Rutin Hujung Minggu [?]

Sunday, December 18, 2011

Urmmm...
Konnichiwa minnasan...
Hujung Minggu!
Esok hari Isnin. Yay! Sejak habis pengajian ijazah sarjana muda beberapa bulan yang lalu, hujung minggu bukanlah sesuatu yang dinantikan lagi.
Ahaks..kenapa? Sebabnya...dah tak ada gu.. Bahasa mudahnya dah tak ada genglah.. Al-maklumlah..semuanya sudah bertebaran ke sana-sini.. Nak atuq plan jenjalan di hujung minggu pun dah tak bleh nak rancak sangat..

Tapi tak pe..meskipun tidak berjimba di hujung minggu, ada je aktiviti bermanfaat yang boleh dilakukan di bilik.. Berada di Tingkat 7. Bukankah begitu awesome?! Walaupun, pandang ke bawah, macam gayat je.. (-___-)
Scary! 

Oh ya! Rutin di hujung minggu?
Haruslah melipat kain baju yang dibasuh sehari sebelum hari minggu. Ye dak?
Dan yang paling penting menyeterika keseluruhan baju kurung yang ada untuk dipakai selama tempoh seminggu mendatang.. Itu sebenarnya yang paling penting..
Kalau pagi esok baru nak seterika, gamaknya memang sarung t-shirt dengan seluar je lah g kampus! Weee...

Kadang-kadang terfikir gak.. Kalau dapat bakar kek ke, tak pun main masak-masak ke..macam best juga.. Ye tak? Al-maklumlah, weekdays nak buat semua tu tak sempat.. Tapi apakan daya, jangankan oven ataupun mikrowave.. Multicooker sebiji pun tak mampu nak beli lagi.. Hahaha...
Mungkin tahun depan? Azam baru? Baking? Takut nanti, baking dalam Cafe World je..Wahaha..haru!



0 comments: