Setiap sesuatu...

Friday, December 23, 2011

Setiap sesuatu yang diciptakan pasti dijadikan berpasangan..
Seperti mana adanya malam dan siang, bulan dan bintang,
Begitu juga kita sebagai manusia..
Kalau perempuan, pasti pelengkapnya lelaki...
Jadi kenapa perlu mempersoalkan takdir?
Kenapa harus mempersoalkan aturan ilahi?

Bila buat keputusan sambung belajar, ada reaksi positif dan tak kurang juga negatifnya. Lumrah manusia.. Sering mempersoalkan..

"Sambung belajar lagi? Bila nak kahwinnya? Esok dah belajar tinggi-tinggi, orang takut nak masuk meminang.... and bla bla bla.."

Lumrah manusia.. Suka bercakap..

Ada juga terdetik dulu..
"Urmmm..betul ke keputusan aku nak sambung belajar ni? Another 3 years. Dah lah tak ada boyfriend lagi.. Tetiba nak sambung belajar.. Silap-silap tak kahwin aku sampai ke tua.."

Tapi bila kembali ke realiti.. Kembali ke fitrah alam.. Kembali ke aturan ILAHI..
Bukankah sudah tertulis siapa jodoh kita...sehingga ke mana hayat kita.. Perancangan ALLAH itu cukup sempurna...

Kembali yakin... Kembali bangkit meneruskan langkah.. Apa salahnya mencari ilmu selagi masih ada hayat? Apa salahnya berusaha untuk menjadikan impian itu sebuah realiti? 

Bohonglah saya kalau menidakkan sebuah perkahwinan.. Bohonglah saya andai tidak timbul iri hati pada yang dah punya pasangan hidup.. Bohonglah saya kalau beranggapan lelaki bergelar suami itu tidak perlu hanya kerana tingginya ilmu yang dicari.. Bohong semuanya itu.. Dan yang lebih penting, bohonglah saya kalau tak tersentap dengan perkataan "ANDARTU".. But yet, i'm still young.. And there's a lot of thing that not been explore yet!
(^_____________________^)

Tapi... apa yang lebih penting yakin pada ALLAH.. Kerana DIA lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-NYA.. 

Berhenti mempersoalkan. Cubalah mendoakan supaya ditemukan jodoh yang dijanjikan ALLAH itu. Berhenti memperkatakan perihal yang negatif. Cubalah melihat dari sudut yang lebih positif..

Langkah telah dimulakan. Semestinya tiada ungkapan "BERPATAH SEMULA".. Kerana apa yang telah dimulakan, haruslah dihabiskan sehingga penghujungnya... (^_____^)

Kepada rakan-rakan yang sekapal, sebahtera.. dah sepelayaran....
Teruskan langkah. Meskipun kita jatuh terduduk, jangan takut untuk bangkit semula.. Jadikan impian kita sebuah realiti.. Sama-sama mengatur langkah.. Semoga pengakhirannya yang terbaik buat kita.. 3 tahun... pelbagai cabaran bakal kita tempuhi.. Jangan cepat patah semangat! Haip! Ganbatte ne minnasan!....

me : currently pursuing my study in fast track PhD(Full Time Research) in Neuroscience field. Doakan saya dan kawan-kawan seangkatan berjaya..



4 comments:

nora rashid said...

gud luck...moga berjaya!!...jodoh??..Insya Allah...ada..Allah dah tentukan;)

Anyyss Shuhaimi said...

kalau ada jodoh tak kemana. :)

Hanis MY said...

jodoh kan ketentuan Ilahi, biasalah mulut org huhu... akak dulu pun cmni biar kita org peprempuan ada career dan target baru secure ok! soal jodoh serah pada Allah dan berdoa selalu...ganbatte ne!

aimie amalina said...

chayok2 akak air!
soal jodoh toksah la isau na
ade la tu
entah2 mase tgh belajo ni kan
kekeke

tahun depan
ingat
20.12.2012

kekeke :p