[KK] a.k.a Kisah Konvo : Episode 5 (Cinta Adam & Hawa)

Saturday, October 1, 2011

Wallaweh tajuk... Hat sebenaqnya, nak story pasai pengisian yang diberikan Double Double H ni.. Terlanjuq dah berjanji, haruslah tunaikan.. Iye dak?? Ini kisah masa Pesta Konvokesyen UTM yang lepaih..Forum perdana yang bertajuk...


Setulus Kasih Adam, Secangkir Bicara Cinta Hawa

Amboi.. Tajuk dia. Bukan kemain.. Kasih Adam yang Tulus disambut Bicara Sang Hawa tentang Cinta.. Tuu diaaa.. Kalau dah tajuk sentuh pasal adam & hawa, agak-agak apa je prospek perbincangan panel-panel tu?? Ce teka sket....

Ha? Tak mau teka? Nak tau sapa panel dan moderator yang dijemput? Alamak! Lupa plak nak perkenal.. Mehler usha gambar kat bawah ni..

Hafiz Hamidun, Dr. Azhar, Heliza dan Ust Syarin

Haaa.. dah kenai? Yang pertama tu, Hafiz Hamidun selaku moderator forum pada malam tersebut. Disebelahnya adalah Dr. Azhar, pengarah Pusat Islam UTM kalau tak salah. Yang sebelah bawah tu pula, tak lain tak bukan Saudari Heliza Helmi dan yang terakhir ini adalah Ust. Syarin,ketua pemuda belia 4B. Apa ntah.. Lupa dah saya.. Nak tahu apa pengisian malam tu? Sat na.. nak buka handphone..

(belek-belek draft dalam message.. ---> maklumlah.. teruja nak pergi mahlis ilmu sampai terlupa bawa pen n kertas. Tapi mujur ada handphone sebagai alternatif kedua.. ye tak?)

Forum pada malam itu dimulakan dengan tayangan pendek filem Syurga Cinta lakonan Heliza Helmi dan Awal Asshaari. Dalam filem Syurga Cinta ni ada menyebutkan tentang 3 jenis jodoh. Ala..part yang atok syuhada bagi nasihat dekat Am tu.. Jodoh itu ada 3 jenis. Yang pertama Jodoh syaitan. Yang kedua jodoh jin dan yang ketiga, Jodoh Allah. Malas nak story panjang-panjang, g lah tengok filem tu kalau nak tahu apa bezanya jodoh-jodoh ni..


Dan orang-orang yang berkata, " Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertaqwa" - Al-Furqan, ayat 74.

Dalam Al-Quran sendiri telah menyentuh soal jodoh. Tapi, harus diingat.. Kita juga dibolehkan untuk berikhtiar mencari jodoh kita. Ada banyak jenis jodoh yang boleh kita lihat pada masa sekarang ni.

1. Jodoh yang dicarikan oleh ibu bapa dan anak hanya mengikut yang akhirnya membawa si anak ke alam rumah tangga. Biasa orang cakap, pilihan mak ayah ni yang terbaik.. Tapi mungkin sebahagiannya tidak..maka wujudlah jodoh yang kedua.

2. Anak mencari sendiri jodohnya dan direstui kedua ibubapanya dan seterusnya membawa mereka ke alam perkahwinan. Dan ada juga segelintir yang 

3. Anak mencari jodoh sendiri, tapi tak mendapatkan restu kedua ibu bapanya, lantas melaksanakan ikatan perkahwinan dengan cara sendiri sebagai contoh, lari menikah di Thailand..

Macam-macam jenis jodoh yang hakikatnya berlaku dalam senario masyarakat kita hari ini. Tapi pada dasarnya, dalam islam telah tertulis betapa kaedah pemilihan jodoh itu sangat indah. Kerana, berasaskan dan bertunjangkan pemilihan jodoh inilah yang akan melahirkan zuriat masa depan. Jodoh yang membawa kepada kasih sayang dan cinta serta menghasilkan sebuah keluarga yang mawaddah warahmat.



Dan ada sesuatu yang perlu kita tahu sebelum beria-ia mengeluarkan senarai "lelaki idaman" mahupun "wanita idaman". Fakta bahawa "Untuk mendapatkan yang terbaik, kita perlu menjadi lebih baik.." Kerana yang baik itu pasangannya dari orang-orang yang baik dan sebaliknya. 

Mana-mana tempat yang kita pergi, kalau berkisarkan lelaki dan perempuan pastinya Adam dan Hawa akan menjadi analogi yang terbaik kerana mereka adalah simbol pengorbanan yang agung. Ye kawan2x!.. Cinta itu perlukan pengorbanan. Jangan bercakap soal cinta, andai kamu tak sanggup untuk berkorban.

Dan cinta tertinggi yang perlu kamu gapai adalah Rabb-Nya, Agama, ibu bapa, cita-cita @ kerjaya dan akhir sekali barulah cinta manusia. Itulah hieraki cinta yang perlu kita faham. Tapi mungkin ada yang berkata, apa salahnya bercinta masa belajar?. Ya, tiada salahnya, andai sahaja cinta kamu seiring dengan cita-cita kamu. Ramai yang mengagungkan cinta manusia, akhirnya mereka terkandas di landasan ilmu tanpa sempat menggapai cita-cita yang diimpikan. Pasti kamu-kamu tidak mahu begitu bukan? Cinta itu perlukan pengorbanan. Fahamkan erti pengorbanan, barulah berbicara soal cinta..

Dan banyak lagi info menarik yang tak berjaya untuk saya kupaskan dan taipkan di laman ini. Ada setengahnya hampir saya terlupa.. Inilah sahaja info yang berjaya saya taipkan ke dalam handphone bagi menggantikan notebook yang tidak di bawa..

Jadi kawan-kawan.. apa pandangan kamu tentang Cinta Adam dan Kasihnya Hawa??

Adios~

3 comments:

eKa said...

kiranya sara ni junior akak la jugak ye...akak dulu dok utm juga...dok kolej tun fatimah.pastu move tu kolej 9, maybe skang dah adad nama ddia :)rindunya utm....pesta konvo dia mmg terbaik la...adehcanne leh terjumpa kat sini


k nak tanya ni, masa sara g sana kan...snow kan ala2 malu nak turun...so masa skiing tu mmg suddenly turun ke canne...atau certain tmpt snow mmg dadh turun...leh tak add akak kat fb.susah la nak tanya2 :) nama fb akak nuratika che yusoof....balas kat inbox je k

aamalinaazman said...

waahhh
ade temu ramah dgn senior UTM nihh
heheheh
weee
moge jodoh kite diredhoi-Nya =]

ciK LyndaWawa said...

hafiz hamidun!!!=]