nak juga tulis entrie 11.11.11..=D

Friday, November 11, 2011

Entrie ketiga bagi bulan November. Terbaik!!!

Assalamualaikum..Konnichiwa Minnasan.. Apa khabar anda-anda semua?? Hee..eh, panjang pula  greetingnya..Hari ni rata-rata manusia di planet bumi ini begitu teruja menantikan tarikh 11.11.11. yang kebetulan jatuh pula pada hari Jumaat iaitu penghulu segala hari. Nak jadikan memorable, pilih pula 11:11 AM tak pun 11:11PM.. So, many binary number.. Tapi...saya taklah teruja sangat pun..heeeee.. Dari pagi sampai ke malam, dok dalam bilik baca journal di samping menyiapkan beberapa perkara berkaitan Inatex.. tapi tak siap2x lagi..ngee


Ah!!! tidak!! Sekali lagi aku menjadi seorang perindu.. Tidak suka semua ini.. Argh!!!.Astaqfirullah..Journal oh journal, come meet me..supaya saya tidak lagi menjadi seorang perindu.. (^____________^)

"Pilih satu tarikh. 20.11.2011 atau 20.12.2012?" Persoalan yang seakan pita rakaman. Tidak putus-putus bermain. Macam ada butang play dan pause.. Hilang butang stop dan delete. 7 tahun telah berlalu. Unik sungguh otak manusia. Dalam banyak-banyak perkara, itu juga yang enggan dilupakan.. Mungkin kena hantuk ke dinding baru lupa semua peristiwa lalu?? Hahaha..itu menganiaya diri sendiri namanya.

Sejak 7 tahun yang lalu, dua tarikh ini sentiasa tersemat dalam ingatan. 20.11.2011. Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi. Dan pastinya tiada apa-apa yang menarik bakal berlaku.. Tapi perancangan ALLAH itu yang terbaik. kerana DIA lebih mengetahui. Bukankah mencintai itu tak beerti memiliki? Sebab cinta itu fitrah manusia. Tak boleh nak menidakkan perasaan dan rasa cinta yang bertunas. Wahaha... Sara! stop the jiwang-jiwang things..


Cukuplah sampai hari ini sahaja kamu menjadi seorang perindu. Hentikanlah semua ini.. Bukankah cita-cita kamu masih jauh untuk digapai?? Cinta itu hak ALLAH. Serahkan pada DIA untuk menentukannya.. Muhasabah diri. Ingat kembali tujuan kamu di sini.. <-- Sesi motivasi diri sendiri. Sayalah kaunselor, dan saya jugalah manusia yang perlu dikaunselingkan.. TERBAIK...

Sebaiknya, motivasi diri itu penting supaya tidak kecundang di tengah jalan. Tanpa motivasi diri, kita akan mudah mengikut perasaan. Bukankah pepatah melayu ada menyebut "Ikut rasa binasa, Ikutkan hati mati!" Hee.. Allah berikan akal untuk kita berfikir.. Cuma kadang-kadang perasaan yang satu ini sahaja tidak mampu di kawal. sebab ianya abstrak. 10 kali kata tidak, kalau 1 kali kata ye, dia tetap cenderung pada ye juga walaupun hanya untuk seketika cuma.

Ok! Tamat sudah kisah aku seorang perindu yang cuma seketika itu.. Dan selesai sudah sesi motivasi diri. Tapi, apa-apa pun saya tetap sukakan tarikh ini. 20.11.2011 dan 20.12.2012.. Biarpun berjuta manusia menantikan tarikh 11.11.2011 dan 12.12.2012.... Pape pun, jangan terlalu obses pada angka-angka yang membentuk tarikh ini.. Yang paling penting, niat beb..

Ok. Oyasumi nasai minnasan... Tido jom.. Moga memperoleh mimpi yang indah..

p/s: Err.. sejak dua menjak ini saya didatangi mimpi yang sama. didatangi seseorang. Benarkah mimpi itu hanya permainan tidur?? Wallahualam..

3 comments:

Unknown said...

bukan sekadar maianan..mimpi jugak boleh jadi petanda..:)

aamalinaazman said...

akak airrrrrr
mimpi sapeeee tuuuu
awwwwww


awai nye titooo
nuuunite!

maszull said...

assalamualaikum sara...gud nite sweet dream yer...:)