Rindukan Mereka~

Sunday, March 27, 2011

Assalamualaikum..

Hehehe..tadi kata tak de mood kan? tapi tetiba teringat pada mereka-mereka ni. Kawan-kawan satu praktikum masa dekat matrik dulu. Walaupun setahun je bersama, tapi saya tak pernah melupakan mereka. Seronok menjadi sebahagian dari mereka. Kebetulan pagi ni ada seorang classmate masa dekat MRSMPDRM merangkap kawan satu matrik dekat KMPP telah meng'upload' gambar-gambar yang diambil untuk majalah kolej dulu. Tanpa menunggu, saya terus tag rakan-rakan yang ada. Ada juga sebahagian yang tak dapat di tag sebab nama mereka tiada dalam friend's list saya..(T____T)

gambar formal untuk majalah kolej
Mula berkenalan sekitar tahun 2006. Kalau tak salah sekitar Mei 2006. Lepas result SPM keluar. Dan mendaftar masuk ke Matrik. Bermulanya persahabatan ini di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang. Semuanya dalam aliran Sains Fizik. Inilah yang tinggal selepas beberapa orang kawan yang lain bertukar ke sains hayat dan ada yang meninggalkan KMPP untuk melanjutkan pelajaran ke IPG.. Dan ada beberapa orang yang tiada di dalam gambar di atas.

Burfday celebration~
Sekarang, masing-masing dah membawa haluan sendiri. Ada yang sedang bertarung di semester akhir seperti saya. Dan ada yang telah pun mengenggam segulung ijazah.. Dan tak ketinggalan, ada yang dah pun menjadi juruterbang. Yang jadi cikgu pun ada juga.. Kehidupan selepas hampir 4 tahun meninggalkan bumi KMPP.. Wee..korang ingat lagi tak?

It's BBQ
Bila dah masuk pertengahan kedua dekat Matrik, semua pakat nak buat BBQ. Tak ketinggalan juga praktikum kitorang. Wajib. Tempat dah ada. nak tunggu apa lagi kan? Kita berpesta lah.. seronok3x...

Apa yang penting? Kerjasama!!

Gambar sebelum kuliah malam bermula~

Tema Merah Putih yang mengundang seribu satu kenangan~
Wee, kalau nak cerita kisah selama setahun ni, mahu sampai esok pagi pun tak abih cerita. Seronok sangat bila diingat-ingat kembali. Pape pun, saya menanti untuk bertemu mereka semula. Tak tahulah bila waktunya...

Didedikasikan untuk semua sahabat-sahabat F2P3, Kolej Matrikulasi Pulau Pinang 2006/2007..
Kenangan bersama kamu semua takkan pernah padam...

UTM berpesta lagi

Assalamualaikum..

Sepatutnya entrie ni ditulis beberapa hari yang lepas. Sesuailah dengan pemulaan pestanya.. Tapi macam tak ada mood je nak menulis pasal pesta Konvo ni.. Tak tahulah kenapa. Dan yang lebih mengharukan, tahun ni semester ni baru sekali je singgah tapak konvo tu.. Dasat2x..

Hari ni pagi ahad.. Layan Running Man sambil dok belek2x nak study apa hari ni. Hopefully sebelum 12.00tengah malam ni adalah outputnya..Walaupun tak pasti apakah dia. Ersha, Aimie, Akmal ngan siti tak de kat bilik. Diorang turun g KL pagi2x tadi. Nak ikut. Tapi mak tak benarkan..So, don't you ever dare untuk membantah. Tak molek tau.. Jadi harus akur walaupun hati memberontak mahu ikut..hahaha...

ok..pagi ni pun tak tahu nak tulis apa..nak cari isu pun mcm malas.. 
Nak makan durian...nak makan durian..dah kalau bleh nak durian free..hahaha..sedap sket.. ada sesape yang nak bawa saya makan durian tak? Sapa ada dusun durian sila angkat tangan tinggi-tinggi...

Kalau kat umah, konfem abah beli buah durian..Biasanya dalam 4 biji je sebab yang nak perabihnya cuma saya dan abah je.. yang lain buat dek je dengan durian tu.. owh..miss my home..and i miss durian..

Ok..tajuk cam tak de kaitan dengan entrie..~

i told you that i'm bad in theory..cos i don't like theory..

Friday, March 25, 2011

Assalamualaikum..

Salam petang jumaat. Tepat jam 2.16pm waktu Malaysia, telefon bimbitku menyanyi seorang diri. Cepat-cepat angkat. Panggilan yang dinanti-nantikan..

"Hello, Can i speak with Nor Saradatul Akmar?"

"Yes..speaking.." hahaha..bajet je jawabnya..K k..sambung cerita.

"I am Mr.XXXXX from National Instrument."

"Oh yes! i've been told about that! i know you!"

"You know me?."

"Err..i mean i know that you will call me. I get an email before."

"Owh.." sounds lega je..hahah..

"I'm sorry for being late. I suppose to call you at 2pm right. I'm just handling an interview with others before."

"Owh it's ok. i'm ok with that."

