Segmen Kancil8349 : Pengalaman Korang Semasa Menghadapi Peperiksaan UPSR

Tuesday, September 13, 2011

Sebenarnya mata dah ngantuk sesangat dek makan ubat selesema pas maghrib tadi.. Tapi dok tahan je sebab tengah dok recover balik gambar dalam Kamera dek diganggu virus-virus durjana perosak alam itu.. Sedey~.. Sambil tu berblogwalking.. Pastu jumpa segmen Kancil8349 ni.. Ate, nak tunggu apa lagi? Join ajalah.. sambil-sambil menunggu proses recover selesai.. Nak join juga? G klik header kancil kat bawah tu..


Pengalaman Semasa Menghadapi Peperiksaan UPSR? 

Urmm.. Kalau dari segi perasaan macam tak ada apa-apa perasaan sebab masa tu baru setahun dok sekolah tu.. SK Haji Hassan Itam, Simpang Empat Kedah. Pindah g sekolah ni masa penghujung darjah 5. Tahun 1999.. Tahun 2000 ambil UPSR. 

Masa tu abah hantar g tuisyen. Walaupun bukan atas kehendak diri sebab belajar di sekolah sangat memenatkan. Sampai tertidur depan peti ais gara-gara nak siapkan homework yang cikgu bagi. Subjek paling lemah adalah MATEMATIK sebab sampai ke sudah Sifir tak pernah lekat dalam kepala otak ni.. Jadinya, bagi soalan sifir, saya perlu melakukan secara manual. Dalam erti kata lain, lukis biji sagu setiap kali nak mendarab.. Sifir yang paling saya ingat adalah sifir 5 dan sifir 9 sebab semua jari-jari akan bermain dan menarik perhatian orang yang menjaga exam.

Peperiksaan UPSR. Saya tak mengharapkan apa-apa sementelah saya sendiri tidak tahu potensi diri sendiri. Cikgu letak harapan dapat 3A 2B kira yang terbaiklah. Sesuai dengan kedudukan saya dalam kelas..

Masa UPSR dapat pula meja tepi tingkap, belakang sekali.. Apa lagi?? Sikit-sikit termenung tengok padang dari luar tingkap. Agak-agak Ubuntu nak jawab, usha plak pak cik yang dok mesin rumput kat luar tu.. Memang tak pernah harapkan sesuatu yang tinggi..

Selesai 5 paper.. Masih buat tak reti.. Dah kata tadi kan? Tak de perasaan..

Bila result keluar, masih lagi tidak berperasaan.. Dapat 2A pun kira alhamdulillah.. Ada juga A yang nak bawa balik tunjuk kat mak kan? Cikgu kelas pun panggillah sorang-sorang nak bagi tengok result. Siap guna pembaris lagi. Sampai giliran saya..

"Tahniah.. Awak dapat semua A.." Sambil tersenyum cikgu tu bagitahu. Pen dengan pembaris ditunjukkan pada nama dan keputusan saya..

Terjegil kejap biji mata.. " Cikgu tipulah.. Salah nama kot.." Terus ambil pembaris cikgu nak check sendiri. Tak percaya.. Dan....

Macam mumia berlalu ke tempat duduk sendiri.. Tak percaya.. Abah dengan mak memang tak mai dah sebab dah btau tak payah mai. Result tak cantik. Dalam dok jadi mumia dalam kelas tu, rupa-rupanya pak cik jiran sebelah rumah yang anak dia selalu dok pi tuisyen sekali dulu mai tengok result.. Terus dia balik habaq kat mak ngan abah "Anak hang dapat semua A. Tahniah!" 

Macam mana saya yang dah jadi ala-ala mumia dalam kelas sebab tak percaya dengan keputusan itu dan yakin cikgu salah, begitulah situasinya di rumah. 

Sampai rumah.. "Mak, cikgu cakap angah dapat semua A. Satu daripada 6 orang yang dapat kat sekolah tu.." Mak ngan abah siap main ngelat lagi.. Depa kata, tak ada hitam putih, depa tak percaya..

See?? Mak abah sendiri pun tak jangka anak dia nak kaut semua A bawa balik rumah.. Di situlah, kehidupan saya mula berubah...

Terima kasih warga pendidik sekolah-sekolah rendah saya...

S.R.B. Mejar Jenderal Dato' Ibrahim, Kuching
Sek. Rendah Kerajaan Kem Penrissen, Kuching Sarawak 
Dan 
S.K Haji Hassan Itam, Alor Setar Kedah..

Tanpa mereka, siapalah saya kini..

Buat adik-adik kecik, All the best! Selamat Maju Jaya. Tiada yang mustahil dalam hidup kita ni..

8 comments:

aamalinaazman said...

walaweeehhhh
ni la akak contoh kiteee
heee
tahniah akak sara
dgn kejayaan 11 taon lalu
hehehee

Cik Sara said...

=D..
Wee..dah jadi cerita pengalaman mengambil result upsr pula..hahaha...

...pengajaran cerita ini adalah:-
"Tiada yang mustahil dalam hidup kita. Dan tak semestinya yang cerdik pandai je boleh dapat bagus.. sebab otak kita sama je saiznya.." ngee..

Kancil 8349 said...

salam,

terima kasih kerana sudi join segmen Kancil...

wah menarik cerita kamu...benda yang tidak disangka akhirnya kamu dapat...tahniah daripada Kancil...

kalau kancil pun mesti jadi mumia...ndak berkata2 pun...hehehe

yayath said...

wah...kita sebaya plak:)hehe~~

singgah dari segmen yang sam:)

Kancil 8349 said...

salam,

Kancil sudah buat entri khas untuk blog ini. Jomlah lihat

http://kancil8349.blogspot.com/2011/09/entri-khas-mereka-yang-berpindah.html

Aien Not Alien said...

tahniah diatas kejayaan lalu...

salam perkenalan... :)

ciK LyndaWawa said...

tahniah2.....ni sekolah kat sarawak, org sarawak??

Cik Sara said...

@ciK LyndaWawa

Belajar kat S'wak.. Tapi bukan orang sarawak.. Abah posting kat sana dulu.. Kem Penrissen..