh jangan dicari deh..Pukul 1.00 tengah hari kitorang balik UTM..landing-landing kat bilik dulu.. Around pukul 4.30 kitorang g rumah Dr. balik.. Heee..1st round tadi tak sempat nak makan laksam dengan roti jala sebab perut dah full. Jadilah melantak untuk 2nd Round.. Dr. pun sempoi.. Dia yang pesan. Kalau lapar, mai lah lagi.. Bagai pucuk dicipta..


Last open house dekat rumah Dr.Fauzan. 18hb September 2011
Yang ini, Dr.pesan datang dalam tengah hari. Pukul 1.00tengah hari saya, Siti, Ana dan Wani terpacak depan rumah Dr. Disambut oleh Hariz dan Aisyah, anak dr. yang kecik lagi tu. Comel! Masa tu Kak Siti, wife dr. tengah tido kan baby Fariz (Tapi baby tak mau tido..). Menu dekat rumah Dr lagilah menarik.. Cumin Rice.. kalau tak salah itulah namanya.. Marvellous tak? 1st time tengok, kitorang macam..."Nasi apa ni ek? Macam tak pernah jumpa je.." =D




Cumin Rice + Ayam masak Madu + Salad + Soto nasi + Ayam madu with blackpepper sauce + tembikai.. Walaupun tak banyak, tapi cukup untuk mengkagumkan kitorang.. Memang brunch kat rumah Dr. lah ari tu..=D The best part is.... Play with baby Fariz.. And ada sesuatu yang Kak Siti kongsikan dan menarik perhatian kami-kami semua.. Apa dia?? Story kat entry akan datanglah..dah panjang sangat ni..


K lah..Itu sahaja ceritera Open House kita.. Daaa

3 comments:

aamalinaazman said...

waaaaaaaaaaa
byk sunnguuh event deme kat sane ye
huhuhu
bes3!

Hanis MY said...

Adoiii pengsan tgk menu wuwuwu...best sgt

Sara sng je... Just g kat mn2 uni berknan d hati lps tu cari bidang nanti keluar nama lect pastu email je byk2 kalau Ada apa2 tny je k...all d best

KaK LimAh Si SupiR said...

huhu..kaklimah p0n byk lg 0pen house ni..ehehe :P