Bertunang tanpa sedor??

Tuesday, December 27, 2011

Chopp!! Chopp!! Boleh dipercayai ke artikel ni ek? Artikel apa? Chotto matte kudasai..
Yok tengok link ni.. Ada yang komen kata ada video Ust. Azhar Idrus tentang hal ini.. Wallaweh.. betapa pendek akalnya dulu.. Tak tahu apa-apa.. Eh, salah! Bukan tak tahu apa-apa.. It just, tak tahu hukum dan adat..
Summarize dari artikel berkenaan:
Sebagai seorang wanita yang memenuhi syarak iaitu cukup umur, baligh dan boleh berfikir... Bila mana dia didatangi seorang lelaki dengan niat hendak menjadikan isterinya dan si gadis menyatakan kata setuju. Maka, sudah bertunanglah mereka meskipun tanpa kehadiran ibu bapa. Sebabnya....

Menurut kata blog yang berkongsi itu, pinang mengikut fiqah adalah bilamana pihak lelaki menyatakan hasrat untuk berkahwin pada pihak perempuan. Dan bila perempuan itu bersetuju maka jadilah perempuan itu tunangan kepada si lelaki itu... Dan ikut hukum, haram lelaki meminang atas pinangan orang lain! 

Haa! kalau betul, saya pun ternganga.. terduduk..segala macam "ter" lagilah kan? Nanti nak google cari video Ust.Azhar tu. Dengar pandangan ust.-ust. ni baguih sket.. dapat pencerahan yang lebih jelas.. Al-maklumlah, cubalah ingat-ingat balik kisah lalu.. Kisah-kisah silam.. Walaupun masih bersekolah, dah cukup akal kan? Dah baligh pun kan? Agak-agak...Sera-seranya..pernah tak ada lelaki mai dekat kita..konon-konon approach lah.. Dia berdialog sebegini..
"Kita couple. Bukan main-main. I nak jadikan you isteri i.. You nak tak?"

Dan dek keseronokan.. Terus jawab.."Nak..nak!.. i pun suke... Bila...." Tak kisahlah apa ayat belakang tu.. Tapi dari sesi berdialog ni kelihatannya seperti si lelaki dah menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan si perempuan dan si perempuan bersetuju.. Gulp! 
Haaa..sudah.. Tak pepasal je jadi tunangan orang tanpa sedor.. aiyark! betulkah? jom kita cari Ust.Azhar Idrus..hee..

p/s: Urmmm...nak ingat-ingat semula ada tak ek berlaku situasi begini dulu?? Back to memory lane.... Astaqfirullah al azim... Persoalan! Kalau itu terjadi, kena buat "putus tunang" dulu ke supaya bila ada pinangan lain yang masuk tak jadi haram? (-_____-)" ... Urmm.. dari segi fiqh, putus tunang tu dikira bagaimana pula?



1 comments:

aimie amalina said...

asenye betol sara :)
ade gak bace..ni la namenye tunang sec islam..
huhu


sebb tu agak kene berjage2 dlm berkata2 kan
huhuhu