Buah dan manusia ^ ^

Sunday, October 23, 2011

Oyasumi....

Eh, belum nak tidur.. Konnichiwa minnasannnn~~..
Tengah buat apakah? Malam ni nak kongsi satu lagi fakta yang saya peroleh dari internet. Terpulanglah pada kamu-kamu semua untuk menilainya.. Pernah tak terfikir kenapa lobak baik untuk mata? Tomato menyihatkan jantung? Kacang merah berbentuk seperti buah pinggang???

Jom tengok rahsia disebalik bentuk buah-buahan dan sayur-sayuran ni dengan organ tubuh manusia. Dalam Al-Quran pun ada menyebut "Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana". Setiap aturannya pasti ada rahsia di sebaliknya. Dan apa yang nak saya kongsikan ini pastinya menarik perhatian kamu-kamu semua.. Tapi...Tak diwajibkan mempercayainya 100% ye.. terpulang kepada anda..

1. Lobak dan mata
Cuba hiris lobak tu bulat-bulat.. Letak dekat sebelah mata.. Nampak tak apa persamaannya?  


Haaa..dah nampak?? Sepotong lobak kelihatan seperti bentuk mata manusia!
Pupil, iris dan garis-garisnya begitu menyerupai mata manusia.. Adakah ini sebuah kebetulan?!
Sains : Dibuktikan bahawa lobak dapat melancarkan peredaran darah dan memperbaiki penglihatan

2. Tomato dan Jantung
Kalau belah dua tomato tu nampak apa? Urmm..saya selalu iris dan makan cenggitu je.. Kalau yang separuh masak memang sedaplah makan cenggitu je.


Kalau kita lihat, buah tomato bila dibelah dua akan kelihatan 4 segmen dan dalamnya berwarna merah.. Kan2x?.. Cuba belah jantung anda.. Eh, salah..jangan2x..jantung itu organ utama badan.. Jangan g belah tak tentu pasal pula.. Apa yang anda nampak dalam jantung?? Ada 4 segmen juga kan? Left and right atrium dan ventrikel.
Sains : Tomato kaya dengan lycopine dan merupakan makanan darah dan jantung..
[Hee..baru tahu..ingatkan tomato baik untuk wajah..;)]

3. Anggur dan jantung
Saya sukakan anggur.. dan dalam segugus anggur kita boleh lihat ianya membentuk seperti jantung. Anggur dalam klusternya menyerupai jantung!. Benarkah?


Dan setiap sebiji anggur dianggap seperti sel darah.. Err..ada nampak macam brocoli tak? eh, itu sayur.. ala yang kecil-kecil dalam jantung dan bulat2x tu..apatah namanya..brochiol? Whatsoevalah..
Sains : Terbukti bahawa anggur adalah makanan penting untuk menguatkan darah dan jantung.. Err...

4. Walnut dan otak
Pernah tengok walnut? saya tak pernah.. Kalau makan walnut dalam chocolate tu pernah.. Err..ada ke? entah.. Kalau tak pernah jom tengok gambar kat bawah..


Eh, struktur fizikal walnut seakan otak manusia!.. seakan-akan hemisfera kanan dan kiri. pasangan sereblum dan serebrum. Garis-garis dan belahan di tengah-tengah seakan neo-cortex.
Sains : walnut terbukti dapat membantu menambahkan lebih daripada 3 dozen "neuron-transmitter" kepada fungsi otak anda..
Oleh itu, sila makan walnut banyak-banyak..hee..

5. Kadang merah dan buah pinggang atau kidney
Manusia diciptakan dengan sepasang buah pinggang di kiri dan kanan. Dan kalau tengok elok-elok, buah pinggang kita berbentuk seperti kacang merah! Atau lebih tepatnya, kacang merah kelihatan seperti buah pinggang!.


Sains : Kacang merah dan membantu menyembuhkan dan menstabilkan buah pinggang kita.

Karya asli diambil dari sini..

2 comments:

aimie amalina said...

wewewewe
brokoli cm brokiolsss
hehehee

comei kan
berkhasiat plak tu =]

Anyyss Shuhaimi said...

bronchioles ke alveoli?
entry best..suka baca! :)