"Ok. I give you 5 minutes to tell me about yourself." Dalam keadaan suara yang macam pecah-pecah tu.

"5 minutes to explain about my self?. Ok..bla..bla..bla..and my secondary school at MJSC PDRM, Kulim." Ikut apa yang dah tulis dalam skrip..hahaha..

"Kulim? what are you studying in Kulim?" Ah, sudah..apa pula yang dia dengar aku cakap tadi?

"Err..my secondary school was at Kulim. Maktab Rendah Sains Mara, Kulim." Betullah kan? Secondary tu sekolah menengah? ke aku yang salah tulis dan sekaligus salah jawab? =))

"Owh..you have been independent since school.." Ah,sudah..aku ni betul ke tak secondary tu menengah? lanyak jelah..

"Yes2x.. i've been independent."

"Ok, have you come to our career talk on that day?." Dush..macam kena tembak dengan pistol..

"Err..unfortunately i can't attend your career talk before.. i've class that time." ok..Liar! i've sleep that afternoon.. 

"It's ok. Let me introduce you a little bit about National Instrument. bla.,.bla..bla..dari texas sampai ke penang. Dari 2010 sampai 2015. Dari 40 employee kepada 1500 employee..RnD, manufacturing and bla..bla..bla.." Dia introduce company tu lagi lama dari i yang introduce myself..wahaha..

"Do you hear me?" Sebab saya senyap agaknya..

"Yes3x.." Lepas tu dia sambung bercerita lagi..

"Ok, let's start about behavioral question." Dalam hati..ok..behavior. sikap kan? Cool..

"What achievement or project that you handle which is beyond your lecturer or friends expected? Give me an example on what are the things that you do or exhibits that beyond your lecturer, peers and friends expectation?" Gulp! nothing! hahaha.. i just do what eva my lecturer ask me to do. And i just do what eva me and my friend has discuss. What kind of question is this??- ok tak jawablah macam ni..

"Err...bla-bla..bla.." malas nak share jawapan dekat sini..

"Ok, what is your final project is all about?" Haa..soalan fevret.. Cepat3x buka skrip dan baca. 

"I'm sorry, but i could'nt really understand what did you explain about the xbee matter. could you explain again?." Haha.. Dah agak! Susah kot nak explain kat telepon ni.. Bukan dia nak nampak pun apa yang saya dok lukis-lukis atas meja nak explain punya pasal.

"....bla..bla..bla..."

"Owh.. sounds good even i'm not really understand about your project. " See? dah cakap dah.. buat abih ayaq liuq ja terang bagai nak rak..

"Ok, what is the issue you facing while doing your project." Isu? issue apa? mula-mula dengar ingatkan tissue..hahaha..

"Nice explanation but yet, i can't get through what is your project all about.. But it's ok. So, is this project had been done or still in progress?.."

"..bla..bla..it's still in progress..."

"Ok..Let's move to the technical question. Have you ever heard about Low Pass Filter? What it is function?" Ok..here it came the theorectical part in which i really-really hate. 

"Err..low pass filter? To filter the unnecessary frequency.." Belasah..mana ingat dah weh..bila punya tahun den blajar benda ni..

"If given to you a resistor and capacitor, how could you build a low pass filter?." Ah, sudah! memang konfem tak ingat. Tahun ni mcm tak jumpa je dengan circuit low pass filter. Goreng lagi.. Tangan dah kalut buka folder dalam laptop cari notes yang lepas-lepas.

"Are you checking on the book?." Aih, macam tahu-tahu pula dia ni..

"No.. i've send my books to my hometown."

hasil dari bantuan luar.
"Or you checking in the internet?"

"Not really. i don't have the internet." Wee..padahal tak terlintas pun nak cari lam internet. Dok godek3x cari lam laptop je kot jumpa notes itu.

"What is resistor? Capacitor? transistor? The purpose of resistor? capacitor?" Damn! i hate theory.. Theory hanya dihafal untuk menjawab exam beberapa tahun yang lepas..kih3x..

"Did you ever learn about Digital Design?" Ek? "No"

"How did you design a counter let say i'm giving you a sequence number bla..bla..bla.." Owh! memang tak tahu! Silap.. bUkan tak tahu. Tapi tak ingat pun.

Owh..dengan ini  saya ingin usulkan supaya semua mahasiswa tahun 1 dan 2 agar cepat-cepat pergi interview kerja sementara teori-teori anda masih utuh di benak fikiran. Bila dah masuk 3rd and 4th year yang setahun sekali nak jumpa balik low pass filter, kernaugh map memang harulah nak jawab soalan-soalan interview ni..

kena pula orang macam saya yang memang tak suka pada teori. Tak pernah nak ingat pun apa purpose semua itu. Yang tahu, bila nak design circuit buka je internet tak pun rujuk balik nota.. Dapat complete circuit. 

Pengajaran untuk hari ini adalah:- Sediakan satu nota khas khusus untuk pergi temuduga. Di dalam nota itu haruslah mengandungi istilah-istilah zaman silam yang semakin dilupakan itu untuk dihafal dan diingati sepanjang perjalanan menuju ke tempat temuduga. Tak pasal-pasal je transistor dah jadi transducer..Sara..owh sara..konfius betul kamu ni..

