Kawaiiii...

Monday, December 26, 2011

Ini sambungan dari kisah di Wangsa Walk Mall. Kan dalam entrie ni, saya tulis tentang keterujaan saya masuk ke BOOK STORE.. Ini nak sambung lagi.. Haa.. dah minggu-minggu akhir cuti sekolah ni, adalah menjadi perkara wajib untuk anak-anak mengajak ibu bapa shopping BACK TO SCHOOL.. Betul tak?.. Dan, kalau dah namanya pun masuk BOOK STORE, takkan nak cari kasut sekolah pulak.Iye dak? Mestilah nak cari buku dan kelengkapan alat tulis. Habis 1 POPULAR tu saya tawaf (pssttt.... POPULAR kat CITY PLAZA cam lagi besar dari sini..)..

Sampai dekat bahagian buku rujukan, stop kejap.. Alahai...Kawaiii..Comelnya buku.. Bukan buku cerita kanak-kanak yang comel ok!(sebab itu memang dah sangat comel!) Tapi Buku Rujukan sekolah menengah ni.. Alahai.. pengsan tengok! Comel sungguh! Kalau tak mengenangkan diri ni dah lama tinggalkan alam persekolahan, memang dah rembat buku-buku tu..



One of the book adalah KOMIK SEJARAH.. Aih, sejarah pun dah buat KOMIK wei.. Awesome gitu.. Nak belajar pun tak adalah ngantuk sangat.. You all pun mesti ada pengalaman kan? Asal study sejarah je, mesti berjaya masuk alam fantasi.. Sejarah = Fantasi di awan biru.. Hahaha.. Tapi KOMIK Sejarah untuk Tingkatan 1 hingga 3 memang awesomelah.. Cumanya, tak adalah muke boboi boy ke, detective conan ke.. Komik Realiti. after 1 topic ada set of questions. Lagipun, in term of brain.....

Otak kita lagi mudah absorb kalau ada audio dan visual. Kalau kita cuma study audio, less than 50% je yang serap masuk dalam otak ni. Tapi.. if we combined the audio and visual daya fahaman dan ingatan akan meningkat sehingga ke 80%. Ini fakta. sebab tu, kalau belajar subjek selain matematik, we are encourage to build or to summarize them into a mind map. Sebab, colorfuls note or visual help to generate our brains. Dan ketahuilah juga bahawa di usia anak-anak ini, otak mereka sedang berkembang. Neuron yang bertanggungjawab memproses dan menghantar maklumat ke otak sedang giat berkembang dan me"nembak". Oleh itu, daripada diberi buku yang ayatnya panjang-panjang lebar tu, why don't you try that comic's books..

Ha! Nak blajar grammar sekarang pun sangat happening!. Buku yang dihasilkan sangat menarik dan mudah difahami. Simple but COMPLETE. Tak percaya? Pergilah terjah BOOK STORE yang ada di MALAYSIA ni.. 

p/s : Pelbagai cara yang dilakukan kementerian pelajaran bagi menggalakkan dan meningkat mutu pembelajaran di peringkat sekolah. Buku-buku teks dan rujukan yang dulunya sangat dull, kini berkembang menjadi sebuah rujukan yang sangat interaktif. Semakin banyak research yang dibuat bagi membantu meningkatkan perkembangan minda si kecil!.. Brain can be trained! Noted this : We learn math not because we are smart, but math make us smart!...

adios~



3 comments:

Unknown said...

goodeffort la komik sejarah tu...nape time kita xde? wuaaaa ;p

aamalinaazman said...

weeeeeee
sejarahhh
huu
sgt suke sejarah
hehehe :))

Kamalia said...

Vava..napa zaman kita dulu xde komik ni..saya sgt suka sejarah tp tetiba skang dah xigt ape sy bljr dulu..hehe..boleh?