[KK] a.k.a Kisah Konvo : Episode 3 (Baju Melayu VS Lounge Suit (Blazer))

Thursday, September 29, 2011

"Hilang dah identiti melayu.."

"Kenapa?"

"Kau tengoklah tu.. Mostly pilih Lounge Suits a.k.a blazer.." Sambil menunjuk ke arah rakyat-rakyat jelata yang bakal berkonvo sekejap lagi..

"Kan ke itu dress code nya?."

"Tak juga.. Cuba kau tengok sana.." Bebola mata beralih ke arah yang dimaksudkan..

"Eh, dia pakai baju melayu lengkap bersampin. Tapi...Cina kan tu?."

Angguk-angguk..."Itu pun dress code untuk konvo juga.."

Oho..a'a..Melayu hilang sudah di dunia...

Itulah antara dialog yang telah diubahsuai supaya mesejnya sampai. Itulah suasana yang kelihatan di perkarangan Dewan sebelum dan selepas majlis konvokesyen. Sana sini lelaki-lelaki segak bergaya memakai lounge suit hitam bertali leher indah. Nak mencari yang pakai baju melayu lengkap? 1 dalam 50 mungkin. 


Kenapa ye? Lounge suits lebih menjadi pilihan hati?? Tak segak ke pakai baju melayu cekak musang lengkap bersampin? Oho...

Tapi tak wajar juga persoalkan pada mereka.. Sedangkan Pro-cansellor dan staff kanannya semua memakai Lounge Suit dibalik jubah konvo mereka.. Apatah lagi pemuda-pemudi bakal pemimpin negara ni.. Ye tak?

Dalam course saya sendiri, seorang je yang memakai baju melayu lengkap. Teruja juga waktu melihat tu.. Wahh..barulah sesuai "Takkan melayu hilang didunia.."..

Mana lagi mahal ek? Lounge Suit atau Baju Melayu Hitam lengkap bersampin? Saya tak tahu..


6 comments:

aamalinaazman said...

walllahhhhh
idup lelaki berbaju melayuuu!

Kaca Lensa said...

waaa... nasib bek ehem2 pakai baju melayu lagi.. hehe.. bkn sahaja lelaki bahkan juga wanita.. =)

Hanis MY said...

sampin yg grade plg tinggi mahal lg dari suit... tapi yang biasa2 tu set baju melayu lg murah rasanya...

p/s: nanti akak reply msg, tak sempat lg ni...tunggu tau...

ciK LyndaWawa said...

lelaki berbaju melayula hansem...=]

KaK LimAh Si SupiR said...

uitttt..cina yg pakai bju melayu?

. said...

bukan x mau pakai baju melayu, tapi sebab lounge suit tu dah beli masa dinner sem lepas... hehe...