Libya Diserang..Myanmar bergegar..

Assalamualaikum..

Betul3x..memang tadi nak tidur. tapi tetiba terbaca news pasal gempa bumi dekat Myanmar. What? Myammar??? Yes..di Myanmar.. Salah sebuah negara jiran kita.. Negara Asia. Benua Asia bergegar?? Eh, itu biasa..kan baru-baru ni Jepun dah bergegar siap dapat ombak gergasi lagi.. Tapi kali ni nak cakap ASEAN.. Dari maklumat terkini yang saya baca, Gempa bumi telah mengegarkan bumi Myanmar sekitar 7.0 skala ritcher. Besar jugak kan?? Hari tu dekat jepun dalam 8.9skala ricther kan?

Sumber yang saya peroleh dari sini.

March 24, 2011- Gempa bumi yang  kuat telah melanda di Myanmar berhampiran sempadan dengan China, Thailand dan Laos, Ahli Geologi AS mengatakan gempa bumi yang melanda di Timur Myanmar, sekitar 55 batu (89 km) utara Chiang Rai, Thailand. Gempa bumi pada awal nya sekitar 7.0 skala ritcher.
Ahli Geologi mengatakan gempa bumi tersebut mempunyai kedalaman 142 batu (230km), tetapi apabila disemak semula, ia mengatakan gempa bumi tersebut adalah 6 batu (10 km) dalam.
Pusat gempa bumi adalah 589 km (365 batu) timur laut Rangoon, ibukota Myanmar, dan 772 km (479 batu) utara Bangkok, Thailand.

Sumber dari CNN

(CNN) -- A powerful earthquake hit Myanmar Thursday near its borders with China, Thailand and Laos, the U.S. Geological Survey said.The quake hit in eastern Myanmar, about 55 miles (89 km) north of Chiang Rai, Thailand, the survey reported.It had a magnitude of 6.8, the survey said, revising the estimate down from an initial reading of 7.0. It was a relatively shallow quake, which can be very destructive. The Geological Survey initially said the quake had a depth of 142 miles (230km), but it later revised its estimate to say the quake was 6 miles (10 km) deep, putting it fairly close to the surface.A second quake hit about half an hour later, with a preliminary magnitude of 4.8, the USGS said.There were no immediate reports of damage or injuries.The center of the quake was 589 km (365 miles) northeast of Rangoon, the capital of Myanmar, and 772 km (479 miles) north of Bangkok, Thailand.It was 104 miles (168 km) south-southwest of Yunjinghong, Yunnan, China.A destructive tsunami is not expected, the Pacific Tsunami Warning Center said. In advice to government agencies, the center said the quake "is located too far inland and too deep inside the earth to generate a tsunami in the Indian Ocean."Myanmar, which is also known as Burma, has been badly hit by natural disasters in the past few years.A powerful cyclone in 2008 left an estimated 100,000 people dead, and another one two years later left 70,000 people homeless, the United Nations estimates.The quake was significantly less powerful than the one that hit Japan two weeks ago, causing a tsunami, leaving thousands dead or missing, and prompting fears of a nuclear meltdown.It was roughly comparable in magnitude and depth to last year's Haiti earthquake, which measured 7.0. More than 200,000 people died in the Haiti earthquake, and millions were affected.That quake's center was only 9 miles below the surface and near congested population centers. Scientists said if the quake had been centered deeper down, the damage would not have been as severe.

 Bersyukur kerana Malaysia masih selamat dari bencana alam yang satu ini.. Alhamdulillah..Syukur di atas nikmat-MU Ya Rabb..



Kini berwajah Baru..

Thursday, March 24, 2011

Assalamualaikum..

Walla..dari petang tadi dok ngadap html code. Konon-konon nak buat pengubahsuaian pada blog. Bosan dah tengok plain je background blog. Dok godek sana-sini, sekali jadi haru-biru pula blog. Dengan tak buat backup template.. haha..padan muka sendiri. 

Saya nak buat blog berdasarkan tema warna pink, baby blue dan putih. Puas juga nak godek, tapi tak tahu macam mana nak cantikkan. Tak kreatiflah katakan. Nak buat header baru, tapi tak tahu nak letak apa je lagi selain dari nama blog dengan url. So, jalan paling mudah, kekalkan header sedia ada.

Jadi, saya minta maaflah pada semua kalau blog ni kelihatan sedikit kucar-kacir. Still under reconstruction.. Dan yang paling-paling harus meminta maaf adalah bila mana bloglist pada blog adalah zero. But dun worry, yang ini saya dah buat backup awal-awal. hehehe..nanti saya masukkan semula bloglist ke dalam sidebar.

Sebenarnya, saya lebih suka buat 3 column. Tapi dari tutorial yang saya ikut, cuma untuk buat 2 column je. So, kenalah terima apa yang ditunjuk ajarkan. nak buat sendiri, adoi, tak reti lah.. fail sket bab html code ni. microC punye language pun sampai sekarang saya tak faham-faham lagi..

