Kawan Lama

Monday, September 12, 2011

"Weh, mai nak habaq kat ang.. Ada mamat tegur aku lah.."

"Ha? Sapa dia? Sapa dia?."

"Ni ha! Mat Brainicus..Handsome kan?."

"Walaweh! Ang ni kelakar tau dak?" Mengekek ketawa.. Macam pekan tu depa punya ja sorang.

"Laa..awat ang gelak plak? Lucu tang mana nya? Handsome apa mamat ni?." Sambil garu-garu kepala yang taklah gatal sangat pun..

"Sat..sat..Ang betoi tak kenal ke dengan mamat ni?." Masih lagi nak ketawa!.

"Ala! aku lupa wei nak tanya nama dia.. Mamat tu pun tak ada pula tanya nama aku." Muka innocent je.. Rugi plak tak ngorat mamat tu tadi. Dapat nama dengan no.phone jadilah.. Paling-paling dia bagi aku skype dia! Twitter pun ok.. Bleh aku tweet pagi petang siang malam..

"Weh, kelapa hayun! Inikan Elbert Eisntein! Schoolmate kita. Budak kepala genius kelas depan tu.." Toink! kena sejibik! 


Dush! Dush! Malu tak terkira. Patutlah dia tak tanya nama aku! Dia kenal akulah.. Yang aku pula pergi tergedik dekat dia ala-ala sotong tak ada tulang belakang tu apasallah.. Aiseyman!..

"Beb! malu r gini.. Mati-mati aku ingat mamat tu dah syok kat aku. Dok pandang ketat-ketat je.. Sera bikin blusher aku tebal je.." Mood terus down. Malu beb. Rasa nak letak muka bawah flyover Kanchut yang tengah nak buat tu..

"Ala.. Rileks r.. Besalah tu. Kawan lama. Bapa tahun dah ang tak jumpa dia? Dia budak kepala genius. Ang dok kepala hangih ja.. Pasai tu lah kawan lama sendiri pun ang tak kenai.!" Debush! 

** cerita tidak ada kaitan sama ada yang idup ataupun yang telah pergi kerana ia rekaan semata-mata untuk menghilangkan kebosanan.. Atau ianya pernah terjadi di alam realiti ini? Maklumlah.. berbelas tahun tinggal zaman sekolah.. Muka makin matang.. Nama pula macam-macam.. Mulalah dalam hati..."Macam kenal..siapa ek? Pelanduk dua serupa agaknya.." Daeng!

2 comments:

aimie amalina said...

ehem3
terkeng ape tu sara chaaaannn?

H.J said...

cerita betul pom ok gak..haha