Kalau bosan..

Sunday, December 4, 2011

Assalamualaikum...

Kalau kamu bosan, apa yang kamu buat?
Kalau saya bosan?

Saya akan mulakan dengan mata.
Maksudnya, saya akan perhatikan apa yang ada di sekitar saya..
Dari mata, naik ke otak.
Kenapa?
Sebab saya cuba fikirkan apa yang boleh saya lakukan daripada benda-benda yang saya nampak depan mata.
Dah selesai, otak akan rangsang bahagian motor cortex yang akhirnya akan membawa kepada pergerakan tangan dan kaki. 
Kenapa?
Sebab kaki dan tanganlah yang akan bertindak untuk menzahirkan apa yang saya pandang dan fikirkan seketika tadi.


Oooppss.. Menjawab persoalan tak?
Aktiviti mengisi waktu bosan saya kadang-kadang pelik..Ngee..

Ada tak orang yang bosan, boleh ambil buku The Brain at School, Educational neuroscience in the classroom dan baca macam baca novel?
Sayalah orang tu.. Bosan tak tau nak buat apa weekend cenggini, itulah aktivitinya..

Tapi...after few hours, logiklah kan untuk bosan hadap buku tu? Sekali lagi bebola mata bergerak memandang sekeliling..
Dan kali ni jatuh pula pada kertas warna, pembaris besi, pensel,gam.
Now It's time for Quilling Paper!..


Eh, macam lonely plak masa saya bosan kan?
Tapi, bila dah hanyut dalam dunia sendiri, kita terlupa yang kita tengah buat benda tu SEORANG DIRI! 
Dan masa terus berlalu.
Matahari terbenam, langit mula gelap.
Tunggu apa lagi?
Tidur je lah.. (^______^)



5 comments:

Unknown said...

cantiknya...
aktiviti waktu bosan ye???
tapi akak dah lama tak rasa bosan..:p

UniMeOw said...

sah2 tgn seni! ;D

ManusiaLidi said...

kalo saya bosan..suke nak pg shopping.bli bnde yang merepek2.:)

Ezad Skytech said...

kalau bosan..sy suka tidur...hee~!

Anyyss Shuhaimi said...

pasal brain? perghh..rasa macam akak ni psiko la..hehe