Esok Jumaat. Ikut plan nak masuk lab sambung kerja psm. Tinggal brape minggu je lagi nak present. orang panggil Viva ek? weee..scary.. Tapi ada juga rasa nak singgah tapak pesta pepagi esok kot boleh masuk rancangan nasi lemak kopi o ke.. hahaha..berangan tinggi tak?
Ok..ok..mata dah merah kerana terlalu lama menghadap laptop. Sebelum bertukar menjadi red eyes, eloklah saya tidur. Mana-mana yang singgah dan sudi follow saya, thanks ya! nanti saya singgah dan follow semula. Jangan lupa tinggalkan jejak langkah anda supaya saya boleh ikut melangkah..

nyte..daaaa...

Pengubahsuaian Blog


Maaflah kalau blog nampak kucar-kacir. Sedang mencuba untuk meng'upgrade' keadaan blog..Nantikan wajah yang baru..

-8:28pm, 24 March 2011-
Room sweet room

GENG KALUT NAK JOIN GAME !

Wednesday, March 23, 2011


NAMA KUMPULAN : GENG KALUT NAK JOIN GAME

KETUA KUMPULAN : NIQ AFNAN (http://www.darxniq.com/)






p/s: kelebihan geng nih...kena kapit ngn domain [dot] com..cam buger la plak..muhahahahhahaha..

Kenapa tiba-tiba Malam Ni??

Assalamualaikum..

Malam ni..kenapa ek? Tetiba boleh terfikirkan tentang tawaran untuk sambung ke PhD terus. Dan tetiba juga rasa nak grab peluang tu. Rasa macam nak sambung PhD tu terus. Orang kata peluang tak akan datang selalu. Sebelum ni memang macam bertegas nak kerja terus, tapi bila baca-baca perihal phD ni macam menarik pula. Kalau dah buat by research, mana ada istilah masuk kelas lagi. Tapi....

Entahlah.. dilema sungguh.. ni PSM pun tak siap lagi. Projek transducer pasal ultrasonic pun tunggang terbalik lagi. Belum kira assignment tomografi + imaging yang kurang faham tu. Ditambah pula dengan coordinator SHELL yang tak reti-reti nak balas email yang membuatkan banyak persoalan saya tergantung tak berjawab. Hari jumaat ni ada phone interview dengan National Instrument. Diorang offer position as Hardware Engineer. Kalau lepas interview tu lah dan kalau SHELL lepaskan.

Mesti korang ingat saya ni tamakkan? Dah ada SHELL tapi still nak rebut yang lain. Macam tak cukup satu je. Tapi, bukan sebab tamak. Tapi sebab dengan SHELL tak ada kepastian. Dalam agreement ada "IF". korang faham kan kalau ada IF ni maksudnya apa? Either you get it or not. Tetap 50-50. Ini yang jadi hot sangat bila email tak berbalas.

Berbalik pada kisah pHd tadi. Jangan risau, saya takkan tanya pendapat sebab tahu mesti orang akan cakap terpulang pada diri sendiri. dan diri sendiri di sini adalah saya. makanya terpulang pada diri saya sendiri. Nak sambung phd atau bekerja? Bincang dengan family? a'a..saya akui yang saya tak bagitahu pun lagi dengan mak dan abah. Sebab dulu mak pernah cakap, Kerja dulu. Tapi kalau saya kerja dulu, ada lagi ke peluang macam ni untuk saya pada masa hadapan?

Kenapa tiba-tiba malam ni? Ok..nak sambung study Tomo.. Asyik tergendala je..=(

BEN ASHAARI : GAME ANTARA BLOGGER BERMULA

Assalamualaikum..

Minta maaf Enche Tomo..Lagi sekali saya curang pada kamu. Tak bolehlah nak fokus sungguh-sungguh pada kamu.. sangat membosankan. Kamu tahukan kamu begitu sukar untuk difahami apatah lagi untuk disimpan di dalam ingatan. Sukar. Susah. Tapi saya tahu itu tidak mustahil. Maka untuk beberapa ketika ini izinkan saya untuk curang seketika..wee..

Enche Ben buat segmen..Urr..game..


Ada lagi berapa minit je lagi nak submit entri ni..ok..done. Korang pun nak join?
klik sini.
Cepat!! Sampai kol 11j pastu jangan nangis sebab game bakal bermula..heheh..

Jenga! Let's play it..

Assalamualaikum..


Weee...gatai betul tangan ni nak menaip. Sedangkan esok ada Test Tomografi. Bukannya calang-calang punya test. Teori test. Its all about teori. Tapi, apa yang dok buat sekarang? Maen tenet sambil tengok TV.. aigoo..(sambil geleng-gelengkan kepala..).. Penatlah nak baca teori pasal X-Ray, CT Scan dengan MRI ni.. banyak kot.. sampai 7 keturunan pun belum tentu habis semua nota ni saya hafal..hahaha..hyperbola.

Tak pe. Take a rest. Layan jengga jap. 1st time main menatang ni dalam LAB Elektronik Peubatan (MEP). Main bersama-sama Farah Farhana, Syifa dan juga Anis. Tetiba rasa cam sonok je main. Apa lagi, keluar je weekend ari tu, terus serbu Toys R Us. Kalau Jenga yang paling baik dan paling mahal dalam RM60++..bila fikir balik, tak pelah..nak main je. tak payah mahal-mahal. Ambil stok murahan je. Tapi tak delah sesempurna jenga yang mahal tu kan..

also known as Pavilion or tumble down
Memula main dalam lab. Sekarang dah ada milikan sendiri, dok main dalam bilik je lah. Asal ngantuk je, bawa kuar game ni. Main. Aim bagi dapat yang tertinggi. Setakat ni permainan ni mendapat sambutan baik terutamanya dari Aimie, diikuti Siti, akmal dan Ersha.. hahaha..semua dah gile main jenga. 

Stabil tapi tinggi..urmm..

Setakat ni baru berjaya bina sampai 26 tingkat. Percubaan untuk mendapat complete 27 tingkat masih tak berjaya. Terhuyung-hayang je binaan tu.. Aih, sabar-sabar. Life must go on. Sekali jatuh, tak bererti gagal.. Tapi bangkit dan cuba lagi sampai berhasil. Eh, oklah nak g main sat..lepas tu nak sambung study tomography balik.. Wish me luck for tomorrow k..~ 

Karnival Kerjaya Lagi?? Youth Job Fair 2011

Tuesday, March 22, 2011

Assalamualaikum..

Wee...tetiba banyak pula iklan pasal Job Fair atau lebih mesra dengan panggilan Career Carnival muncul dekat wall facebook dan juga laman surat khabar. Atau adakah ini simptom pelajar semester akhir tahun akhir??? Ngee.. Hari tu saya ada kisahkan pasal career Carnival dekat UTM kan? Betapa gumbiranya saya menabur resume ke booth-booth company yang ada... hehehe..Tak ingat? Ala..tak pe3x..meh sini.

Tapi ada teman-teman yang drop komen gtau tak dapat nak turut serta sebab jauh. Tapi tak pe, kali ni saya nak share pasal ini pula.

Youth Job Fair 2011

Anjuran Kementerian Sumber Manusia
Bertarikh :- 25hb sampai 27hb Mac 2011
Bermula dari jam 10am sampai 8pm.
Bertempat di:- Dewan Tun Razak 1, PWTC KL.

Nampak gayanya yang ini tak dapatlah saya nak pergi juga.. Jauh..Jadi, kepada kawan-kawan dan sahabat handai yang dok area selangor tu, tunggu apa lagi? Spend your weekend di sana.. Bawa resume banyak-banyak sket. Tak ada resume? Tak pe..boleh belajar,. dekat internet ada banyak..

Eh, almost 3pm..dah lebih pun.. nak buat FYP pula..kena baca bahasa microC yang super pelik tu. Tinggal less than a month je lagi untuk siapkan projek akhir ni.. Wish me luck ok! Cari kerja tu, cari juga.. tapi projek mesti mahu siap kalau tak, macam mana nak grad nanti?? *wink

** Ada info berkaitan Graduation day untuk batch saya nanti. khabarnya, majlis konvokesyen will be held on 24th September until 27th September. Few months je lagi.. Ganbatte ne! Siapkan projek! 

Adik-Adikku InsyaALLAH boleh

Assalamualaikum

"Kamilah permata bonda, Khazanah Negara.."

Siaran langsung yang dipancarkan dari TV1, rancangan realiti anjuran JAKIM ini benar-benar menambat hati saya. Lain daripada yang lain. Tidaklah rancangan realiti hiburan ja semata-mata. Tapi memberi info dan maklumat kepada kita. itu lebih penting. Kagum kot tengok anak-anak bawah 12 tahun boleh berpidato dengan sangat petah. Boleh pula mengalunkan ayat-ayat suci al-Quran dan sampaikan hadis yang berkaitan. Daie-daie kecil yang mampu mengolah kisah-kisah sirah nabi dan sahabat dengan sangat baik.

Saya dok cakap pasal apa? Ni ha, siaran langsung adik-adikku pentas akhir. Ala, comeynyelah dengaq bebudak yang asai dari kedah ni speaking utagha. Rasa dok dekat dah dengan ghumah..(^___^). Korang tonton dak tadi? baru ja sat tadi.



Ada 7 peserta akhir yang menyampaikan pidato dengan pelbagai gaya yang bagi saya sangat-sangat unik. Memang terbaik. Antara mereka adalah adik Salam, Adik Ammar, Adik Siha, Adik Ifa, Adik Munir, Adik Alia dan Adik Zaid. Ok, meh nak update cepat-cepat keputusan akhir Adik-adikku Musim kedua ni.. 

Tapi sebelum tu, jom saya kongsikan apa yang telah Datin Seri Paduka Rosmah Mansor umumkan sewaktu menyampaikan ucapan dan sekaligus merasmikan penutupan rancangan Adik-adikku Musim kedua ni.. Check dis out..

