17 tahun...

Tuesday, November 8, 2011

Assalamualaikum wbt....

Konnichiwa minnasan.. Tengah buat apa semua? Hopefully kamu-kamu diluar sana sihat sejahtera dan sentiasa dalam lindungan Yang Maha Esa.. Kali ni nak kongsikan sedikit kisah.. Tak banyak..sikit je.. Kisah realiti.. Kenyataan buat saya, kamu dan dia.. =D

Hari raya Aidiladha yang lepas, saya balik kampung.. Biasalah, dah ada kampung, kenalah balik kan?? Ngee.. Lepas asar, saya dan keluarga bertolak ke kampung sebelah abah. Nak jumpa Tok dan Wan yang masih sihat. Malam tu sembang-sembanglah dengan Wan.. Lebih kurang cengginilah..

Wan : Angah, wan nak tanya ni..
Me : Wan nak tanya apa?
Wan : Wan nak tanya. Dari lepas tadika smpai angah dapat ijazah tu, brapa tahun dah angah blajar?
Me : Urmmm..Darjah 1 sampai darjah 6 ada 6 tahun. Pastu tambah 5 tahun kat maktab. Setahun Matrik. 4 tahun kat Johor..Kalau tak salah 16 tahun dahlah..
Sambil jari-jari keluar membilang..Memang tak menang jarilah kalau nak kirakan? Mujur ada jari kaki..hahaha..
Wan : 16 tahun nooo? Kalau tambah tadika? Jadi 17 tahunlah kan?
Me : A'a.. taski setahun je kalau tak salah.
Wan : Umur angah brape sekarang?
Me : Ha? Urmm.. 23 tahun.. Awat?
Wan : Kalau 23 tolak 17, maknanya 6 tahun je lah angah tak blajar ek? 
Terdiam.

A'a kan.. tak pernah pula kira.. Jauh sekali nak ambil kisah.. Kalau yang pergi tadika 2 tahun, lagi hebat.. 5 tahun je dari keseluruhan usia 23tahun ni, ye tak blajar.. Tapi, kalau ye masuk U terus pas SPM tak pun buat persediaan(fast track) terus, lagi berkuranglah tahun yang dia tak belajar..


Subhanallah..2/3 dari usiaku kini, aku habiskan untuk menuntut ilmu. Ilmu dunia dan ilmu akhirat. Tak jemu-jemu dalam mencari ilmu.. Malah masih dahagakan ilmu.. Muhasabah diri. Muhasabah diri. 17 tahun aku mengembara mencari ilmu tanpa ada rasa lelah.. Kini, lagi 3 tahun sahaja lagi.. Ya ALLAH. Tetapkan hatiku dalam mencari ilmu di dalam redha-MU.

Semoga ilmu yang telah aku peroleh dan yang bakal aku perolehi akan dapat aku sumbangkan dan manfaatkan kepada kehidupan masyarakat sejagat. 

p/s : Tiada istilah LAMBAT dalam kamus hidupku. It's only a matter of time. Masa untuk berfikir, Bermuhasabah.. dan berbuat keputusan.. Semoga inilah keputusan yang terbaik buatku..=D

1 comments:

aimie amalina said...

huwaaaa
18 tahun mncri ilmu
sehingga mati pon mencari ilmu kan

chayok2 sarachannnn!