Daulat Tuanku

Tuesday, December 13, 2011

Assalamualaikum...
Wahhh..lama tidak bertemu dengan blog tersayang.. Apatah lagi berblogwalking, jogging dan sebagainya.. Heee..bercuti sungguh. Bercuti dalam erti kata lain, log off semuanya. No internet. Kita simpan dulu kisah cuti hari tu.. 

Menjunjung Kasih Tuanku!
Semalam, Sultan Mizan Zainal Abidin dan Tuanku Nur Zahirah sudahpun selamat berangkat pulang ke negeri asalnya iaitu Terengganu memandangkan tempoh 5 tahun selaku Yang Dipertuan Agung telah pun berakhir. Dan hari ni, Sultan Abdul Halim Muazzam Shah dan Sultanah Kedah berangkat ke Istana Negara untuk mengangkat sumpah selaku Yang Di-Pertuan Agung yang ke-14. Daulat Tuanku. 

Maknanya, Sultan Abdul Halim Muazzam Shah merupakan satu-satunya Sultan negeri-negeri Melayu yang menjadi Yang Dipertuan Agung(YDPA) sebanyak 2 kali sepanjang hayat!. Semoga Allah lanjutkan usia Tuanku untuk berkhidmat selama 5 tahun mendatang ini.. Daulat Tuanku..



Sembah Tahniah atas perlantikan Kebawah Duli Yang Maha Mulis Al Sultan Al Mutasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku AlHaj Abdul Halim Muadzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah sebagai Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong ke-14.. Daulat Tuanku..

Psssttt:// Balik Kedah ri tu... semua tiang dan billboard yang ada tertera banner dan bunting kuning ni... Sana sini gambaq sultan dengan sultanah...  Sultan Kedah dah mai KL, aih terasa dekat dengan kampung halaman.. (^______^)



1 comments:

KaK LimAh Si SupiR said...

daulat tuanku! :P

dh lame cik sara menyepi