"Pemberian inisiatif buat kesemua 7 peserta akhir Adik-Adikku Musim kedua serta 7 peserta akhir Adik-adikku Musim Pertama yang berbentuk Geran Pendidikan bernilai RM240ribu 2400 setahun sehingga mencapai tingkatan 5 dengan syarat pencapaian mereka konsisten. Selain itu, kesemua 14 peserta akhir Adik-adikku Musim pertama dan Kedua ini secara automatiknya layak menjadi ahli Kelab Santun Junior yang seterusnya membolehkan mereka mendapat saham daripada koperasi YAPIM" 

Untuk maklumat lanjut, cubalah baca kat surat khabar esok. Wartawan mesti lagi cekap menulis berbanding saya ni.. Hehehe..

Ok, nak update pemenang pula. Tapi sebelum tu jom berkenalan dengan para Murobbinya dulu..
Ustazah Asni Mansor
Ust. Mohd Zamri Mohd Zainuddin
Ust. Ahmad Badhrulsani
Ust. Amir Azizi Ridzuan 
En. Farihin Abdul Fatah

Pemenang bagi anugerah saguhati bagi Rancangan Adik-Adikku Musim Kedua telah dimenangi oleh:-

Muhammad AbdulSalam
Siti Nur Alia
Ammar Mukhlis
Ifa Ahmad Hilmi

Manakala 3 pemenang utamanya dimenangi oleh:-

.........
....
Tempat Ketiga
Hadiah berupa wang tunai RM6000, 2 tiket penerbangan ke China, RM1000 di dalam Kelab TaHa sumbangan Tabung Haji serta hadiah iringan yang lain.
Dimenangi oleh
Adik Zaid Najmuddin

........
....
Tempat Kedua
Hadiah berupa wang tunai RM8000, 2 tiket penerbangan ke China, RM2000 tabungan Kelab TaHa sumbangan Tabung Haji serta hadiah iringan yang lain.
Dimenangi oleh
Adik Syafikah Fasihah Ahmad Safri

Dan tuah malam akhir Adik-adikku Musim Kedua jatuh kepada...
.....
....

Adik Muhammad Amirul Munnir yang juga merupakan peserta terakhir yang menyampaikan pidatonya pada malam ini.
Adik Munnir memenangi wang tunai berjumlah RM10 000, 2 tiket mengerjakan umrah, RM3000 simpanan di dalam Kelab TaHa sumbangan Tabung Haji serta hadiah iringan yang lain..

Tahniah3x.. diucapakan kepada kesemua Daie yang telah berjaya di pentas akhir Adik-adikku Musim Kedua ini. Semoga kebolehan anak-anak kecil ini menjadi contoh dan tauladan kepada anak-anak kecil kita dan seterusnya menjadi generasi peneraju ummat yang terbaik. Diharapkan JAKIM dan RTM akan terus bergabung dan meneruskan lagi rancangan realiti Adik-adikku yang sangat luar biasa ini. Teruskan usaha melahirkan lebih ramai daie-daie kecil agar dakwah dapat terus disampaikan di setiap peringkat umur.

Tahniah JAKIM. Tahniah RTM dan tahniah kepada semua MUROBBI yang telah melatih daie-daie kecil dengan bersungguh-sungguh. Kepada daie-daie kecil ini, Saya kagum dengan bakat yang dimiliki kalian semua. Semoga terus sukses dalam menyampaikan dakwah islami.


151 views sehari? Wow!

Monday, March 21, 2011



Entrie ringkas sebelum masuk tidur.. Hehe..saje je lah tadi buka nuffnang nak tengok jumlah pengunjung.. Sekali tengok views mencecah 150++ iaitu pada 14hb Mac 2011. Seingat saya masa ni saya keluarkan isu tsunami Jepun. Boleh usha link ini.

Bagi saya selaku blogger picisan, jumlah tu pun dah cukup banyak. Sebelum-sebelum ni cuma sekitar 50-60 views je sehari. Betul kata sorang blogger ni, kalau pandai cari isu mesti blog bleh dapat hit. Dan saya dah nampak buktinya.. Ermm..lepas ni kenalah pandai cari isu lagi..

Thanks Junko atas perkongsian dalam kereta tempoh hari.. Sangat-sangat berguna.. Walaupun jumlah views semakin menurun dan naik semula hari ini, tapi saya tetap gembira..

(^______________^)
@>------^------

It's Weekend! Esok dah Isnin ~

Sunday, March 20, 2011

Assalamualaikum..

Tik tok tik tok..dah nak jumpa Encik Senin balik. Cepatnya masa berlalu. Pejam celik je dah siang. Hari sabtu jadi ahad. Hari ahad jadi senin. Hari ni hari ahad. Ikut rancangannya nak g tengok Hikayat Merong Mahawangsa dekat Pawagam. Tetapi sebelum itu, perlu anda tahu bahawasanya saya bukan seorang kaki wayang. Hikayat Merong Mahasuasa Mahawangsa ni kira penutup filem yang saya tonton di pawagam selama 4 tahun berada di U. Kalau tak silap, ini filem yang keempat yang saya tonton di pawagam dalam tempoh empat tahun.

