Tak sama!

Tuesday, October 4, 2011



Tak sama maksudnya..

Tak ingat tak bererti tak tahu..
Mengingati tak bererti merindui..

Hidup manusia subjektif..
Ada kalanya kita merindui mereka yang jarang kita ingati..
Dan..
Adakalanya, yang diingati tak semestinya yang dirindui..

Sama juga dengan konsep pembelajaran..
Ada kalanya kita mengetahui tentangnya..
Namun, kita gagal mengingatinya..
Bukan sebab kita tak pernah mempelajarinya..
Cuma apa yang dipelajari tidak dipraktikkan selalu..

Begitu jugalah dengan konsep kehidupan..
Ada kalanya kita mahukan sesuatu..
Tapi tak bererti kita impikannya..
Sebab yang diimpikan kadang-kadang sukar untuk digapai..
Tapi tak bererti ianya mustahil..

Kadang-kadang kita sering mencari yang jauh..
Hakikatnya, dia berada berhampiran kita...
Tak kiralah cita-cita mahupun cinta..

Sebesar mana pun perancangan kita..
Kembali kepada Pencipta-NYA..
sebab perancangan DIA jauh lebih sempurna buat kita..
Sebab itulah..
Kadang-kadang apa yang kita peroleh..
Bukan sesuatu yang kita angankan!

Sebab...
ALLAH MAHA MENGETAHUI lebih dari apa yang kita ketahui..

6 comments:

KaK LimAh Si SupiR said...

allah swt maha mengetahui ^_^

aimie amalina said...

Allah
planner terbaik kehidupan! =]

JIJI YU said...

allah mengetahui apa yang kita perlukan

cik pulau said...

kerana sebaik-baik perancang adalah Allah swt..^^,

sekamar rindu said...

Allah Maha berkuasa..dan Maha Mengetahui..

[sutera kasih] said...

betul2...Allah tahu apa yg kita perlukan, bukan mahukan :)