Hahaha..ketawalah..saya tak kisah. Sebab saya memang bukan kaki wayang. Tapi disebabkan Hikayat Merong Mahawangsa, saya nak g nonton wayang. Tak kira..tak kira..nak pergi juga..Tapi sebelum pergi tengok wayang, kitorang singgah breakfast dulu..

Kacang Pool yang sangaaaat sedap~

Tadaaaa...
Inilah dia menu breakfast kami hari ini.. Kacang Pool.. Mantop..Memang terbaik. Rasa macam nak suggest dekat Jalan-Jalan Cari Makan suruh diorang datang review makanan ni. Harga untuk satu set ni baru RM4.00. Murah kan? Roti pun besar. Kuah cukup rasa. Sekali pandang macam sardin yang dihancur-hancurkan untuk buat sandwich tu. Tapi bila dah masuk mulut, "Owh! ni lagi sedap dari sardin!"..Nyum..nyum..

Lepas perut dah kenyang, teruskan perjalanan ke Jusco Tebrau. G TGV Cinema. Tengok tiket Hikayat Merong Mahawangsa. Waktu tu baru pukul 12.00tgh hari. Waktu tayangan paling awal filem tu adalah pukul 1.00tengah hari. So, sementara nak tunggu cukup jam, kitorang jenjalan dalam Jusco Tebrau tu dulu.

Tiket Hikayat Merong Mahawangsa. RM14. Mahal jugak ek?
Best juga tengok filem Hikayat Merong Mahawangsa ni. Part lucu pun ada juga. Yang penting rasa puas dapat tengok dekat layar besar. Menonton sambil makan pop corn sampai tak sedar bekas pop corn dah tak berisi.. The best part is, tak banyak sangat part cintan-cintun. Dari segi aksi, menarik jugaklah sebab peperangan zaman silam menggunakan pedang, tombak dan keris. Tak de main pistol macam cerita James Bond segala bagai tu..

Lepas tu..Lepas tu..nak tahu tak? Kitorang g makan Tutti Fruti.. Aiskrim Yogurt.. nyum..nyum..1st time saya makan tapi dah rasa marvellous.. Kih3x.. Thanks kepada mereka yang memperkenalkan dan membawa saya ke situ.. Nak pergi selalu, tak dapetlah.. Not affordable. Bayaran dikenakan ikut timbang. Lagi banyak, lagi mahal. Tapi yang penting, puas, sedap dan menyihatkan..

4 cups of Tutti Fruti

Different flavour of Tutti Fruti

Akmal dan Aimie


Yeay!! Ok. enough for the enjoy moment. Get back to your Assignment, FYP and study for the test young lady. Enough for entertaiment for DIS WEEK..Neek week? Wait and see...

Oh Bulan~ (^____^)

Saturday, March 19, 2011

Assalamualaikum..

Dalam entrie yang saya post beberapa minit yang lalu saya ada cakap pasal the biggest, brightest and closest full moon in 20 years (ayat ersha). Tak caya? meh tengok sini.. Sejak pukul 8.00pm tadi kitorang dok usha jer bulan tu. Bermula dari tingkap bilik saya sampailah akhirnya turun ke tapak parking sebelah blok untuk melihat dengan lebih jelas.. Seriusly said, it's sooo beautiful.. Subhanallah..

Since saya cuma menggunakan kamera biasa je, tak dapatlah nak rakam fenomena bulan penuh yang sangat cantik itu.. Tapi...

Ada tapinya.. saya dapat ini..


Nak lagi? Ini adalah gambar yang diambil oleh teman saya iaitu Cik Siti Zubaidah dengan menggunakan kamera DSLR beliau.. Thanks Siti for the photo..nice. Jom layan lagi gambar-gambar Bulan Penuh, paling dekat dengan bumi dan paling terang dalam tempoh hampir 20 tahun ni. Sambil itu, pujilah alam ciptaan ILAHI. Sungguh dia berkuasa menciptakan dan menjadikan sesuatu apa pun..,. Subhanallah.. Segala puji bagi -Mu Ya ALLAH..





To Ershadiah, Siti Zubaidah and Aimie, lepas ni kalau berpeluang lagi untuk tengok bulan penuh, paling dekat dan paling terang pada 2029, mesti korang ingat moment malam ni yang mana dok panjat-panjat my katil untuk meng'usha' bulan ni kan? - Memetik kata ershadiah lagi.. Conclusion:- Korang akan ingat dekat kami..heheh~


Walau di mana kau berada, kita tetap melihat bulan yang sama. ~

note:- Gambar adalah original dari lensa Cik Siti dan tiada aktiviti adobe photoshope dilakukan. Sekadar menggunakan Photoscape untuk letak url blog. Enjoy guys~

Subhanallah..Segala Puji Bagi ALLAH..Yang menciptakan langit dan bumi..

Biggest Full Moon in almost 20 years

Assalamualaikum..

Guys, ce intai kat luar sat. Tengok bulan.. Semalam bulan penuh... Tapi hari ni lebih terang dari semalam. Mungkin inilah fenomena bulan penuh terbesar yang dikatakan dalam tempoh hampir 20 tahun. Ok. Take notes that on 19th March 2011 at 8.45pm, saya telah mengintai keluar tingkap dan melihat bulan penuh yang sangat-sangat terang. Hari ini dikatakan bulan penuh dan paling hampir dengan bumi.. Nak tahu fakta? Jom baca kat sini..saya petik dari CNN



(CNN) -- If the moon looks a little bit bigger and brighter this weekend, there's a reason for that. It is.
Saturday's full moon will be a super "perigee moon" -- the biggest in almost 20 years. This celestial event is far rarer than the famed blue moon, which happens once about every two-and-a-half years.
"The last full moon so big and close to Earth occurred in March of 1993," said Geoff Chester with the U.S. Naval Observatory in Washington. "I'd say it's worth a look."
Full moons look different because of the elliptical shape of the moon's orbit. When it's at perigee, the moon is about 31,000 miles (50,000 km) closer to Earth than when it's at the farthest point of its orbit, also known as apogee.
"Nearby perigee moons are about 14% bigger and 30% brighter than lesser moons that occur on the apogee side of the moon's orbit," the NASA website says.
This full moon will rise in the east at sunset and should look especially big at that time because of what's known as the "moon illusion."
"For reasons not fully understood by astronomers or psychologists, low-hanging moons look unnaturally large when they beam through trees, buildings and other foreground objects," according to NASA.
Even though it may look close enough to touch, Saturday's full moon will still be at a healthy distance -- some 211,600 miles (356,577 km) away.
As rare as it is, it may be worth a look. Miss it and you'll have to wait until 2029 to see it again.

 So,what are you waiting for?? Cepat3x..peluang hanya datang 20 tahun sekali. Malam ni bulan penuh dan besar serta paling terang.. It's says that besar bulan pada malam ini adalah 14% dan lebih 30% cerah.. Nampak very the clear.. Dan pemandangan malam ni tak sama macam dalam gambar tu..


Walau di mana kita berada, kita tetap melihat bulan yang sama..jadi, ayuh segera jengah3x ke luar.. mana-mana yang ada kamera super best tu, blehlah capture moment this.. Subhanallah..Indah sungguh ciptaan-MU ya ILAHI

 



Selamat Pengantin Baru Bonda!

Assalamualaikum..

Nak tahu tak? Hari ni saya dapat 2 undangan ke Majlis Perkahwinan. Tapi, sayangnya cuma dapat attend satu je. Satu lagi jauh di Klang. Tapi, saya tetap titipkan doa buat kakak Usrah saya iaitu Kak Fazira. Semoga memperoleh barokah dari Ilahi. 

Selamat Pengantin Baru buat Kak Fazira. Semoga berbahagia disamping suami tersayang, dimurahkan rezeki serta dikurniakan generasi umat Muhammad yang soleh dan solehah.. Maaf ye kak, tak dapat nak attend.. Jauh sangat nak sampai Klang tu...('o,')

Memandangkan undangan di Klang tidak dapat dipenuhi, saya cuba untuk menghadiri satu lagi undangan yang dibuat di UTM. Majlis Kesyukuran Abang Muzaffar dan Kak Hasni. Pasangan ni baru je menikah minggu lepas di Kuala Krai

Tepat jam 12.30tgh hari, saya, Akmal serta Ros bergerak menuju ke Pusat Latihan UTM. Eloklah timing macam tu. Around pukul 1.00 jugalah kitorang makan. Lepas tu dalam 1.15pm mcm tu, pengantin sampai. Memang langkah kananlah.. Cepat-cepat g snap sekeping dua gambar pengantin.


Sama cantik, sama sepadan kan? Abg Muz dengan Kak Hasni ni senior saya dekat UTM. Saya suka mereka berdua. Cantik kan? Bagai pinang dibelah dua..(^___^). Saya dan kawan-kawan panggil Kak Hasni as Bonda. Kenapa? Kronologinya tak ingat sangat.. Tapi macam dah terbiasa panggil Bonda.


Kepada Bonda Dan Abang Muz,
Selamat Pengantin Baru. Tahniah3x..
"Ya ALLAH, kau satukanlah hati-hati mereka.."
Semoga pernikahan yang terbina akan kekal sehingga ke akhir hayat, dimurahkan rezeki dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah. Lepas dapat baby nanti, boleh jadi BONDA secara rasminya..(^_____^)



Selamat Pengantin Baru kepada:

 Nur Fazira Bt Jumari 
dan 
Mohammad Nazri Bin Ngadinin
19hb Mac 2011

Hasnizom
Dan
Muzaffar
12hb Mac 2011

Rasulullah SAW menjanjikan, "Kahwinkanlah orang-orang yang masih sendirian di antara kamu, Sesungguhnya Allah akan memperbaiki akhlak mereka, meluaskan rezeki mereka dan menambah keluhuran mereka."

"...Dan pernikahan itu sangat sensitif dan tergantung kepada peribadi masing-masing untuk mendapatkan kemuliaannya." - Ummul Mukminin 'Aisyah R.A

** satu lagi pasangan dari UTM selamat disatukan.. Wah..saya bila lagi? (^____^)..Mungkinkah jodoh saya juga ada di sini??? Wallahualam..Doakan saja yang terbaik..daa..~